Berdasarkan tajuk, perkara ini sering berlaku dan sering ditanyakan kepada saya. Perbezaan yang berlaku mungkin disebabkan oleh DUA keadaan dan penyelesaiannya melalui dua kaedah yang berbeza:
1. Telah berlaku kesilapan taip di dalam Borang C iaitu dalam ruangan No Lot Ukur atau 'Hakmilik atau kependudukan' ATAU tersalah cetak oleh Percetakan Nasional sedangkan Borang C BETUL. Dalam keadaan ini seksyen 2(3) Akta Pengambilan Tanah hendaklah dipatuhi:
'Any notification, declaration or other instrument made or isued under this Act, .shall be valid and effectual for all purposes notwithstanding that pieces or parcels of any lands refereed to therein are held under different titles or by different persons'
Berdasarkan seksyen di atas warta yang diisytiharkan, Borang/notis yang dikeluarkan ADALAH SAH DAN BERKUATKUASA WALAUPUN HAKMILIKNYA BERBEZA ATAU PEMILIK BERBEZA disebabkan perkara di atas. Di bawah seksyen ini, ianya hanya melibatkan perubahan dari segi hakmilik dan pemilik tanah sahaja.
TINDAKAN SETERUSNYA, PENTADBIR TANAH HENDAHLAH MEMBUAT PEMBETULAN KE ATAS WARTA UNTUK TUJUAN ENDORSAN BORANG D DAN BORANG K
Sayugia diingatkan apabila pindaan kepada warta hendak dibuat, perlu diingatkan kepada Percetakan Nasional bahawa TARIKH WARTA ASAL DIAMBIL KIRA SEBAGAI TARIKH WARTA SEBENAR DAN BUKANNYA TARIKH PINDAAN WARTA DIKELUARKAN.
2. Semasa proses pengambilan tanah sedang berjalan dan dalam masa yang sama permohonan tuan punya tanah sama ada untuk pecah bahagian, pecah sempadan atau serah balik berimilik semula telah diluluskan dan hakmilik berasingan telahpun dikeluarkan. Ini boleh berlaku kerana dalam proses pengambilan, UNDANG UNDANG TIDAK MENGHALANG PROSES PEMBANGUNAN TANAH YANG LAIN HATTA WALAUPUN SELEPAS WARTA SEKSYEN 8.
Dalam warta pengambilan tanah, masih menggunapakai no lot dan no hakmilik yang lama dan akibat pecah bahagian/pecah sempadan/ serah balik berimilik semula, kedudukan semasa telah berubah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan/diambil kerana no lot, no hakmilik, keluasan tanah dan anggaran keluasan tanah yang akan diambil TELAH BERRUBAH?
Oleh itu pada pandangan saya
Sekiranya ingatan/endorsan Borang D belum dilaksanakan dalam hakmilik lama dan HAKMILIK LAMA TELAHPUN DIMANSUHKAN/BATALKAN, Pentadbir Tanah HENDAKLAH MEMBUAT PENGISYTIHARAN DIBAWAH SEKSYEN 8 YANG BAHARU BERDASARKAN LOT, HAKMILIK, KELUASAN, KELUASAN DIAMBIL YANG BAHARU

Tiada ulasan:
Catat Ulasan