Rabu, 16 November 2011

Ulasan Berita Utusan Melayu

Dalam Utusan Melayu ruangan Utusan Kota dimuka surat 30 keluaran hari Rabu 16.11.2011 ada berita bertajuk "Rumah diambil alih ketika perbincangan hampir selesai - Selangor 'tikam dari belakang' ".

Berita ini adalah berkaitan dengan pengambilan tanah oleh PKNS ke atas Flat PKNS Taman Keramat. Dalam penulisan tersebut menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor yang menentukan bayaran pampasan yang dibuat dan pihak yang bersalah dalam proses pengambilan tanah kerana adanya campurtangan.

Sebenarnya mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 Kerajaan Negeri (Pihak Berkuasa Negeri) adalah pihak yang meluluskan pengambilan tanah yang dibuat oleh sesiapa sahaja termasuk oleh PKNS. Apabila diluluskan, diwarta, berlakulah siasatan oleh Pentadbir Tanah (Pejabat Tanah) untuk menentukan bayaran pampasan seperti yang dikehendaki oleh seksyen 12, seksyen 14 dan seterusnya semua orang berkepentingan (termasuk tuanpunya rumah) akan diberikan Borang H mengikut seksyen 16. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima Borang H, mereka akan dibayar pampasan oleh PEMOHON IAITU PKNS DAN BUKANNYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Disamping itu apabila Borang H diterima, jika tidak bersetuju dengan amaun (jumlah) yang diberikan, tuanpunya rumah/tanah boleh merujuk kepada Mahkamah mengikut seksyen 37(1) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Oleh yang demikian BANTAHLAH KEMAHKAMAH YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN BUKANNYA  MELALUI AKHBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan