Isnin, 23 November 2015

Soalan Berkaitan Tanah Majlis Agama Islam

Soalan yang di tanya melalui email, pengunjung blog rakyat Negeri Perak

Terdapat banyak tanah perkuburan Islam di negeri Perak terlibat dengan pengambilan tanah. Tanah perkuburan tersebut telah diwartakan. Walaubagaimana pun, apabila pengambilan berlaku warta tanah perkuburan tersebut tidak dibatalkan atau diwartakan semula. Yang mendukacitakan sebahagian tanah yang diambil tidak layak untuk menerima pampasan walhal keluasan tanah perkuburan telah berkurang. Dalam konsep wakaf, mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti atau disebut sebagai istibdal dengan tanah yang sama nilai atau yang lebih besar. Bayaran ex-gratia juga tidak diberi.

Pandangan

Terima kasih atas persoalan. Jawapannya pampasan tidak diberikan kerana TANAH TERSEBUT TERDIRI DARIPADA SAMA ADA TANAH YANG DIRIZABKAN ATAU MASIH BERSTATUS TANAH KERAJAAN.

Untuk makluman tuan saya pernah dijemput oleh MAIP memberi ceramah kepada kakitangan nya di Hotel Hydro Pulau Pinang. Perkara ini ditimbulkan kepada saya, saya mencadangkan supaya MAIP MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN  HAKMILIK/GERAN. Apa yang mendukacitakan saya ialah jawapan yang diberikan adalah POLISI KERAJAAN PERAK TAK NAK BAGI HAKMILIK. Saya nyatakan jika perkara ini berterusan, maka kemungkinan besar TANAH TANAH RIZAB INI AKAN HILANG DAN SAYA SYORKAN SUPAYA MAJLIS MEMOHON PEKENAN KEBAWAH DULI TUANKU SUPAYA MEMINTA KERAJAAN NEGERI MEMBERIKAN HAKMILIK

Perkara yang sama ditanya kepada saya bila saya berceramah kepada kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor, mereka mendengar nasihat saya dan  mengambil tindakan MEMOHON HAKMILIK. UNTUK MAKLUMAN SEKARANG INI SEMUA TANAH SURAU, KUBOR DAN MASJID DIJOHOR TELAH ADA HAKMILIK.

Bagi negeri Selangor pula, TERDAPAT PEKELILING YANG MENGARAHKAN SEMUA TANAH YANG DIPUNYAI OLEH MAIS AKAN DIKELUARKAN HAKMILIK 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan