Dalam minggu ini saya menerima satu persoalan dari seorang Pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri Kedah tentang satu isu iaitu:
Pengambilan tanah untuk pelebaran jalan telahpun selesai sehingga pengeluaran Borang K (telah diendorskan) sepuluh tahun yang lalu. Apabila projek hendak dijalankan, terdapat sebuah rumah di atas jajaran jalan tersebut. Semakan telah dibuat dan didapati Borang E untuk pemilik bangunan tidak pernah dikeluarkan. Menerusi nota siasatan, perintah tidak dibuat untuk rumah tersebut. Begitu juga dengan Borang H dan Borang K tidak pernah dikeluarkan. Borang-borang tersebut hanya dikeluarkan untuk tanah dimana bangunan itu berada sahaja. Oleh yang demikian, pemilik bangunan enggan keluar selagi bayaran pampasan tidak dibuat. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak JKR bersetuju untuk membuat bayaran dan meminta Pejabat Tanah mengeluarkan Borang H untuk bangunan tersebut.

Persoalannya boleh atau tidak Borang H dikeluarkan
Pandangan:
Jawapannya BORANG H TIDAK BOLEH DIKELUARKAN. Ini berasaskan kepada seksyen 16(1) Akta Pengambilan Tanah. Seksyen tersebut menyatakan, Borang H hanya boleh dikeluarkan apabila perintah/award (Borang G) telah dibuat. Dalam kes ini perintah tidak pernah dibuat dan dengan sebab itulah Borang H tidak boleh dikeluarkan.
Walaupun Borang H TIDAK BOLEH DIKELUARKAN, Pentadbir Tanah boleh memohon kepada JKR sepaya membuat bayaran dengan mengeluarkan surat Jabatan dan menceritakan senario yang mengakibatkan pembayaran pampasan tidak dibuat sebelum ini yang juga dikenali sebagai 'bayaran secara ex-gratia' Jika proses pembayaran hendak dibuat mengikut peruntukan undang-undang ianya menimbulkan masalah kerana warta asal telah tamat dan jika hendak diwartakan semula adalah sukar kerana HANYA MELIBATKAN BANGUNAN SAHAJA dan tidak melibatkan tanah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan