Jumaat, 6 September 2013

Sambungan Tanah Oh Tanah

SIRI KETIGA PULUH EMPAT

PENGAMBILAN TANAH DARIPADA PELBAGAI PERSPEKTIF
(BAHAGIAN KEDUA)

Dalam TOT Siri Ke 33, penulis telah menyentuh sepintas lalu mengenai tanggapan atau persepsi sebahagian anggota masyarakat mengenai pengambilan tanah secara paksa oleh kerajaan, yang antara lain menuduh kerajaan telah diperalatkan oleh individu tertentu bagi menambah kekayaannya. Dengan berselindung di sebalik Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah  (APT) 1960, kekerasan dilakukan kepada pemilik tanah. Pemilik tanah menyerahkan secara paksa walaupun pemilik tersebut mampu dan berupaya membangunkan tanah tersebut seperti yang diinginkan oleh pihak kerajaan. Dalam TOT kali ini, penulis ingin menyambung sedikit lagi mengenai perkara ini. Akhbar The Star pada 4 September 2008 telah melaporkan mengenai rayuan dan rintihan tuan tanah tentang cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mengambil balik tanah Sime Darby Bhd. di Jasin, Melaka seluas 21.4 hektar untuk projek pembangunan bercampur. Naib Presiden Kanan, Sime Darby Bhd, Helmy Othman Basha berkata, tanah ini akan diambil untuk diserahkan kepada Splendid Oasis Sdn Bhd. Teks penuh adalah seperti berikut:          
“The Star, Thursday, September 4, 2008, highlighted a report about Sime Darby Bhd urging the Malacca government to reconsider a proposal to acquire 21.04ha of land in Jasin, Malacca belonging to the public-listed company and handing it over to a private company.
Its senior vice-president Helmy Othman Basha said the land acquisition, which was forcibly done through the Land Acquisition Act 1960, would only benefit certain parties instead of public good.
“The 21.04ha land will be acquired and given to another company, Splendid Oasis Sdn Bhd for the purpose of mixed development.
“It is undeniable that Splendid Oasis will pay compensation to Sime Darby for the land value but the main issue is that the company can simply acquire land belonging to a public-listed company.”
Helmy said the case was not the first involving the state government acquiring land belonging to Sime Darby, a government-linked company.
In the past, Sime Darby’s main shareholders including Permodalan Nasional Bhd and the Employees Provident Fund had objected to the state government’s move to acquire land belonging to the company several times in the interest of a third party but to no avail.
He cited the acquisition of a 180ha piece of land in Alor Gajah which was developed into the “A Famosa” holiday destination and, recently, the forcible taking over of 10ha in Ladang Merlimau which was given to a non-bumiputra company as examples.
He reiterated: “Sime Darby does not oppose development for the welfare of the people – for the purpose of schools, mosques, hospitals, highways and so on.”

Sebelum itu, kerajaan telah dikecam hebat kerana telah mengunakan APT 1960 untuk mengambil tanah rakyat untuk diserahkan kepada individu tertentu. YB Lim Kit Siang ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1997 pada 15 Mei 1997 di Dewan Rakyat mengkritik hebat APT 1960. Bagi beliau, Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) ini adalah salah satu rang undang-undang yang tidak dapat diterima, amat memecah belah dan kejam yang pernah dibentangkan di Dewan dalam sejarah Malaysia selama 34 tahun. Apabila ia menjadi undang-undang, ia akan memusnahkan hak perlembagaan kepada harta tanah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama 34 tahun sejak merdeka dan menjadi ibu kepada segala amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, percanggahan kepentingan dan amalan curang yang tidak beretika di Malaysia. The mother of all corruption, abuses of power, conflict of interest and unethical practices. Walaupun pelbagai jaminan dibuat bahawa tidak akan ada apa-apa penyalahgunaan kuasa, tidak ada korupsi, tidak ada perkara yang akan memudaratkan kepentingan orang ramai, tetapi semua ini disia-siakan. Sebenarnya, cadangan untuk memaksa kerajaan untuk meminda APT 1960 adalah bagi membolehkan kerajaan bukan sahaja untuk mengambil tanah bagi public purpose, tetapi juga untuk private development. Contohnya pengambilan tanah untuk Nilai New Township, akhirnya diswastakan kepada seseorang.

Beliau seterusnya berhujah bahawa, “land acquisition by government agencies should not clasify as for public purpose if their meant for development which were eventually benefit private companies or individuals as through joint venture development. Contoh terbaik ialah Nilai Township diambil alih oleh kerana seolah-olah untuk public purpose, township tetapi akhirnya kemudian diswastakan kepada seseorang. The provision alternative land for the people effected by land acquisition especially the poor to ensure that each citizen is able to built a house. State Governments should not just the agent of private companies in land acquisition cases but must bare a responsibility to ensure that effected small holders whose land are acquired for development by private companies get justice and fare play”. (Hansard Dewan Rakyat: 15 Mei 1997). Sebelum itu ketika membahaskan Rang undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) pada 30 Julai 1991, YB Lim Kit Siang menyatakan perkara yang sama.

Manakala YB Lee Chong Meng [Bukit Bintang] ketika mengambil bahagian dalam perbahasan yang sama pula menyatakan bahawa APT 1960 ini sering kali disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka dan akhirnya nama dan imej kerajaan pun terjejas. Contohnya, Majlis Perbandaran Klang telah menyalahgunakan kuasa akta ini untuk mengambil tanah swasta. Pemiliknya, Allyvest Sendirian Berhad. Pemilik itu telah mencadang membina kompleks letak kereta dan komersial untuk menambahkan tempat letak kereta kepada anak syarikatnya, Ocean Supermarket di Klang. Sebelum projek ini diluluskan, pihak Majlis Perbandaran Klang pun telah mengguna akta ini untuk mengambil empat keping tanah untuk tujuan yang sama dan projek ini pun akan diswastakan kepada pihak ketiga untuk perdagangan dan komersial. Di manakah timbul semangat keadilan kes ini? Dan juga tindakan ini langsung tidak wajar bagi pihak kerajaan tempatan untuk membelanjakan RM14 juta untuk kos tanah ini dan memperuntukkan lagi RM20 juta untuk pembangunan projek yang sama. Walaupun tuan punya tanah telah mencadangkan projek yang lebih sesuai kerana projek baru ini akan meng‘complement’kan operasi anak syarikatnya iaitu Ocean Supermarket di Klang empat keping tanah yang terlibat dan dicadangkan diambil oleh Majlis Perbandaran Klang ialah: (i) Lot HS(D) 13511 PT 765(PT)166; (ii) HS(D) 14145 Bt 308(817) Section 21; (iii) Geran 28113 (HSD)5939 DT614; (iv) CD232314 hingga CD 23241 Lot 311 hingga Lot 338. (Hansard Dewan Rakyat :15 Mei 1997).

YB Noh bin Omar [Tanjong Karang] ketika mengambil bahagian dalam perbahasan yang sama menyatakan bahawa ”...............................pada 22 Januari 1995, di dalam New Straits Times, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terpaksa membuat satu kenyataan yang saya ingin bacakan di sini: Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad said today the Federal Government will only support State Government which use the land acquisition act to carry out development project if they followed proper procedure. If the State Government did not follow proper procedure, the Federal Government would advice and ask them to return the land. He said in the case of a State Government which he did not name a brought of land was acquired and sold to a third party at a higher price”.  (Hansard Dewan Rakyat :15 Mei 1997).

Penulisan ini diteruskan dengan meninjau beberapa kritikan mengenai pengambilan tanah. YB Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood [Tumpat], ketika mengambil bahagian dalam perbahasan yang sama menyatakan bahawa: “analisa beberapa kes yang diputuskan oleh mahkamah tempatan berkaitan dengan protes terhadap pengambilan tanah rakyat adalah didapati beberapa alasan sering digunakan oleh peguam pembela pihak pemilik tanah yang mencabar pengambilan tanah. Antaranya ialah: (i) prosedur yang ditetapkan di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 itu tidak dipatuhi; (ii) prinsip keadilan semula jadi (natural justice) tidak dipatuhi; (iii) pengambilan tanah itu adalah satu tindakan bermotifkan jahat; (iv) pengambilan tanah itu adalah suatu hasil pakatan jahat; (v) pihak berkuasa negeri (PBN) tidak melaksanakan maksud asal pengambilan tanah itu; (vi) pengambilan tanah itu tidak memanfaatkan rakyat bahkan mendatangkan mudarat kepada rakyat, alam sekitar dan sebagainya; dan (vii) terdapat kes pengambilan tanah oleh pihak PBN kerajaan negeri tetapi dibatalkan setelah melihat reaksi dan maklum balas rakyat setempat, yang besar kemungkinan mengancam dan menggugat pengaruh dan imej politik pihak tertentu. Kes-kes yang sedemikian banyak berlaku di Melaka dan di Kedah. (Hansard Dewan Rakyat : 15 Mei 1997).

YB Su Liang Yu (Bruas) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) di Dewan Rakyat pada 20 Julai 1973 menyatakan bahawa  pengambilan tanah boleh menimbulkan kesusahan kepada tuan-tuan tanah. Petikan teks ucapan beliau adalah seperrti berikut: “Mr Speaker, Sir, the Bill seeks to amend the Land Acquisition Act, 1960 to enable the State authorities to acquire any land for agricultural or commercial purposes. The Government has already had all the necessary powers to acquire any land for the purpose of mining, industrial and residential purposes under the existing Land Acquisition Act, 1960. Sir, if such acquisition is deemed necessary at all, then the Government should also consider the poor and the lower income group whose land may be affected by such acquisition. The Government should consider also how such acquisition would bring hardship to them. Sometimes the piece of land which the Government wants to acquire may be the sole piece of land which a farmer may have and he depends upon it to support his family. In such a case the Government should not be too cruel and it would be unjustified to push him out of his land by paying him a very small sum of money as compensation towards such acquisition. The compensation should be sufficient in order to enable him to buy another piece of land. (Hansard Dewan Rakyat : 20 Julai 1973).

Kerajaan juga dikatakan tidak ada perancangan dalam pengambilan tanah. Akibatnya, proses pengambilan terpaksa ditamatkan dipertengahan jalan yang boleh menyusahkan semua pihak termasuk tuan tanah dan kerajaan sendiri. Contonya, pada tahun 1975, sebuah Agensi Kerajaan telah mengemukakan satu permohonan pengambilan tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah ‘A’, untuk diambil di bawah APT 1960. Pengambilan ini adalah bertujuan bagi memajukan satu bandar baru seluas 5,000 ekar yang melibatkan beberapa lot tanah milik. Sijil Akuan Segera (Borang I-Seksyen 19 APT 1960) juga dipohon. Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah telah mengeluarkan Borang ‘I’ dan ‘K’ bagi membolehkan tanah diambil milik terlebih dahulu, bayaran pampasan dibayar kemudian. Bagaimanapun atas sebab-sebab teknikal, pengambilan tanah ini telah berlarutan sehingga 1981. Pentadbir Tanah mengadakan siasatan dan tawaran pampasan  pada tahun 1981 dengan nilaian sejumlah RM5,000.00 seekar berasaskan nilaian pada tarikh warta pada tahun 1975, sedangkan tanah telah diambil. Jumlah pampasan seluas 5,000 ekar ialah RM25 juta. Pemilik berdaftar tanah-tanah yang terlibat tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang telah ditawarkan oleh Pentadbir Tanah dan seterusnya membuat bantahan atas jumlah pampasan menggunakan Borang ‘N’ APT 1960.  Kes dirujuk ke Mahkamah Tinggi melalui Pentadbir Tanah. Mahkamah Tinggi mengadakan perbicaraan dan telah mengeluarkan perintah supaya nilaian pampasan dinaikkan kepada RM20,000.00 seekar dengan dikenakan faedah 8% setahun. Ini bermakna perbezaan sejumlah RM15,000.00 seekar daripada yang telah ditawarkan oleh Pentadbir Tanah. Justeru itu jumlah pampasan keseluruhan tanah-tanah tersebut telah meningkat menjadi RM100 juta. Pihak Agensi yang memohon telah membuat bayaran pampasan tersebut secara ansuran. Sejumlah RM50 juta telah pun dijelaskan. Bagaimanapun memandangkan ekonomi yang lembab dan inflasi, pihak Agensi berkenaan tidak lagi mampu menjelaskan baki pampasan sejumlah RM50 juta kepada pihak yang berkenaan. Agensi berkenaan bercadang untuk membatalkan pengambilan bagi lot-lot yang masih belum dijelaskan pembayaran. tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana Borang ‘K’ (Seksyen 22 APT1960) telah dikeluarkan dan juga telah didaftarkan. Dengan kata lain, proses pengambilan telah selesai, tanah yang terlibat telah menjadi tanah kerajaan. Seterusnya, jika tidak boleh dibatalkan, Agensi berkenaan hendak menjual semula tanah-tanah baki yang mana pampasan sepenuhnya belum dijelaskan kepada pemilik asal dengan harga yang dipersetujui bersama. Isunya, apakah peraturan yang harus dipakai. Pilihan lain, Agensi berkenaan bercadang untuk menyediakan lot-lot kecil di atas tanah baki yang belum dijelaskan pembayaran dan menjualkannya kepada Agensi lain/orang perseorangan. Sekiranya boleh dijual, apakah peraturan yang harus diikuti. Adakah ini bertentangan atau tidak dengan seksyen 3 APT 1960?.

Dalam kes yang lain pula sebuah Agensi Kerajaan telah memohon satu kawasan tambahan yang melibatkan tanah-tanah milik seluas 2,000 ekar bagi pembesaran satu kawasan Bandar Baru. Pentadbir Tanah telah menerima permohonan tersebut pada tahun 1971. Sijil Akuan Segera (Borang I–APT 1960) juga dipohon iaitu tanah diambil milik terlebih dahulu, pampasan dibayar kemudian. Pentadbir Tanah telah menguruskan pengwartaan bagi tanah-tanah tersebut. Setelah pengwartaan dibuat, Sijil Akuan Segera (Borang I dan Borang K) telah dikeluarkan. Setelah selesai perbicaraan, Pentadbir Tanah telah membuat award dengan kadar nilaian RM10,000.00 seekar. Jumlah keseluruhannya sebanyak RM20 juta. Pemilik-pemilik berdaftar tidak berpuas hati terhadap pengambilan tanah tersebut dan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah dan seterusnya merujuk kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Order of Certiorari iaitu bagi quashed the decision and award of compensation null and void. Kes ini telah dimenangi oleh pihak pemilik berdaftar di mana Mahkamah Tinggi telah quashed the decision and award of compensation made by Pentadbir Tanah. Kes ini kemudiannya telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.  Dalam masa yang sama perundingan tentang jumlah pampasan telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju menyelesaikannya di luar Mahkamah. Hasil daripada persetujuan tersebut telah dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan dan bersetuju pampasan dibayar sejumlah RM20 ribu seekar dengan jumlah RM40 juta. Pembayaran secara ansuran sebanyak 4 kali dicadangkan dibuat oleh Agensi berkenaan kepada pemilik berdaftar. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan. Pihak Agensi berkenaan telah menjelaskan sebanyak 2 kali bayaran. Bagaimanapun, memandangkan keadaan ekonomi yang lembab dan inflasi maka pihak Agensi menghadapi masalah dan tidak berupaya menjelaskan baki sejumlah RM20 juta. Agensi berkenaan telah merujuk kes ini kepada Pentadbir Tanah untuk menyerahkan semula tanah-tanah baki yang belum dijelaskan pembayaran. Jika pemilik asal tidak bersetuju memilikinya, Agensi berkenaan bercadang untuk memecahkan tanah-tanah tersebut kepada lot-lot yang lebih kecil dan menjualnya kepada orang perseorangan/Agensi-agensi lain yang berminat. 

Satu lagi kes pengambilan tanah yang terhenti separuh jalan adalah pengambilan tanah untuk Projek Batas Banjir Sungai Besut, Terengganu. Permohonan pengambilan tanah adalah untuk membina dan menyiapkan batas banjir di Tebing Kiri dan Kanan Sungai Besut bermula dari Jambatan Pasir Akar hingga ke Muara Sungai Besut yang melibatkan beberapa mukim iaitu, Mukim Pasir Akar, Lubuk Kawah Bukit Puteri dan Kuala Besut. Permohonan pengambilan tanah untuk projek ini bermula pada tahun 1994. Tiga kawasan telah selesai dibuat pengambilan tanah iaitu; (i) kawasan Lubuk Pan, Mukim Pasir Akar yang melibatkan 13 lot dengan keluasan 5.3675 hektar dengan pampasan sebanyak RM582,777.90; (ii) kawasan Kampung Darau, Mukim Pasir Akar yang melibatkan 10 lot dengan keluasan 10.7196 hektar dengan bayaran pampasan sebanyak RM871,172.00; dan (iii) kawasan Kampung Chegar Batang, Mukim Pasir  Akar yang melibatkan 23 lot dengan keluasan 5.3048 hektar dengan bayaran pampasan sebanyak RM817,989.22. Walau bagaiman,a pun pada Februari 1996, projek ini ditangguh sehingga sekarang (2103) dan pengambilan tanah terhenti. Tanah yang telah diambil balik terbiar dan tidak terurus. 

Perkara seperti ini disifatkan oleh YB Mamat Ghazalee bin Abdul Rahman (Ulu Nerus) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 1983  sebagai merugikan tuan tanah dan mendedahkan kerajaan kepada kritik-kritik rakyat dan tidak baik daripada kepada pemerintahan. “……….sekiranya tanah yang diambil balik hanya dapat dan sebenarnya digunakan pada satu masa yang jauh, tanah tidak wajar diambil balik cepat kerana nilai tanah boleh meningkat dari tahun ke setahun. Lebih cepat tanah diambil balik dan lagi lambat tanah digunakan, lagi besarlah pada anggapan saya, Tuan Yang Dipertua, apa yang dikatakan kerugian melepas yang ditanggung oleh tuan tanah. Lagi pula, Tuan Yang Dipertua, keadaan ini boleh mendedahkan kerajaan kepada kritik-kritik rakyat dan tidak baik daripada segi pemerintahan……………... (Hansard Dewan Rakyat: 13 Oktober 1983).

Kerajaan juga dikatakan tidak prihatin kepada tuan-tuan tanah terutama semasa mereka menghadiri perbicaraan untuk menentukan jumlah pampasan. Ketidakperihatinan kerajaan ini digambarkan oleh Senator Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pengambilan tanah (Pindaan) di Dewan Negara pada 20 Disember 1983 seperti berikut:
“Tuan Yang Dipertua, saya beralih kepada corak pembicaraan dijalankan. Apa yang menyedihkan berlaku, tuan-tuan tanah ini, katalah, tanah sepanjang 10 batu yang ada terlibat, ribu dan ratusan tuan-tuan tanah ini dipanggil ke pejabat, selalunya dibuat di Pejabat Penghulu berkenaan ataupun di Pejabat Tanah di daerah-daerah yang memakan masa berpuluh hari. Tuan-tuan tanah ini kalau tidak salah dilayan tidak ubah seperti banduan sahaja. Tanah mereka yang kena ambil untuk pembangunan, tanah mereka habis tetapi bila pembicaraan kerusi pun tidak disediakan untuk mereka.
Kebanyakannya tidak mempunyai pembantu rumah (servant). Mereka kelek anak yang sedang menyusu, sesetengahnya itu sedang mengandung, sesetengahnya itu sudah tua semuanya terletak di tepi-tepi pejabat tidak ada kerusi, tidak ada layanan sebagai seorang yang akan berkorban tanahnya untuk pembangunan.
Saya perhatikan apa yang kita buat ini tidaklah mementingkan perasaan-perasaan manusia yang ada bagi tuan-tuan tanah itu. Sedangkan Pemungut-pemungut Hasil Tanah dengan pegawai-pegawainya duduk dalam bilik ada kipas angin. Panggil seorang dengar, panggil seorang dengar, berapa jam hamba Allah itu duduk di luar pejabat, makan tengah hari entah ke mana, datang dari rumah bertolak naik basikal, naik bas sampai ke bandar, tunggu berhari-hari, tenggelam matahari baru balik ke rumah, tanah kena ambil, pampasan pun tidak memadai.  Ini semuanya membangkitkan perasaan-perasaan yang kurang senang kepada mereka itu. Mereka tidak ada lawyer, mereka tidak ada peguam dan tidak ada duit untuk membela hak-hak mereka. Maka melalui Dewan inilah, kita menyampaikan perasaan-perasaan pilu tuan-tuan tanah itu supaya diambil perhitungan, diambil perhatian, diambil perincian oleh pihak berkuasa Kerajaan di dalam melaksanakan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) ini”. (Hansard Dewan Negara : 20 Disember 1983).
(BERSAMBUNG)           
Suhaimi bin Hj. Mamat
Setiausaha
Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 13, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62574 Putrajaya, Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan