Khamis, 25 September 2014

Isu Pengambilan Tanah

Semasa berceramah di Kuala Terengganu pada 20 dan 21 September dan ceramah di INSTUN pada 24 September, terdapat persoalan yang sama ditanyakan berkaitan pengambilan tanah dan pembangunan tanah.
 
Soalan berbunyi seperti berikut:
 
Sebahagian daripada satu lot (yang dipunyai oleh TIGA orang tuanpunya tanah) terlibat dengan pengambilan (katakan lot 321, GM 131). Proses pengambilan telahpun hampir selesai, cuma Borang K belum dikeluar dan diendorse/buat ingatan/wasilan. Dalam masa yang sama permohonan untuk memecah bahagian tanah kepada 3 BAHAGIAN telah dilulus dan hakmilik baru telah didaftarkan (Katakan lot 2210 HS(D) 22, lot 2211 HS(D) 23 dan lot 2212 HS(D) 23). Berdasarkan pelan pengambilan tanah, kawasan yang terlibat dengan pengambilan hanya melibatkan lot 2210 HS(D) 22. Bagaimana untuk menyediakan Borang K bagi tujuan endorsan kerana hakmilik lama (lot 321 GM 131) telah dibatalkan akibat pecah bahagian tersebut
 
 
Pandangan:
 
Dalam ruangan pertama jadual Borang K ia itu NO LOT  masukkan NO LOT YANG BAHARU (lot 2210) SERTA NO LOT LAMA (lot 321) di dalam kurungan. Sementara ruang kedua iaitu HAKMILIK ATAU KEPENDUDUKAN masukkan JENIS HAKMILIK YANG BAHARU (HS(D) 22) SERTA JENIS HAKMILIK LAMA (GM 131) didalam kurungan. Dengan pengeluaran Borang K berdasarkan cara pengisian tersebut, Pentadbir Tanah boleh lah membuat endorsan/ingatan/wasilan ke dalam hakmilik baharu.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan