Ahad, 15 November 2015

Isu Sebenar Pengambilan Tanah

Isu ini kali pertama dibangkitkan secara lisan oleh seorang peserta dari semasa Seminar Pengambilan Tanah dan Pembahagian Pusaka di Pulau Pinang tempohari dan seterusnya diemailkan kepada saya.


FAKTA DAN KRONOLOGI KES.

15/5/2014Borang D (Cadangan Pengambilan Tanah). Tanah telah diwartakan  pada tarikh  15/5/2014

2/7/2014     Borang E  (Pengambilan yang dicadangkan: Notis Siasatan) dan Borang F telah diserahkan kepada Pemilik hartanah (Encik Yahya).- Siasatan telah ditetapkan pada 20/8/2014.

11/8/2014 : Pemilik asal hartanah iaitu Encik Yahya telah mendaftarkan pindahmilik  hartanah tersebut kepada Puan Siti Haida Binti Ismail atas balasan kasih sayang. Proses pindahmilik tersebut telah dilakukan di hadapan Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya. Proses pindahmilik tersebut turut disokong oleh Surat Akuan yang diikrarkan oleh En/.Yahya seperti yang diminta oleh Pejabat tanah.

                    (Setelah pendaftaran pindahmilik tersebut, ketuanpunyaan hartanah seperti yang direkodkan di dalam hakmilik baru adalah atas nama Siti Haida Binti Ismail)

20/8/2014:    Siasatan untuk kali Pertama.

Kehadiran :   Siti Haida Binti Ismail (Pemilik Berdaftar baru). En. Yahya tidak  hadir.

Keputusan: Siasatan ditangguhkan untuk menyemak semula pemilikan sah hartanah tersebut kerana pindahmilik berlaku selepas tarikh warta.

3/9/2014 :    Siasatan kali kedua/Ulangbicara

Keputusan:

Pampasan/ award dimasukkan ke mahkamah kerana berlaku pertikaian hak:

Ulasan Pentadbir Tanah:

       “Pampasan yang diberikan adalah mengikut harga pasaran semasa. Tanah ini telah berlaku pindahmilik selepas tarikh warta yang mana saya tidak dapat memberikan pengesahan berkenaan dengan pihak mana yang patut menerima pampasan. Pampasan dimasukkan ke mahkamah.”

3/11/2014Borang G & H dikeluarkan dan diserahkan kepada Pemilik terdahulu (En.  Yahya. Malangnya pada waktu tersebut, En Yahya telah meninggal dunia)

12/12/2014:  Puan Siti Haida telah memfailkan Borang N. Asas bantahan adalah  terhadap- (c)  orang-orang yang akan menerima pampasan.

7/4/2015 :     Borang K (Notis Bahawa tanah telah Diambil Milik)

16/4/2015 Borang O difailkan oleh Pentadbir Tanah. Walaubagaimanapun, Pihak Pentadbir Tanah menamakan  En. Yahya sebagai Pemohon. Sedangkan Borang N difailkan oleh Puan Haida, bukan En. Yahya.

3/6/2015-16/10/2015 : Beberapa tarikh Pengurusan Kes telah ditetapkan.

Kami telah memberitahu mahkamah bahawa bantahan telah difailkan oleh Puan Siti Haida, Pemilik berdaftar hartanah tersebut dan asas bantahan adalah berkenaan samada Puan Siti Haida berhak menuntut award tersebut.. Tiada bantahan berkenaan jumlah pampasan.

                   Akhir sekali, mahkamah memerintahkan supaya kami merujuk kepada pihak pentadbir tanah. Mahkamah menyatakan bahawa kes tersebut tidak sepatutnya menamakan En Yahya sebagai Pemohon kerana bantahan dimasukkan oleh Puan Siti Haida.

                   Kes ditangguh pada 13/11/2015.

Persoalan:

1)  Adakah benar, hartanah yang telah diwartakan untuk pengambilan tanah, tidak boleh dipindahmilik selepas daripada tarikh tanah tersebut diwartakan?

2)  Memandangkan Pemilik Hartanah asal (En. Yahya/ Si Mati) telah meninggal dunia, adakah waris2 Si Mati berhak untuk menuntut wang pampasan tersebut daripada pihak mahkamah?.- Adakah wang pampasan tersebut dianggap sebagai Harta Pusaka Si Mati yang boleh dituntut oleh waris-waris?

3)  Waris-waris En. Yahya telah bertindak memasukkan kaveat di atas hartanah tersebut. Adakah Puan Siti Haida perlu memohon untuk membatalkan caveat tersebut, sedangkan sebahagian hartanah tersebut adalah sudah menjadi milik kerajaan.

4)  Jumlah award tersebut telah dimasukkan oleh pihak Pentadbir Tanah kepada mahkamah. Kami difahamkan, kami perlu mendapatkan no. permohonan memasukkan deposit ke mahkamah dan seterusnya memfailkan permohonan untuk mengeluarkan pampasan tersebut daripada mahkamah.

Namun, apabila saya merujuk kepada Seksyen 43 Apt 1960, ada menyatakan bahawa:

“Mahkamah hendaklah menyebabkan suatu Notis dalam Borang P, menyatakan hari bila Mahkamah akan memulakan tindakan untuk mendengar dan memutuskan bantahan yang terkandung dalam rujukan itu, disampaikan kepada orang2 berikut, dan mengarahkan mereka supaya hadir di hadapan mahkamah pada masa perbicaraan itu…”

Jadi saya agak keliru dengan prosedur yang sepatutnya saya ambil selepas ini. Boleh  En. Baha tolong jelaskan sedikit?

5)  Adakah Puan Siti Haida boleh memohon gantirugi atau puan haida memounyai sebarang hak lain yang boleh dituntut daripada pihak Pentadbir Tanah. Puan haida telah membayar stamp duty sebanyak RM30k untuk proses pindahmilik tersebut.

PANDANGAN

1. Tidak terdapat peruntukan di dalam Land Code atau Akta Pengambilan Tanah yang menghalang urusniaga (pindahmilik) dilaksanakan selepas warta seksyen 8, cuma sepertimana yang dinyatakan dibawah Perenggan 1(1C) Jadual Pertamanilai pindahmilik tersebut tidak boleh diambil kira sebagai nilai tanah (ini yang saya nyatakan dalam ceramah saya tempohari). Oleh itu Puan Siti Haida adalah pemilik yang sah. 

Seperkara lagi berdasarkan seksyen 2(3) Akta Pengambilan Tanah warta seksyen 8 ADALAH SAH WALAUPUN NAMA PEMILIKNYA BERBEZA DENGAN NAMA PEMILIK DI DALAM WARTA DIKELUARKAN.

Tindakan Pentadbir Tanah mendepositkan wang pampasan tersebut MUNGKIN BETUL KERANA WARIS MEMPERTIKAIKAN KESAHIHAN PINDAHMILIK TERSEBUT.

Jika ini yang berlaku sepatutnya waris mengambil tindakan Mahkamah memohon supaya Mahkamah mengisytiharkan PINDAHMILIK TERSEBUT TIDAK SAH.

2. Lanjutan daripada jawapan diatas waris tidak berhak menuntut pampasan tersebut cuma mempertikaikan kesahihan pindahmilik.

3. Mengenai kaveat pesendirian yang dimasukkan, biarkan dahulu. Selesaikan isu pemilikan dan wang pampasan. Selepas itu barulah kaveat diuruskan TETAPI SILA PASTIKAN PENTADBIR TANAH MEMBERITAHU PUAN SITI (Melalui notis Borang 19A atau warta kerajaan) YANG KAVEAT TELAH DIMASUKKAN berdasarkan seksyen 324(3) Land Code. Jika tiada notis Pentadbir Tanah telah melakukan suatu kesalahan.

4. Apa yang diamalkan sekarang ini, jika pampasan didepositkan ke Mahkamah oleh Pentadbir Tanah, Pentadbir Tanah juga yang perlu membuat permohonan untuk pengeluaran. 

Nasihat saya cuba dapatkan pengesahan dari Mahkamah Tinggi P. Pinang. Jika pihak tuan boleh mengeluarkannya bagi pihak pemilik tanah, barulah dapatkan no rujukan pendepositan dari Pejabat Tanah. Ini kerana apa yang berlaku di Perak, pihak Mahkamah Tinggi Ipoh tidak membenarkan pihak peguambela mengeluarkan pampasan yang didepositkan oleh Pentadbir Tanah.

Mengenai Borang P, berdasarkan seksyen 43 Akta Pengambilan Tanah adalah Borang yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi untuk menjemput semua orang yang berkepentingan hadir perbicaraan bantahan ke Mahkamah mengikut seksyen 37 Akta Pengambilan Tanah. Dalam kes ini jika isu Borang O tidak dibangkitkan oleh Mahkamah, Mahkamah akan mengeluarkan Borang P untuk tujuan perbicaraan menentukan kedudukan wang pampasan tersebut.

5. Dari segi hak, Pentadbir Tanah menafikan hak Puan Siti sebagai pemilik tanah yang sah dan yang berhak ke atas wang pampasan kerana pindahmilik telahpun didaftarkan.

Pandangan seterusnya:

Tindakan Puan Siti memfailkan Borang N adalah tindakan yang betul memenuhi seksyen 37(1)(c) iaitu 'the persons to whom it is payable' kerana memohon kepada mahkamah mengisytiharkan bahawa pemberian pampasan oleh Pentadbir Tanah kepada tuan tanah yang lama ADALAH SALAH dan pohon pengisytiharan bahawa beliau sebagai pemilik tanah dan pampasan tanah yang sah

Oleh itu sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah, pihak puan MESTI MEMBERITAHU PENTADBIR TANAH HAL TERSEBUT DAN MEMBETULKAN BORANG O DAN TUJUAN BANTAHAN PUAN SITI DIBUAT BUKAN KERANA NILAI PAMPASAN TETAPI MEMPERTIKAIKAN TINDAKAN PENTADBIR TANAH TIDAK MEMBUAT AWARD KEPADANYA dengan kadar segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan