Tanah-tanah yang sama terlibat dengan 3 permohonan pengambilan oleh agensi pengambil yang berbeza.
1. Permohonan pertama untuk pembinaan saliran oleh JPS memerlukan SEBAHAGIANDARI TANAH-TANAH TERSEBUT dengan segera dan peruntukan telah tersedia
2. Pengambilan kedua untuk jalan baru 4 lorong oleh JKR perlu warta dibawah seksyen 4 terlebih dahulu DAN JAJARAN SEBENAR BELUM DITENTUKAN
3. Pengambilan ketiga untuk pembinaan industri MELIPUTI SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA LOT-LOT TERSEBUT perlu warta dibawah seksyen 4 terlebih dahulu
Apakah masalah-masalah yang akan timbul?
PANDANGAN
Daripada ketiga-tiga agensi permohon tersebut, permohonan yang pertama sepatutnya diberi keutamaan untuk dilaksanakan proses pengambilan tanah melalui Perakuan Kedesakan (BORANG I seksyen 19 Akta Pengambilan) kerana permohonannya melibatkan seksyen 8 dan peruntukan telahpun ada yang mesti digunakan dalam tahun yang sama. Permohonan pengambilan yang ke dua dan ketiga bolehlah diproses kemudian.
Walaupun ketiga-tiga permohonan pengambilan ini diproses dalam waktu yang berbeza (jarak yang tidak lama antaran satu permohonan dengan permohonan yang lain), ianya TETAP akan menimbulkan isu sampingan seperti berikut:
1. Pentadbiran Tanah akan melaksanakan proses yang sama dan berulang pada TANAH- TANAH YANG SAMA DAN TUAN TANAH YANG SAMA
a. Penyediaan 3 kali Kertas Kelulusan
b. Penandaan atas tanah yang berulang
c. Endorsan Borang D yang berulang
d. Penampalan Borang E yang berulang
e. Penyediaan dan penyampaian notis Borang E yang berulang
f. Siasatan yang berulang
g. Penyediaan Borang G yang berulang
h. Penyediaan dan penyerahan H yang berulang
i. Pembayaran pampasan yang berulang
j. Pengeluaran, penyampaian dan endorsan borang K yang berulang.
k. Jika tuan tanah meninggal, proses pendepositan akan berulang
l. Jika terdapat bantahan ke Mahkamah, rujukan ke Mahkamah akan berulang dari segi penyediaan folder
k. Jika tuan tanah meninggal, proses pendepositan akan berulang
l. Jika terdapat bantahan ke Mahkamah, rujukan ke Mahkamah akan berulang dari segi penyediaan folder
(PERKARA-PERKARA DI ATAS MESTI DILAKUKAN MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG, JIKA GAGAL IANYA AKAN MENIMBULKAN MASALAH YANG LEBIH BESAR SEPERTI ENDORSAN BORANG D DAN BORANG K YANG TIDAK/GAGAL/TERLEPAS PANDANG/TERLUPA DIBUAT) Ini berkemungkinan akan berlaku kerana terdapat 3 kali pengambilan dan melibatkan lot yang banyak dan kawasan yang luas.
2. Dari segi nilaian tanah - pengambilan tanah yang pertama akan mempengaruhi nilai tanah untuk pengambilan kedua dan ketiga (lazimnya nilaian tanah akan bertambah tinggi daripada pengambilan pertama).
3. Pembayaran kepada Jurunilai Tanah Berlesen YANG BERULANG
4. Kos hadir bicara, kehilangan pendapatan YANG BERULANG
5. Jika pengambilan pertama BELUM SELESAI DALAM ERTI KATA SEBENAR (Ukuran baki lot, pelarasan dan pindaan cukai belum dibuat) berkemungkinan besar pembayaran pampasan akan berulang untuk jajaran yang sama (Bayar 2 kali)
Selain daripada itu BESAR kemungkinan permohonan antara ketiga-tiga agensi tersebut BERLAKU PERTINDIHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. UNTUK MENGATASINYA AMAT PERLU DIADAKAN PERBINCANGAN YANG MEMBABITKAN SEMUA PIHAK
slm ,tuan klu case lot tnh bertindih ....pembatalan lot tue boley dibuat oleh pentadbir tnh kan?sbb ade pekeliling ptg mengatakan kena mohon perintah mahkamah
BalasPadam