Luas lot: 4E 0R 07P
Pemilik Berdaftar:
Hj. Ismail bin Abdullah 1/2 bahagian
Halimah bte Abdullah 1/2 bahagian
Luas pengambilan : 0E 0R 23P
Warta seksyen 8 : 1112 bertarikh 6 Julai 2000
(Nama kedua-dua tuan tanah terdapat di dalam warta)
Siasatan : 15 Januari 2001
Tarikh Borang H : 17 September 2001
(Hanya tercatat nama Hj. Ismail bin Abdullah sahaja)
kemungkinan nama Halimah tertinggal
Tarikh Borang K : 25 April 2003
(KEDUA-DUA NAMA ADA DIDALAM BORANG K)
Tarikh Endorsan Borang K: 24 Mei 2003
ISU:
Borang H hanya dikeluarkan kepada Tuan Hj. Md. Salleh bin Ismail dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN KEPADA HALIMAH BINTI ABDULLAH SEHINGGA KINI. Ini bermakna wang pampasan untuk Halimah BELUM DIBAYAR
Pandangan:
Berdasarkan seksyen 32(1) menyatakan 'Apabila amaun sesuatu pampasan yang diawardkan dibawah akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah tidak dibayar atau didepositkan pada atau sebelum genap masa, Pentadbir Tanah hendaklah (shall) membayar amaun yang diawardkan itu serta caj bayaran lewat dengan kadar lapan peratus setahun mulai dari genap masa hingga pampasan itu dibayar atau didepositkan.
Dalam kes di atas genap masa adalah suatu tarikh tiga bulan selepas penyampaian Borang H hingga pampasan yang akan dibuat nanti.
Dalam hal ini Pentadbir Tanah mesti berbincang dengan agensi pemohon supaya pembayaran pampasan dapat dibuat secara pentadbiran kerana Borang K yang dikeluarkan adalah betul dan endorsan telahpun dibuat (Borang H sahaja yang terdapat satu nama). Jika agensi enggn membuat pembayaran dan jika tuan tanah/waris merujuk ke Mahkamah kemungkinan akan terjadi seperti kes Ismail bin Bakar & Ors v Director of Lands and Mines, Kedah Darul Aman [2011] 5 MLJ 197
Berdasarkan kepada kes tersebut Pentadbir Tanah di persalahkan kerana lewat membayar pampasan dan caj bayaran lewat TIDAK MENGHALALKAN PENTADBIR TANAH MELEWAT-LEWATKAN BAYARAN TERSEBUT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan