Hampir kesemua Kementerian dan Jabatan yang memohon pengambilan tanah membuat pembayaran pampasan melalui EFT iaitu mengkreditkan pampasan terus ke dalam akaun orang yang berkepentingan berdasarkan Borang H yang diterima. Dengan sebab itu semua orang berkepentingan diberitahu supaya membuka akaun semasa mereka diberikan Borang E. Sepertimana saya nyatakan sebelum ini, pembayaran pampasan melalui EFT adalah TIDAK MENGIKUT AKTA PENGAMBILAN.
Isu yang hendak dibincangkan disini adalah PENGELUARAN BORANG K BAGI PAMPASAN YANG DIBAYAR MELALUI EFT.
Terlebih dahulu kita perhatikan seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah
Seksyen 18(a) menyatakan Pentadbir Tanah boleh mengambil milik iaitu mengeluarkan Borang K mana-mana tanah yang perintah telahpun dibuat pada masa notis Borang H diserahkan atau bila-bila masa selepas itu. Lazimnya Pentadbir Tanah akan MENYEDIA DAN MENYERAHKAN Borang K SELEPAS BAYARAN PAMPASAN DIBUAT KEPADA ORANG BERKEPENTINGAN
Isu sekarang adalah BAGAIMANA PENTADBIR TANAH MENGETAHUI BILA PAMPASAN DIMASUKKAN KEAKAUN YANG DIBUAT MELALUI EFT
Sebagai contoh:
Katakan wang pampasan telah pun dikreditkan ke akaun orang berkepentingan pada 15 Disember 2014, TETAPI PENTADBIR TANAH HANYA MENGETAHUINYA PADA 15 JANUARI 2015
Sebagai contoh:
Katakan wang pampasan telah pun dikreditkan ke akaun orang berkepentingan pada 15 Disember 2014, TETAPI PENTADBIR TANAH HANYA MENGETAHUINYA PADA 15 JANUARI 2015
PERSOALANNYA BILAKAH TARIKH BORANG K DITANDA TANGANI DAN BILA PULA BORANG TERSEBUT PERLU DISERAHKAN?
Pada pandangan saya TARIKH BORANG K adalah 15 Januari 2015 ATAU SELEPASNYA. Jika Pentadbir Tanah memutuskan tarikh Borang K DIKEBELAKANGKAN iaitu pada 15 Disember 2014 ATAU SELEPASNYA, IANYA TIDAK MEMBERI KESAN APA-APA BERDASARKAN AKTA KERANA TARIKH PENYERAHANNYA TETAP PADA 15 JANUARI 2015 ATAU SELEPASNYA. Ini kerana jika terdapat caj bayaran lewat yang akan dikenakan kemudian pun, ianya DIKIRA DARI TARIKH PENYERAHAN BORANG K DAN BUKANNYA TARIKH BORANG K. Ini dapat dilihat dari bukti-bukti berikut:
1. Seksyen 32(1B) dan (1C) - caj dikira mulai tarikh genap masa. Genap masa pula bermaksud tarikh ambil milik. Tarikh ambil milik pula bermaksud TARIKH SERAH BORANG K
2. Seksyen 32(2) - caj bayaran lewat dikira dari tarikh ambil milik. Sama seperti diatas
3. Seksyen 48 - caj bayaran lewat juga dikira dari tarikh ambil milik
4. Perenggan 22.1 Manual Pengambilan Tanah:
'Makna mengambil milik tanah atau taking possession of land ialah apabila notis Borang K dikeluarkan dan dihantar oleh Pentadbir Tanah kepada penduduk atas tanah itu atau jika pendudk tidak dapat ditemui, dengan menampalkan Borang K atas tanah berkenaan. Fahaman yang mengatakan bahawa mengambil milik tanah hanya akan bermula dari tarikh Borang K dibuat memorial atau endorsan di dalam dokumen hakmilik daftar adalah tidak betul dan salah"
5. Perenggan 30.1 Manual Pengambilan Tanah
'Dalam konteks Akta Pengambilan Tanah 1960, genap masa mempunyai makna iaitu pada tarikh mengambil milik tanah melalui pengeluaran notis Borang K KEPADA penduduk atas tanah atau ditampal di atas tanah atau pada suatu tarikh selepas tiga (3) bulan penyampaian notis tawaran pampasan Borang H kepada orang yang berkepentingan, yang mana lebih awal'
Seperkara lagi rasional dikatakan begitu adalah, Borang K dikeluar dan diserahkan untuk memberi tahu penduduk, tuan tanah bahawa pengambilan tanah telah berlaku, penduduk kena keluar dari tanah tersebut dan tuan tanah pula tidak lagi berhak ke atas tanah. Dengan sebab itulah rasionalnya TARIKH BORANG K DISAMPAIKAN MENGIKUT SEKSYEN 22 DIAMBIL KIRA dan BUKANNYA TARIKH TANDA TANGAN BORANG K
Tiada ulasan:
Catat Ulasan