Selasa, 15 Julai 2014

Isu Pengambilan Tanah

Pada 11 Julai 2014 yang lalu, saya menerima satu pertanyaan dari rakan yang bertugas di Pejabat Tanah di Negeri Sembilan berkaitan dengan pengambilan tanah:

Keluasan pengambilan di dalam Borang K tidak sama dengan keluasan pengambilan di dalam Borang H, iaitu keluasan pengambilan dalam Borang K melebihi 1/4 hektar atau 1% dari keluasan tanah terjadual (pengambilan keseluruhan lot)  jika dibandingkan dengan keluasan pengambilan di dalam Borang H. Seterunya bayaran pampasan dibuat berdasarkan keluasan pengambilan di dalam Borang K (keseluruhan lot) tanpa perubahan kepada warta. Apakah penyelesaiannya

Untuk menjawabnya terlebih dahulu kita perhatikan seksyen 14(3) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Sesuatu award dibawah seksyen ini tidaklah menjadi tidak sah (shall not be invalidated) (maknanya sah) semata-mata oleh sebab keluasan tanah yang berkenaannya award itu dibuat adalah lebih besar atau lebih kecil daripada keluasan tanah terjadual itu:

Dengan syarat bahawa perbezaan antara keluasan berkenaan dengan award itu dibuat dan keluasan tanah dijadualkan tidak melebihi suku hektar atau satu peratus dari keluasan tanah dijadualkan mana lebih besar'


Berdasarkan seksyen tersebut, oleh kerana perintah yang telah dibuat dalam kes yang dibincangkan melebihi suku hektar dan tiada perubahan kepada warta, MAKA PERINTAH TERSEBUT ADALAH TIDAK SAH DAN BORANG K YANG DIKELUARKAN DAN JIKA TELAH DIENDORS PUN ADALAH TIDAK SAH.


Selanjutnya perkara tersebut dijelaskan lagi di dalam seksyen 14(4)(a), 'Jika keluasan tanah yang berkenaan suatu award telah dibuat dibawah seksyen ini -


(a) melebihi keluasan tanah dijadualkan itu dengan tidak lebih daripada suku hektar atau sayu peratus, yang mana lebih luas, maka tidaklah perlu dibuat dan disiarkan apa-apa pengisytiharan lanjut berkenaan dengannya dibawah seksyen 8'


Ini bermakna dalam kes di atas, perintah yang dibuat MELEBIHI KELUASAN TANAH DIJADUAL IAITU MELEBIHI SUKU HEKTAR ATAU SATU PERATUS, LEBIHAN ITU PERLU DIWARTAKAN DIBAWAH SEKSYEN 8. BEGITUPUN MASIH RAMAI PIHAK YANG BERANGGAPAN LEBIH ITU HANYA PERLU DIBUAT PEMBETULAN WARTA SAHAJA. ANGGAPAN TERSEBUT ADALAH SALAH BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG DINYATAKAN DIATAS


Untuk menyelesaikan isu yang terjadi, pada pandangan saya Pentadbir Tanah mesti memanggil tuanpunya tanah dan pihak yang terlibat dengan pengambilan tersebut menceritakan hal sebenar berdasarkan undang-undang dan membuat pengakuan kesalahan yang telah dibuat. Seterusnya minta tuan tanah akur dengan pengambilan keseluruhan lot (lebihan pengambilan). Lanjutan dari itu  Pentadbir Tanah hendaklah mewartakan semula lebihan kawasan yang diambil dan membatalkan endorsan Borang K (jika telah dilakukan) mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan