Jumaat, 31 Julai 2015

Luahan Orang Berkepentingan

Saya ada menerima panggilan telefon dari pemilik tanah/bangunan yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek UTC di Kota Bharu Kelantan. Pemilik tanah/bangunan tersebut telah meluahkan perasaannya kepada saya berkaitan dengan :

1. Kelewatan Pentadbir Tanah mengeluar dan menyerahkan Borang H walaupun siasatan pengambilan telahpun diadakan pada bulan Februari yang lalu. 

2. Semasa siasatan orang berkepentingan tidak diberitahu berapa amaun pampasan yang akan beliau perolehi

3. Apabila beliau bertanya (melalui telefon) alasan yang diberikan, peruntukan untuk bayar pampasan belum di perolehi, perbincangan belum selesai dan sebagainya

PANDANGAN

Seksyen 14(1) Akta menyatakan:

'Apabila selesainya siasatan dibawah seksyen 12 berhubungan dengan mana-mana tanah yang dijadualkan, Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyediakan suatu award bertulis di bawah tandatangannya dalam Borang G, dalam mana dia hendaklah, berkenaan tiap-tiap kawasan tanah yang dijadualkan yang berlainan, membuat award yang berasingan berkenaan dengan tiap-tiap orang yang kepentingannya pada tanah itu telah dibuktikan dalam siasatan tersebut'

Berdasarkan ayat di dalam seksyen tersebut, Pentadbir Tanah mesti membuat perintah (sekurang-kurangnya PERINTAH SECARA LISAN walaupun Borang G belum lagi dibuat) supaya orang yang berkepentingan tahu amaun pampasan yang akan diberikan oleh Pentadbir Tanah. Seterusnya jika tarikh perintah (Borang G) seperti yang dikehendakki oleh seksyen tersebut adalah sama seperti tarikh siasatan pada bulan Februari IANYA AKAN MENJEJASKAN PELUANG ORANG BERKEPENTINGAN UNTUK MERUJUK KEMAHKAMAH KERANA MELEWATI TEMPOH SEPERTI YANG DIKEHENDAKKI OLEH SEKSYEN 38(3)(1)

Seksyen 16(1) pula menyatakan:

'Apabila membuat apa-apa award dibawah sub seksyen (1) seksyen 14 (di atas) berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada orang yang berkepentingan pada tanah itu'

Berdasarkan seksyen tersebut, sepatutnya Borang H hendalah dikeluar dan diserahkan SEBAIK SAHAJA PERINTAH TELAH DIBUAT.

OLEH YANG DEMIKIAN LUAHAN ORANG BERKEPENTINGAN SEPERTI DI ATAS ADA ASASNYA DAN TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan