TERLEBIH DAHULU SAYA UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA KERANA HARI INI HARI PERTAMA PUASA TAHUN 1436/2015
Semasa berceramah di Kinrara Resort pada 10 Jun 2015 dan di Goldcoast Morib pada 11 Jun 2015 terdapat isu yang sama ditanyakan kepada saya oleh peserta seminar dari JPM dan JPS Negeri Selangor iaitu:
Semasa berceramah di Kinrara Resort pada 10 Jun 2015 dan di Goldcoast Morib pada 11 Jun 2015 terdapat isu yang sama ditanyakan kepada saya oleh peserta seminar dari JPM dan JPS Negeri Selangor iaitu:
Proses mendepositkan wang pampasan ke Mahkamah atau ke Amanah Raya Berhad oleh JKPTG Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Langat mengambil masa yang terlalu lama iaitu melebihi TIGA BULAN. Oleh itu pihak agensi pemohon terpaksa membayar caj bayaran lewat yang banyak. Sepatutnya agensi pemohon tidak dipersalahkan dan dipaksa membayar caj bayaran lewat. Jika amaun pampasan kecil tidak menjadi masalah. Bagaimana amaun pampasan yang banyak, sudah tentu cajnya juga besar. Contoh yang diberikan adalah Projek Langat 2. Bagaimana untuk mengatasinya.
Pandangan
Memang benar jika wang pampasan yang lambat didepositkan ke Mahkamah, caj bayaran lewat akan dikenakan. Ini jelas dinyatakan dibawah seksyen 32(1) Akta Pengambilan Tanah.
'Apabila sesuatu amaun pampasan yang diawardkan (Borang G) dibawah akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah tidak dibayar atau didepositkan pada atau sebelum genap masa, Pentadbir Tanah hendaklah membayar amaun yang diawardkan itu serta caj bayar lewat dengan kadar lapan peratus setahun mulai dari genap masa hingga masa pampasan itu dibayar atau didepositkan'
DALAM KEADAAN DIATAS GENAP MASA ADALAH SUATU TARIKH TIGA BULAN SELEPAS PENYAMPAIAN NOTIS BORANG H
Sepertimana semua sedia maklum, proses pendepositan wang pampasan ke Mahkamah adalah seperti berikut:
1. Penyediaan permohonan dan affidavit pendepositan wang oleh Pentadbir Tanah dan hantar ke Mahkamah,
2. Penetapan tarikh pendengaran oleh Mahkamah,
3. Pendengaran permohonan pendepositan oleh Mahkamah dengan kehadiran Pentadbir Tanah
4. Penyediaan draf perintah oleh Pentadbir Tanah
5. Draf perintah tersebut akan dihantar ke Mahkamah untuk tujuan semakan.
Seterusnya jika TIDAK ADA KESILAPAN KEPADA draf perintah tersebut, barulah wang pampasan boleh diterima oleh mahkamah untuk didepositkan. PROSES INILAH YANG LAZIMNYA MENGAMBIL MASA MELEBIHI TIGA BULAN TAMBAHAN PULA JIKA SEKIRANYA DRAF PERINTAH YANG DIHANTAR BERLAKU KESILAPAN/KESALAHAN.
Sekiranya bayaran pampasan telah disediakan oleh agensi pemohon setelah Borang H diterima (melalui cek atas nama PENDAFTAR MAHKAMAH) cek tersebut belum boleh didepositkan dan KEMUNGKINAN TARIKHNYA AKAN LUPUT jika proses di atas mengambil masa yang lama. Kesannya cek mesti diperbaharui dan tempoh masa akan bertambah.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pada pandangan saya ada dua cara Pentadbir Tanah boleh lakukan:
PERTAMA
Apabila selesai sahaja siasatan dan perintah (Borang G), Pentadbir Tanah telahpun dapat mengenalpasti lot-lot yang wang pampasannya perlu didepositkan ke Mahkamah dan SEBELUM Borang H disediakan, Pentadbir Tanah HENDAKLAH MENYEDIAKAN PERMOHONAN DAN AFFIDAVIT KE MAHKAMAH UNTUK TUJUAN PENDEPOSITAN. INI MUNGKIN DAPAT MENGATASI MASALAH KELEWATAN TERSEBUT. JANGAN SEDIAKAN PERMOHONAN DAN AFFIDAVIT SETELAH BAYARAN PAMPASAN TELAH DIBUAT.
KEDUA
Apabila selesai siasatan dan perintah (Borang G), PENTADBIR TANAH HANYA MENYEDIAKAN DAN MENYERAHKAN BORANG H MERANGKUMI LOT LOT YANG PAMPASAN BOLEH DIBAYAR KEPADA ORANG BERKEPENTINGAN DAN SETERUSNYA MENANGGUHKAN PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN BORANG BORANG H BAGI PAMPASAN YANG PERLU DIDEPOSITKAN KE MAHKAMAH SEHINGGA SELESAI URUSAN PENDEPOSITAN KE MAHKAMAH.
Penangguhan pengeluaran dan penyerahan Borang H tidak tertakluk kepada suatu jangkamasa berdasarkan seksyen 16. Borang G sahaja yang tertakluk kepada tempoh 2 tahun sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 8(4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan