Selasa, 20 Oktober 2015

Pampasan Pengambilan Yang Tidak Di Teruskan

Baru-baru ini saya ada menerima soalan melalui whatsApp dari Penolong Pentadbir Tanah Negeri Johor dan perkara yang sama juga sering dibangkitkan dalam setiap ceramah saya. Soalannya seperti berikut:

Sekiranya seksyen 8 luput, adakah perlu diminta surat pembatalan pengambilan daripada agensi pemohon kerana agensi pemohon memang sengaja membiarkan warta luput dengan sendirinya kerana tidak mahu membuat permohonan penarikan cadangan pengambilan tanah tersebut. Saya telah mengeluarkan Borang E dan F sebelum warta luput, tetapi agensi minta supaya ditangguhkan siasatan dengan niat untuk membatalkannya dan apakan tindakan seterusnya.

Pandangan:

Agensi permohon memngambil tindakan sedemikian kerana terpengaruh dengan seksyen 8(4) Akta yang menyatakan:

'Suatu pengisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah luput dan terhenti dari berkuatkuasa apabila berakhirnya tempoh dua tahun selepas dari penyiaran dalam warta setakat mana ia berhubungan dengan mana-mana tanah atau bahagian tanah yang berkenaannya Pentadbir Tanah belum membuat award mengenainya di bawah sub seksyen (1) seksyen 14 dalam tempoh dua tahun tersebut, dan, kerana itu semua prosiding yang telah atau sedang diambil berikutan dan pengisytiharan berkenaan dengan tanah atau bahagian tanah itu hendaklah tamat dan tidak beerkuatkuasa' 
 
TETAPI MEREKA TERLUPA APA YANG DINYATAKAN DIBAWAH SEKSYEN 8(5) DIBAWAH ITU LANJUTAN DARIPADA SEKSYEN 8(4)

sub seksyen ini dimasukkan ke dalam Akta melalui pindaan Akta A999 pada tahun 1998, apabila Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes Straits Credit Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [1994] 2 CLJ 857

Cuba kita lihat seksyen 8(5) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Where the declaration under subsection (1) has lapsed, sections 35(2), (3) and (4) shall apply with the necessary modifications'

'Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) habis tempoh, seksyen 35(2), (3) dan (4) hendaklah terpakai dengan ubahsuai'

Seksyen 35

(1) ...............................................

(2) 'Apabila Pihak Berkuasa Negeri menarik  daripada pengambilan di bawah sub seksyen (1) Pentadbir Tanah hendaklah (shall) -

(a) Tidak berkenaan dalam kes ini

(b) membayar kepada orang-orang yang berkepentingan semua kos yang ditanggung beban oleh mereka oleh sebab atau akibat daripada prosiding bagi pengambilan itu, bersama dengan pampasan untuk kerosakan, jika ada, yang ditanggung oleh mereka oleh sebab atau akibat daripada prosiding itu

(b) pay to the person interested all such costs as shall have been incurred by them by reason or in consequence of  the proceedings for acquisition, together with compensation for the damage, if any, which they may have sustained by reason or in consequence of such proceedings

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah dipakai, setakat mana yang boleh, bagi menentukan pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini

(4) Tidak berkenaan dalam kes ini

Berdasarkan seksyen tersebut, jika warta luput dalam kes ini dibiarkan luput PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MEMBUAT SIASATAN DAN MENENTUKAN KOS YANG MUNGKIN DITANGGUNG BEBAN DAN PAMPASAN KEROSAKAN JIKA ADA YANG DITANGGUNG OLEH TUAN PUNYA TANAH DAN SETERUSNYA MEMINTA DARIPADA AGENSI PEMOHON UNTUK MEMBAYARNYA SEPERTIMANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH SEKSYEN 65 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Dari kenyataan diatas, Pentadbir Tanah mesti menentukan:

1. Kos Yang Di Tanggung Beban
2. Pampasan Kerosakan

Disamping itu, agensi pemohon boleh memohon untuk menarik balik daripada  pengambilan tanah. Dengan kata lain pengambilan tidak diteruskan. Jika ini berlaku, berdasarkan perenggan 10.1 Pekeliling Persuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1 Tahun 2003, pemohon mesti memberitahu secara bertulis kepada Pentadbiran Tanah. Berdasarkan seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah, penarikan hanya boleh dibuat SEBELUM BORANG K DIKELUAR DAN DISERAHKAN. Jika ini berlaku, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan berikut:

1. Mengangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapat kelulusan penarikan
2. Mengisytiharkan penarikan tersebut di dalam Warta Kerajaan
3. Mengadakan siasatan untuk menentukan amaun pampasan yang kena dibayar kerana kerosakan, jika ada dan membayar kepada orang yang mengalami kerosakan tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh seksyen 35(2)(a)
4. Menurut seksyen 35(4), Pentadbir Tanah hendaklah membuat catatan/emdorsan penarikan tersebut.
5. Untuk pengambilan dibawah seksyen 3(1)(b) atau (c), seksyen 35(5) menyatakan apabila berlaku penarikan dari pengambilan amaun yang kena dibayar hendaklah dipotong daripada deposit yang telah dibuat dibawah seksyen 3(3)(d)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan