Assalamualaikum
En. Baharuddin,
Setelah
meniliti kandungan blog Tinta Bayu, saya berharap En Baharuddin dapat
meluangkan sedikit masa dan pengetahuan dalam pembayaran pampasan tanah geran
bercantum.
Ibu
saya telah membeli sebidang tanah rizab Melayu dengan geran bercantum di Melaka
pada awal tahun 1980an. Dalam 30 tahun ini, telah beberapa kali tanah ini di
ambil oleh kerajaan untuk pembesaran jalan.
Geran
tanah tersebut dibahagikan kepada 6 bahagian di mana ibu saya mempunyai satu
bahagian. Mengikut geran, tanah tersebut agak panjang dan bahagian tanah ibu
saya adalah bersempadan dengan jalanraya.
Setiap
kali pengambilan jalan, tanah yang dikenal pasti sebagai hak ibu saya
(berpagar) akan diambil untuk tujuan pembesaran jalan dan tanah milik 5 pemilik
geran yang lain tidak terlibat. Akan tetapi, pampasan akan dibayar sama rata
oleh semua pemilik geran.
Dari
segi logiknya, pampasan sepatutnya di bayar kepada pemilik yang kehilangan
tanah. Atau selepas setiap pengambilan tanah, baki tanah akan dibahagi semula
mengikut bahagian yang ada.
Saya
mengharapkan jasa baik En Baharuddin untuk memberi sedikit penjelasan mengenai
kes-kes sebegini. Baru-baru ini, kami telah menerima berita yang hampir 50%
tanah akan diambil oleh kerajaan untuk projek pembesaran jalan. Akan tetapi,
pampasan akan diberi kepada semua pihak walaupun pengambilan tanah tersebut
tidak melibatkan bahagian mereka.
Terima
kasih.
Yang
Benar,
Wazir
Pandangan/Jawapan
Alaikumsalam
dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya
Berdasarkan
penerangan yang diberikan oleh pihak tuan, semua tuan tanah yang memiliki tanah
tersebut dikenali sebagai ‘KEPUNYAAN BERSAMA’ yang tuan nyatakan sebagai 'geran bercantum' dan ianya tertakluk kepada
seksyen 342 dan 343 KANUN TANAH NEGARA. Berdasarkan seksyen 343(1)(a)
menyatakan ‘bahagian-bahagian mereka
didalamnya hendaklah dianggap sebagai sama melainkan nisbah-nisbah yang
berlainan dinyatakan dalam memorial pendaftaran itu’
INI BERMAKNA SEMUA BAHAGIAN TANAH TERSEBUT DIPUNYAI BERSAMA OLEH SEMUA NAMA-NAMA YANG ADA DIDALAM HAKMILIK (GERAN) dan setiap orang pemilik tidak boleh menyatakan sesuatu bahagian yang dipagar (sebagai contoh) adalah bahagiannya (seperti yang tuan nyatakan bahagian ibu tuan adalah ditepi jalan)
INI BERMAKNA SEMUA BAHAGIAN TANAH TERSEBUT DIPUNYAI BERSAMA OLEH SEMUA NAMA-NAMA YANG ADA DIDALAM HAKMILIK (GERAN) dan setiap orang pemilik tidak boleh menyatakan sesuatu bahagian yang dipagar (sebagai contoh) adalah bahagiannya (seperti yang tuan nyatakan bahagian ibu tuan adalah ditepi jalan)
Ini
yang berlaku iaitu tuantanah
telah bahagikan kepunyaan masing-masing DI ATAS TANAH. Pembahagian
ini TIDAK SAH berdasarkan seksyen di atas. Untuk mengesahkannya
SEMUA TUANPUNYA TANAH MESTI MEMOHON UNTUK MEMECAH BAHAGIAN TANAH TERSEBUT.
Berdasarkan
kenyataan di atas, MEMANG BENAR apabila tanah itu terlibat dengan pengambilan SEMUA
PEMILIK TANAH AKAN DIBAYAR PAMPASAN DAN JUMLAHNYA BERDASARKAN SYER/BAHAGIAN
MASING-MASING DAN SELEPAS SELESAI PENGAMBILAN BAKI TANAH MESTI DIBAHAGI SEMULA
KEPADA SEMUA PEMILIK ASAL BERDASARKAN SYER/BAHAGIAN YANG SEDIA ADA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan