Pagi ini 15 Jun 2015 saya menerima panggilan dari seorang pegawai dari sebuah Pejabat Tanah di Negeri Sembilan yang menyatakan kepada saya dalam proses pengambilan tanah ada Pentadbir Tanah yang melaksanakan perintah secara ex - parte apabila PENTADBIR TANAH BELUM LAGI/TIDAK MENERIMA LAPURAN NILAIAN SAMA ADA DARI PENILAI KERAJAAN ATAU PENILAI BERLESEN.
PANDANGAN
Terlebih dahulu kita perlu memahami APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKATAAN EX -PARTE itu?
Berdasarkan pencarian di google 'ex-parte defined as one of the involved parties are not present or not represented'
Semakan pada vikipedia pula 'ex parte means a legal proceeding brought by one person in the absence of and without representation or notification of other parties.'
Berdasarkan tafsiran di atas, 'ex-parte' bermaksud perintah yang dibuat tanpa kehadiran orang yang berkepentingan.
Di dalam Akta Pengambilan Tanah tiada definisi ex-parte dan tiada menyatakan perintah secara ex-parte secara khusus. Cuma dibawah seksyen 14(2) menyatakan:
'Tiap-tiap award yang disediakan dibawah subseksyen (1) hendaklah difailkan diPejabat Pentadbir Tanah dan hendaklah menjadi keterangan yang akhir dan konklusif mengenai keluasan mana-mana tanah dijadualkan, mengenai nilainya pada pendapat Pentadbir Tanah dan mengenai pengumpulan pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah, sama ada orang-orang yang berkepentingan pada tanah itu hadir pada masa siasatan itu atau tidak (have or have not appeared at the enquiry)'.
Berdasarkan tafsiran dan seksyen diatas, jika orang berkepentingan TIDAK HADIR SEMASA SIASATAN PENGAMBILAN, perintah yang dibuat ADALAH SAH. Ini yang dinamakan sebagai perintah secara ex-parte dan sebaliknya jika tuan tanah atau orang berkepentingan HADIR, perintah yang dibuat BUKAN PERINTAH SECARA EX-PARTE
SETERUSNYA TINDAKAN YANG DIBUAT OLEH PENTADBIR TANAH SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DALAM PERSOALAN DI ATAS BUKANLAH DINAMAKAN PERINTAH SECARA EX PARTE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan