Soalan daripada En. Mohd Zukri bin Sidek Pengarah JKPTG Terengganu
Dikatakan setelah tanah bagi tujuan pengambilan telah diwartakan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, permohonan bagi tujuan pembangunan (tukar syarat/pecah sempadan) bagi tanah yang terlibat adalah tidak dibenarkan. Mohon pandangan.
Pandangan/Jawapan
Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, tiada seksyen yang menyatakan segala bentuk pembangunan atau urusniaga tidak boleh dilaksanakan apabila tanah-tanah telah diwartakan dibawah seksyen 8. Dengan kata lain tuanpunya tanah boleh memohon untuk membangunkan tanahnya walaupun tanahnya tersenarai dalam warta seksyen 8, TETAPI kuasa terletak ditangan Pihak Berkuasa Negeri (EXCO) sama ada untuk meluluskan ataupun tidak permohonan pembangunan tersebut.
Perkara ini juga mendapat perhatian dari lapuran Audit baru-baru ini mengenai kos pengambilan tanah untuk Lebuhraya Senai - Desaru mengingkat menjadi lebih dari RM700 juta. Ini berlaku kerana ada tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan mengikut Kanun Tanah Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan