Sepanjang tempoh lebih 32 tahun bergelumang dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) dan melalui cadangan/pertanyaan dari peserta kursus, APT 1960 mempunyai banyak kelemahan dan sepatutnya telah ditambah atau dipinda. Kali ini saya akan senaraikan kelemahan-kelemahan APT 1960 yang telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan.
1. Tiada tafsiran perkataan 'maksud awam/public purpose' di dalam seksyen 3(1)(a) sedangkan perkataan 'kemudahan awam/public utility' ada di seksyen 2(1)
Disyor supaya dimasukkan tafsiran 'maksud awam/public purpose' jika boleh ambil tafsiran maksud awam dari seksyen 2 Ordinan Pengambilan Tanah Sabah (Sabah Cap. 69) yang pada pandangan saya lebih lengkap
Seksyen 2
Land Acquisition Ordinance (Sabah Cap 69)
“public purpose” means any, or any combination, of the following
purposes :
(a) for exclusive use of the Government or of the Federal Government or for general public use;
(b) for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
(c) for or in connection with the provision of residential accommodation for any section or class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal Government, and the families and employees thereof;
(d) for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port, airport, railway, road or other public works of convenience;
(e) for or in connection with any public utility undertaking or the provision of any public service, undertaken or provided, or about to be undertaken or provided, by the Government, the Federal Government, a local authority or any corporation incorporated directly by written law;

(f) for or in
connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any
community, or of any section or class of the public, rural or urban;
(g) for or in connection with the provision of land for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
(h) for or in connection with the conservation, improvement or exploitation of natural resources.

2. Pindaan kepada seksyen 3(1)
Buat masa sekarang seksyen tersebut dipecahkan kepada (a), (b) dan (c) dan perkara ini telah pun dijelaskan dimana-mana ceramah dan di dalam Buku Manual Pengambilan Tanah. Buat masakini, sebagai contoh apabila permohonan pengambilan tanah diterima dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendirikan pencawang permohonan tersebut diletakkan dibawah seksyen 3(1)(b) dan diproses mengikut Akta Pengambilan Tanah, sementara untuk talian bekalan elektrik diproses mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini terdapat lima buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang telah membenarkan TNB membuat pengambilan tanah mengikut seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pencawang elektrik dan talian bekalan elektrik. Oleh yang demikian pada pandangan saya seksyen 3 tersebut perlu dipinda dan seterusnya memasukkan tafsiran 'publis purpose' seperti mana tafsiran di atas. Lanjutan itu, pada pandangan saya seksyen ini hanya perlu dipecahkan kepada seksyen 3(1)(a) dan (b) sahaja. Iaitu (b) dan (c) digabungkan menjadi (b)
3. Pindaan kepada seksyen 4
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang antara lain menyatakan pewartaan dibawah seksyen 4 adalah BUKAN MANDATORI, adalah disyorkan supaya seksyen ini dipinda bersesuaian dengan keputuan tersebut dan kehendak Pekeliling Persurujaya Tanah Persekutuan Bil 1 Tahun 2003 dan Bil 1 Tahun 2005 iaitu masukkan peruntukan 'jika pemohon memerlukan kajian kesesuaian tanah ATAU pengambilan berbentuk jajaran baru maka pewartaan dibawah seksyen 4 adalah MANDATORI/SHALL'
4. Pindaan kepada seksyen 16(1)
Seksyen tersebut menyatakan 'Apabila membuat apa-apa award dibawah sub-seksyen (1) seksyen 14 berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu'
Di dalam seksyen tersebut tidak menyatakan berapa salinan Borang H yang perlu diberikan kepada setiap orang DAN AMALAN SEKARANG SETIAP ORANG BERKEPENTINGAN DIBERIKAN DUA SALINAN BORANG H.
Pada pandangan saya masukkan perkataan 'setiap orang berkepentingan mesti/shall diberi dua salinan Borang H' dan setiap orang berkepentingan mesti/shall menyerahkan kembali satu salinan kepada Pentadbir Tanah'. Ini bertepatan dengan kes Zainal Abidin b Yaakub v PT Melaka Tengah [1999] 5 MLJ 577. Antara kandungan kes tersebut menyatakan orang berkepentingan MESTI/SHALL membuat pemilihan terhadap Borang H tersebut.
5. Pindaan kandungan Borang E, Borang K dan BORANG N
Disyorkan supaya no dan tarikh warta seksyen 8 dimasukkan kedalam Borang E dan Borang K kerana di dalam Borang G, Borang H, BORANG I, BORANG K, BORANG L, BORANG O mempunyai ruang untuk no dan tarikh warta seksyen 8.
Bagi BORANG N pula dicadangkan supaya ditambah perkataan KAMI karana di dalam BORANG N sekarang hanya ada perkataan SAYA sahaja. Ini membolehkan jika sesuatu tanah itu mempunyai RAMAI PEMILIK dan kesemuanya ingin membantah ke Mahkamah HANYA PERLU MENGISI SATU BORANG N SAHAJA DAN MEMBAYAR HANYA SATU DEPOSIT. Tidak sepertimana sekarang SETIAP ORANG MESTI MENGISI BORANG N YANG BERBEZA.
6. Pindaan kandungan Borang C
Disyorkan supaya di dalam ruangan No lot dan dan ruangan keluasan lot di dalam Borang C DITAMBAH DENGAN PERKATAAN 'PETAK' untuk strata
7. Tiada peruntukan pengambilan tanah strata. Perkara berkaitan strata hanya disebut sedikit sahaja iaitu dibawah seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah
8. Tiada peruntukan pengambilan tanah stratum
9. Percanggahan antara seksyen 3F(1) dengan seksyen 35(1)
Ada kes dimana selepas warta seksyen 8 dikeluarkan, pemohon pengambilan Tanah dibawah seksyen 3(1)(b) atau (c) menyatakan ingin menarik diri dari pengambilan sedangkan mengikut seksyen 3F(1) penarikan tidak boleh dibuat jika pengambilan tersebut telah diwartakan dibawah seksyen 8, kemudian apabila dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri, penarikan telah diluluskan berdasarkan seksyen 35(1)
10. Percanggahan antara seksyen 3(1) dengan seksyen 68A
Berdasarkan seksyen 3(1) permohonan pengambilan dibahagikan kepada (a), (b) dan (c) iaitu penetapan telah dibuat siapa yang boleh ambil dan tujuan pengambilan tersebut dan seterusnya dinyatakan didalam Borang D dan warta seksyen 8. SEKSYEN 68A PULA MEMBENARKAN PIHAK YANG MENGAMBIL TANAH TIDAK MEMATUHI TUJUAN PENGAMBILAN TERSEBUT ATAU DENGAN KATA LAIN BOLEH BUAT APA SAJA KEATAS TANAH TERSEBUT. INI ADALAH TIDAK ADIL DAN DIPERTIKAIKAN OLEH TUAN TANAH, PIHAK BIRO PENGADUAN AWAM, KAKITANGAN JABATAN AUDIT DAN KAKITANGAN SPRM apabila saya menyampaikan ceramah kepada mereka.
11. Pindaan seksyen 32A
Hampir kesemua bayaran pampasan yang dibuat oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan dengan cara EFT TETAPI CARA MELALUI EFT TIADA DI DALAM SEKSYEN 32A AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960. Mungkin pembayaran melalui EFT adalah tidak sah.
12. Pindaan kepada seksyen 32(2)
Seksyen ini menyatakan 'Jika mana-mana penilaian dibuat dibawah seksyen 28 berhubung dengan apa-apa perbezaan yang terdapat pada keluasan tanah apabila pengukuran muktamad dibuat, maka hendaklah ditambah kepada amaun penilaian itu caj bayaran lewat dengan kadar lapan peratus setahun mulai dari tarikh tanah itu diambil milik atau pampasan iti dibayar, mengikut mana satu yang lebih awal sama ada.............................' DIDALAM NYA TIDAK MENYATAKAN HINGGA BILA PENGIRAAN ITU PERLU DIBUAT. Sedangkan pengiraan caj bayaran lewat mengikut seksyen 29A(5), seksyen 32(1), seksyen 32(1B), seksyen 32(1C) dan seksyen 48 ADA DINAYATAKAN CAJ BAYARAN LEWAT DIKIRA SEHINGGA PAMPASAN DIBAYAR
13. Cara Pengiraan Caj Bayaran Lewat
Di dalam Akta tidak menyatakan tata cara pengiraan caj bayaran lewat SAMA ADA KAEDAH BIASA ATAU SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH BANK. MINTA DINYATAKAN DI DALAM AKTA
14. Pendudukan Sementara Tanah
a. Berdasarkan seksyen 57(1) tempoh pendudukan sementara tahun adalah tidak melebihi 3 tahun. Bagaimana jika tempoh tersebut tidak mencukupi atau sesuatu projek itu belum selesai? Tiada peruntukan yang jelas sama ada tempoh itu boleh disambung atau muktamad.
b. Dalam proses hanya terdapat satu borang sahaja iaitu Borang Q. Pada pandangan saya Borang Q dikekalkan untuk tujuan siasatan/perundingan. Tambah SATU BORANG YANG LAIN (untuk perintah/bayaran gantirugi)
c. Disyorkan supaya endorsan/ingatan/catatan di dalam dokumen hakmilik daftar computer dibuat berdasarkan borang perintah/borang bayaran gantirugi
15. Kaedah 5(2) Kaedah Pengambilan Tanah 1998
Award melebihi deposit, Pentadbir Tanah hantar notis Borang 2, untuk deposit tambahan dan mesti jelaskan dalam 30 hari dari tarikh terima notis. Isunya adalah tiada peruntukan jika pemohon tidak membayar dalam tempoh atau lambat membayarnya.
Disyorkan supaya masukkan ayat 'kegagalan pemohon berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai menarik balik permohonan'
16. Pindaan kepada tafsiran 'penilai' dalam seksyen 2(1)
Disyorkan supaya tafsiran 'penilai' ditukar kepada pegawai penilai yang bekerja dengan Kerajaan sahaja.
Pandangan dari Pegawai INSPEN/JPPH tafsiran asal dibuat begitu kerana RANCANGAN ASAL UNTUK MENSWASTAKAN JPPH TIDAK KESAMPAIAN
Lanjutan daripada itu seksyen 14(5) DIPINDA MENJADI:
Pentadbir Tanah hendaklah menetapkan amaun kos yang ditanggung beban dalam prosiding itu dan oleh siapa dan dengan kadar apa kos, yang hendaklah termasuk apa-apa fee penilaian yang dikenakan oleh penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar dibawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta-Tanah 1981
17. Tafsiran 'orang yang berkepentingan' dalam seksyen 2(1)
Berdasarkan pandangan Y.B. PUU Negeri Sembilan melalui surat bil (2) dlm. PUNS (JB) 19/92 Jld 2 bertarikh 1 Julai 2011 bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh PTG Negeri Sembilan, menyatakan Pentadbir Tanah termasuk orang berkepentingan dalam hal tunggakan cukai tanah yang tidak dibayar dan tanah tersebut diambil keseluruhannya. Dengan pindaan tersebut hasil negeri akan bertambah dan tunggakan hasil akan berkurangan. Ini kerana salah satu sebab tunggakan hasil adalah berkaitan dengan hal tersebut. Oleh yang demikian adalah disyorkan dalam tafsiran 'orang yang berkepentingan' TERMASUK PENTADBIR TANAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan