Ahad, 5 Julai 2015

Isu Pengambilan Tanah FELDA

SOALAN YANG DIHANTAR MELALUI E-MAIL DENGAN UBAHSUAI DENGAN TIDAK MENYEBUT NEGERI, PEJABAT TANAH, MENTERI BESAR DAN UPEN MANA

Saya ingin meminta pandangan tuan berkenaan isu pengambilan tanah di kampung saya yang telah pun dibayar pampasannya oleh Pentadbir Tanah Daerah ??? tetapi bayaran faedah 8% tidak dibayar oleh pihak Pentadbir Tanah (PT) dengan alasan tanah GSA yang diambil tidak mempunyai hakmilik.

Untuk makluman tuan, kes pengambilan tanah GSA tersebut sama seperti kes dalam Soal Jawab Pengambilan Tanah Siri 1 Blog tuan bertarikh Isnin, 29 Ogos 2011 dimana tanah tersebut telah diwartakan dibawah GSA dan dibangunkan oleh FELDA tetapi nama peserta (peneroka FELDA) belum didaftarkan dalam Daftar Pegangan dan ditentukan lotnya walau pun bayaran CAC telah pun selesai dibayar oleh peneroka FELDA. Kerajaan bersetuju bayaran pampasan dibayar kepada FELDA dan selepas ditolak kos pembangunan, baki pampasan diagihkan kepada peneroka FELDA seramai 300 orang secara sama rata.

Isunya, semasa perbicaraan dalam prosiding siasatan dengan PT yang dihadiri oleh Wakil FELDA bersama wakil peneroka FELDA, PT menyatakan pampasan akan dibayar pada kadar RM4.10 sekaki persegi tetapi tiada bayaran faedah 8% akan dibayar dengan alasan tanah yang diambil tiada hakmilik dan bayaran pampasan itu adalah atas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ??? (MMK).  Selepas mendengar bantahan daripada saya dengan merujuk kepada seksyen 32 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) yang mewajibkan faedah 8% dibayar, PT meminta peneroka FELDA untuk membuat rayuan kepada Menteri Besar ??? supaya faedah 8% tersebut dibayar begitu juga dengan kadar nilai tanah yang diambil.

Akur dengan nasihat PT tersebut, peneroka FELDA menulis surat kepada MB merayu supaya kadar nilai tanah tersebut dinaikkan dan faedah 8% dibayar bersama pampasan tersebut. Untuk makluman tuan, Borang K dikeluarkan pada bulan Julai 2014 dan Borang H dikeluarkan pada 11 November 2011. Cek bayaran pampasan telah diambil oleh pihak FELDA pada 4 Januari 2015. Walau bagaimanapun rayuan peneroka FELDA telah ditolak oleh MB selepas menerima pandangan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri  dan pihak Pejabat Tanah.

Persoalan di sini ialah bolehkah PT tidak membayar faedah 8% tersebut atas alasan tanah yang diambil tidak mempunyai hakmilik dan keputusan untuk dibayar pampasan itu adalah atas keputusan MMK. Sekiranya pihak peneroka FELDA tidak berpuashati dengan keputusan PT dan MB tersebut, bolehkah merujuk kes ini ke Mahkamah untuk menuntut bayaran faedah 8% tersebut dan faedah atas faedah 8% itu bersama lain-lain kos mahkamah. Jika ingin membawa kes ini adakah merujuk kepada Bahagian V (Rujukan ke Mahkamah) dalam APT atau melalui kes saman sivil biasa.

Pandangan


Alasan dan tindakan yang dilakukan oleh Pentadbir Tanah adalah BETUL KERANA TANAH TERSEBUT ADALAH TANAH KERAJAAN DAN SEPATUTNYA PAMPASAN YANG DIBAYAR KEPADA FELDA HANYALAH  BERDASARKAN KOS PEMBANGUNAN TANAH TERSEBUT DAN BUKANNYA BERDASARKAN NILAIAN TANAH. Oleh itu alasan pemberian gantirugi/ pampasan adalah budi bicara MMK Johor juga adalah betul. 
PADA PANDANGAN SAYA 
TINDAKAN PT MENGELUARKAN BORANG H DAN K ADALAH TIDAK BETUL KERANA TANAH KERAJAAN TIDAK TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN DI BAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH





Jika tanah tanah tersebut telah di daftar dalam DAFTAR PEGANGAN, barulah proses pengambilan tanah dengan mengeluarkan Borang E, Borang H dan Borang K adalah betul/sah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana berdasarkan tafsiran tanah dibawah seksyen 2 TANAH TERMASUKLAH TANAH TANAH YANG DIDUDUKI DENGAN HARAPAN MENDAPAT HAKMILIK IAITU TANAH YANG DIMAJUKAN MENGIKUT GSA DAN MEMPUNYAI DAFTAR PEGANGAN.

TINDAKAN MAHKAMAH MELALUI SAMAN SIVIL BOLEH DIAMBIL OLEH SEMUA PENEROKA DISEBABKAN FELDA DAN KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMATUHI GSA DENGAN TIDAK MENDAFTAR NAMA PENEROKA DLM DAFTAR PEGANGAN DAN TIDAK MENGELUARKAN HAKMILIK DIBAWAH KTN APABILA SELESAI BAYAR CAC DIBUAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan