Hak lalulalang Pentadbir Tanah (Land Administration's Rights of way) adalah hak laluan keluar masuk yang diwujudkan di atas tanah untuk ke 'perhentian awam'. Berdasarkan seksyen 387 Kanun Tanah Negara perhentian awam bermaksud tepi pantai atau sungai, stesyen keretapi atau jalan awam. Ini bermakna KEWUJUDANNYA IALAH UNTUK MEMBOLEHKAN TANAH YANG DIMILIKI SESEORANG DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN SEBAGAI LALUAN KELUAR MASUK KE PERHENTIAN AWAM
Apa yang terjadi sekarang ini, pihak kerajaan sendiri lazimnya melalui Pejabat Daerah membina jalan-jalan di dalam kampung (dahulunya dikenali sebagai jalan PLB) hanya dengan perasetujuan pemilik tanah TANPA MEWUJUDKAN HAK LALULALANG atau berdasarkan peruntukan undang-undang. Dengan kata lain jalan yang dibina adalah diatas tanah milik. Masalah akan timbul nanti apabila jenerasi kedua, ketiga dan sebagainya TIDAK MAHU JALAN TERSEBUT BERADA DI ATAS TANAH MEREKA. Ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna jalan yang tidak tahu kedudukan sebenar.

Pewujudan Hak (Creation of right)
Berdasarkan seksyen 390(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri, tuanpunya tanah (the proprietor) atau penduduk (occupier) mana-mana tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk mewujudkan hak lalulalang menggunakan Borang 28A Kanun Tanah Negara
Apabila menerima permohonan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pentadbir Tanah sama ada untuk mengadakan siasatan (enquiry) atau kajian/penyelidikan (investigation) untuk menentukan sama ada sesuai untuk diwujudkan hak lalulalang swasta (persendirian) atau pun hak lalu lalang awam.
Hak lalu lalang swasta diwujudkan untuk faedah Pihak Berkuasa Negeri (sebagai contoh untuk ke tanah rizab atau hutan atau untuk memindah bahan batuan) atau untuk kegunaan tuanpunya tanah atau penduduk tanah sahaja. Sementara hak lalulalang awam diwujudkan untuk faedah/kegunaan orang

BERSAMBUNG
ASSALAMUALAIKUM tuan,, di sini saya ingin mendapatkan sedikit nsihat dan pandngan berkaitan kebolehan mendapatkan Hak Lalu-lalang.. Dalam kes yg di hadapi saya sekarang dimana jiran sya telah memagar kawasan lot rumahnya , sekaligus menutup jalan yg dilalui saya dan keluarga sejak puluhan tahun sebelum rumah jiran tersebut didirikan lgi. Kebetulanya lot rumah sya adalh dbelakang lot rumahnya.. jalan yg dgunakan juga adalah jalan utama yg digunakan org ramai untuk kekubur yg terletak dibelakang rumah sya. Ketiadaan jln lain untuk dilalui menyebabkan rumah sya kini seperti di 'sita' mereka.. sya juga turut trpaksa menumpang di rumah ayah saya untuk memudahkan rutin harian. Apakah yg perlu saya lkukan?.. terima kasih
BalasPadamMaaf lambat jawab. Saya rasa laluan yg wujud selama ini BUKAN HAK LALULALANG TETAPI HANYA LALUAN YG TIDAK SAH. Cuba semak di Pejabat Tanah. Jika hak lululalang mengikut undang2 jalan tersebuy tidak boleh ditutup
Padamknape x leh copy yer?
BalasPadamAssalamualaikum tn hj..masalah yg saya hadapi ialah:
BalasPadamTanah saya di Besut, Terengganu di tepi jalanraya tiada laluan keluar masuk, tapi pd asalnya memang ada, semenjak jejantas dibina ianya terus terhalang. tanah orglain yg bersebelahan dgn saya tiada masalah. Saya ada membuat aduan kpd pihak JKR tapi tiada penyelesaian jg, pihak JKR suruh saya rujuk kpd pejabat tanah besut. Disebabkan tiada laluan tanah tersebut sudah lama terbiar, Apa yang patut saya lakukan? terimakasih, wasalam
Bolehkah tuan Tanah memohon untuk meminda ROW yang pernah dikenakan keatas Tanahnya?.. ini kerana ROW tersebut berada ditengah tengah lot. tuan Tanah ingin membina rumah
BalasPadamSelamat petang, soalan ini memang baik, saya juga inghin tahu kalau hal ini berlaku. Terima kasih
PadamSelamat petang, soalan ini memang baik, saya juga inghin tahu kalau hal ini berlaku. Terima kasih
PadamAssalamualikum.
BalasPadamKami tiga beradik telah membeli Tanah di Maran pahang. Semasa membeli tanah, tuan Tanah asal (penjual) telah mempersetujui laluan kepada Tanah menuju jakan besar. Sekarang penjual menutup laluan dan meminta kami melalui laluan lain. Bolehkan beliau berbuat demikian. Kami bercadang memohon ROW Pentadbir Tanah. Apakah asas bayaran pampasan di atas ROW Pentadbir Tanah.
Terimakasih.
Saya ada tanah..tp tuan tanah sebelah xbg jalan msok..bolehkah saya memohon..cara dan kos dia mcm mna..susah dak??
BalasPadamBalas
PadamSlmt Pagi Tn.
BalasPadamSy mengusaha Kayu getah di Kwsn pahang. Sy Telah memohon se bhgn Jalan di rezab sg dari Pjbt tanah dan Daerah dan kelulusan Telah dapat. Akan tetapi Ada Seorg pemilik tanah Enggan memberi lalu an atas tanah hakmilik Dia atas Jalan Per sendirian sedia Ada. Untuk Kes Ini, Nak buat izin lalu sementara tanpa pampasan?
Sy juga Telah men jumpai Satu tanah blh membuat Jalan. Tanah tersebut mempunyai 2 pemilik Yang Telah meninggal dunia. Salah Seorg waris benarkan Sy Jalan tetapi Seorg lagi Ada waris nya adalah pemilk tanah Dia atas Yang enggan memberi. Tanah tersebut juga Blum membuat se Barang bicara kuasa lagi.
Minta Tanya Tn apa Yang boleh Sy buat lagi?
Salam Tuan,
PadamBoleh share tak, cara2 memohon ke Pejabat Tanah untuk melalui rizab sungai? Saya mengalami masalah yg sama.. saya beli sebahagian tanah. Tanah ini ada 2 nama (1/4 dan 3/4 bahagian) saya beli bahgn 3/4 terletak di belakang 1/4.. tanah 3/4 rapat terus ke rizab sungai. Jalan utama berada di hadapan tanah 1/4. Tuan tanah 1/4 ini tidak membenarkan saya untuk lalu. Jadi hanya rizab sungai yang saya ada sebagai akses ke tanah saya. Harap tuan dapat memberi sedikit tunjuk ajar cara memohon. Terimakasih
Assalamualaikum w.b.t... Saya Asri dari Melaka... Pertanyaan saya ialah... Adakah sebarang peraturan yang membenarkan seseorang pemilik tanah di lot belakang melalui bahagian tepi sempadan antara dua tanah jiran di lot hadapan???
BalasPadamAssalamualaikum. Saya ingin bertanya bolehkah lorong belakang rumah perumahan yang telah disempadankan dengan divider jalan boleh dibuang untuk dibuat laluan keluar masuk oleh pemilik tanah persendirian yang ingin membuat sebuah rumah baru? Lorong perumahan itu dijadikan laluan keluar masuk untuk lori dan jentera membawa tanah bagi menambun tanah untuk membina rumah persendirian.
BalasPadamBalas
BalasPadamAssalamualaikum tuan yg jadi masalah saya tuan tanah di hadapan mahu menuntup jalan orang di Belakang. Sedangkan jalan itu berpuluh Tahun . Apa tindakan harus saya Buat.
BalasPadamAssalammualaikum,tuan saya ingin bertanya berapa kos untuk buat rizab jalan ?
BalasPadamSalam tuan,mohon nasihat drpd pihak tuan...saya ada membeli sebidang tanah lbh kurang 2 ekar 10 tahun yg lalu...dan tlh menanam pelbagai tanaman..2 tahun lps ada org lain yg membeli tanah bersebelahan tanah saya sbyk 12 ekar,dan dia memohon utk buat laluan ketanahnya memandangkan tanah saya dihdpn...bukan x nak memudahkan urusan org lain cuma sayang ianya akan melibatkan pagar dan tanaman2 saya...mohon pendapat frpd pihak tuan terima kasih
BalasPadamSalam tuan. Boleh sy tahu cara bg memohon pembinaan jalan di atas tanah rizab kerajaan? Di mana perlu sy mohon. Sy wakil dr pnduduk di kg sy.
BalasPadamSalam Tuan
BalasPadamBagaimanakah cara untuk memohon laluan di atas rizab sungai sebagai akses untuk ke tanah sendiri. Tanah ada dua bahagaian 1/4 dan 3/4. Bahagian tanah yg dibeli 3/4 terletak di belakang 1/4 dan rapat ke rizab sungai. Bahagian 1/4 tepi jalan raya, tuan tanah tidak memberi kebenaran langsung untuk lalu. Alternatif yg saya ada adalah kawan rizab sungai. Harap tuan dapat membantu memberi pandangan. Terima kasih
minta bantuan dari orang awam. Bapa Saya sudah meninggal 20 tahun yg lalu. tanah kita di tepi jalan. tuan tanah di brlakang buat halal melalui tanah kita kata nya ada Hak lalullang. adakah perjabat tanah ada Hak atau KEPUTUSAN untuk paksa kita sebagai permits tansh kasi lalulang utk pakai sebagai. persendirian bukan awam
BalasPadam