Khamis, 3 Julai 2014

Maksud Awam dan Kemudahan Awam

Hingga kini masih lagi terdapat kekeliruan pemahaman mengenai permohonan atau projek-projek sama ada hendak diletakkan dalam kelompok maksud awam atau dalam kelompok kemudahan awam.

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, perkataan 'maksud awam'/public purpose mula dinyatakan didalam seksyen 3(1) iaitu 'The State Authority may acquire any land which is needed -
(a) for any public purpose;
(b) ...............................................................................; or
(c) ..............................................................................

Berdasarkan perenggan 4.2 Manual Pengambilan Tanah 'maksud awam' ialah apa-apa kepentingan untuk faedah awam atau sebahagian awam tetapi bukan untuk faedah individu. Dalam hal ini pengambilan tanah untuk sekolah, hospital, mahkamah dan jalan adalah dianggap sebagai maksud awam.

Selanjutnya Peguam Negara melalui suratnya Bilangan PN (ARV) 2953 Jld. VII bertarikh 4 Januari 2002, telah memutuskan bahawa suatu badan yang ditubuhkan sebagai suatu perbadanan tidak pula dengan sebab perbadanannya terpaksa mengambil tanah dibawah perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960. Menurutnya selain Akta Pengambilan Tanah 1960, Parlimen juga telah menggubal undang-undang yang lain yang memberi kuasa kepada badan berkanun untuk mengambil tanah di bawah pelbagai Akta Parlimen yang mana telah memperuntukkan bahawa suatu pengisytiharan mengenai pengambilan tanah sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh yang demikian badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa untuk mengambil tanah secara paksa dibawah undang-undang penubuhannya boleh mengambilan tanah dibawah perenggan 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi suatu tujuan yang dengannya badan berkanun itu telah ditubuhkan dan tujuan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tujuan awam.

KESIMPULANNYA HANYA PIHAK BERIKUT SAHAJA YANG BOLEH MEMOHON PENGAMBILAN TANAH DAN DILETAKKAN DIBAWAH s3(1)(a):
1.  KERAJAAN PERSEKUTUAN MELALUI KEMENTERIAN DAN JABATAN
2.  KERAJAAN NEGERI MELALUI JABATAN-JABATAN
3. AGENSI PERSEKUTUAN/BADAN BERKANUN  ATAU NEGERI YANG DI DALAM UNDANG-UNDANG PENUBUHANNYA ADA MENYATAKAN BOLEH MENGAMBIL TANAH SECARA PAKSA

Sementara itu perkataan 'kemudahan awam' atau 'public utility' pula ada dinyatakan di bawah seksyen 19 Akta Pengambilan Tanah 1960 -

'Where any land, described in any notice in Form E given under section 10, is in opinion of the State Authority ungently required for use for a public purpose, or for a public utility in the case of an acquisition under section 3(1)(b), the State Director may,.....................................'

Lanjutan daripada itu  seksyen 2 pula menyatakan - 'public utility/kemudahan awam' bermaksud -

'includes any road, rail transportation, water and electricity supply, gas pipeline, telecommunications, street lighting, sewerage system, drainage system, public works, and any other similar public service or convenience'

JIKA ADA YANG MENGANGGAP MAKSUD AWAM DAN KEMUDAHAN AWAM ADALAH SAMA IANYA SALAH. KESIMPULANNYA JIKA PEMOHON SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA SEKSYEN 3(1)(a) DI ATAS (SEBAGAI CONTOH PERMOHONAN DARI ORANG PERSEORANGAN, PIHAK SWASTA, PEMAJU PERUMAHAN, TNB, TELEKOM, PETRONAS) YANG MEMOHON PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN MEMBINA/MENGADAKAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI TAFSIRAN DI ATAS ADALAH DILETAKKAN DIBAWAH PERENGGAN s(1)(b) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960



Selain dari perkara di atas ada juga persoalan yang ditanya iaitu - Sama ada BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA boleh membuat permohonan untuk mengambil tanah di Malaysia?

Pandangan/Jawapan:

Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, TIADA PERUNTUKAN YANG JELAS mengenai permohonan daripada BUKAN WARGANEGARA. Berbeza dengan Kanun Tanah Negara yang mempunyai peruntukan yang jelas pada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) bermula dari seksyen 433A hingga 433H.

Walau bagaimanapun berdasarkan perenggan 3(1)(b) dan (c) Akta Pengambilan Tanah menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambila mana-mana tanah yang diberlukan 'oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri ............................'

Berdasarkan nota Tuan Hj. Mohd Said bin Abdul Kadir (Bekas Pengarah Seksyen Pengambilan Tanah JKPTG yang juga tenaga pengajar Seksyen Latihan JKPTG) dan Perenggan 4.4 Manual Pengambilan Tanah, menyatakan orang dalam dalam seksyen 3(1)(b) diatas bermaksud:

1. warganegara
2. umur tidak kurang 18 tahun
3. bukan seoarang yang muflis
4. bukan seorang yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara satu tahun atau lebih dalam tempoh lima tahun sebelum permohonan.
5. Berkemampuan dari segi kewangan


Badan bermaksud syarikat/perbadanan pula:

1. Syarikat/perbadanan/badan itu ditubuhkan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965/mana-mana Akta Parlimen Atau Enakmen Negeri/Akta Pertubuhan 1966/Akta Koperasi 1948/Akta Pendaftaran 1956.

2.     Mempunyai modal yang teguh.

3.  Mempunyai rekod perniagaan yang cemerlang khasnya dalam aktiviti dan projek yang dicadangkan atau dimiliki atau dikawal oleh orang-orang yang mempunyai rekod perniagaan yang cemerlang.

4Projek yang dicadangkan itu memberi faedah secara langsung kepada pembangunan mengikut dasar ekonomi negara.


BERDASARKAN KENYATAAN DIATAS, BUKAN WARGANEGARA TIDAK BOLEH MEMOHON UNTUK MENGAMBIL TANAH DIMALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan