Soalan ini adalah dari pengunjung blog saya yang bertanya melalui email dan disalin kembali tanpa mengubah struktur ayatnya.
Soalan 1.
Katakan sebidang tanah yang masih berstatus pertanian diisytiharkan untuk diambil sebahagiannya melalui warta seksyen 8, tetapi pada masa yang sama pihak pemilik sedang menunggu pengeluaran hakmilik baru yang dimohon melalui proses serahbalik dan berimilikan semula (S204B KTN) yang telah dipohon sebelum itu. Ketika tempoh siasatan dijalankan, hakmilik baru yang telah dipecah sempadan dan ditukar syarat dikeluarkan oleh PBN, apakah kesan kepada Warta yang dikeluarkan ke atas hakmilik asal dan kesannya ke atas penilaian pampasan bagi tanah tersebut?
Soalan 2.
Di dalam Warta yang dikeluarkan mengikut seksyen 8, satu hakmilik telah diwartakan untuk diambil. Setelah pemilik meneliti warta tersebut dan juga pelan pengambilan, adalah didapati sebenarnya terdapat dua hakmilik yang berdampingan terlibat dengan pengambilan tersebut. Luas bahagian tanah yang diambil sebagaimana dinyatakan di dalam warta adalah melibatkan luas kedua-dua hakmilik tersebut.
Soalan saya:
Adakah pihak Pentadbir Tanah boleh meneruskan prosiding siasatan sedangkan terdapat kesilapan di dalam Warta yang dikeluarkan dan pihak agensi pengambil hanya menyedari kesilapan ini apabila pemilik memberitahu /menyatakan perkara ini kepada mereka? Adakah di dalam kes ini, perlu ada pembatalan dan pengwartaan semula kerana luas yang terlibat pula adalah melibihi 0.25 hektar atau 1% daripada yang diwartakan sebelumnya. Jika tidak perlu, apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk meneruskan prosiding siasatan ini.
PANDANGAN
Soalan 1.
Berdasarkan seksyen 2(3) Akta, warta pengambilan tersebut adalah sah. Seterusnya Pentadbir Tanah boleh menjalankan siasatan dan perintah. Penilaian tanah tersebut adalah berdasarkan kategori dan syarat nyata yang baharu walaupun kelulusan diberikan selepas tarikh warta seksyen 8 dan orang yang berkepentingan hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah semasa siasatan dijalankan.
Walaubagaimana pun pada pandangan saya untuk berlaku adil, Pentadbir Tanah perlu mengambil tindakan mewartakan semula mengikut lot lot yg baru kerana setelah s204B diluluskan, terdapat kawasan awam sepertI jalan, kawasan lapang yang mesti diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan tidak terlibat dengan pengambilan dan seterusnya tidak akan dibayar pampasan.
Soalan 2.
Oleh kerana jumlah lot sebenar yang terlibat dengan pengambilan adalah DUA maka SATU DARIPADA LOT TERSEBUT BELUM DIWARTAKAN. Oleh itu Pentadbir Tanah mesti mengambil tindakan untuk mewartakan lot tersebut
Siasatan untuk lot yang telah diwarta BOLEH DITERUSKAN dan membuat perintah sepertimana keluasan pengambilan yang diperlukan. Seterusnya dalam masa yang sama Pentadbir Tanah MESTI MEMBUAT PENARIKAN MENGIKUT s 35 keluasan lebih yang tidak terlibat dengan pengambilan tersebut sepertimana yg dinyatakan dbawah seksyen 14(4)(b)
MENJADI AMALAN KEBANYAKKAN PENTADBIR TANAH APABILA MELIBATKAN ISU-ISU DIATAS MEREKA AKAN MEMBUAT PEMBETULAN KEPADA WARTA KERAJAAN.
PADA PANDANGAN SAYA PINDAAN WARTA HANYA BOLEH DIBUAT JIKA:
PEWARTAAN YANG DITERBITKAN TIDAK MENGIKUT SEPERTIMANA BORANG C DAN D YANG DIBERIKAN/DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR TANAH;
BERLAKU KESALAHAN SEPERTI YANG DIBENARKAN OLEH SEKSYEN 2(2) ATAU 2(3) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BOLEH DITERIMA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ADALAH DISYORKAN SUPAYA PANDANGAN DIPEROLEHI DARI Y.B PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI MASING-MASING
PADA PANDANGAN SAYA PINDAAN WARTA HANYA BOLEH DIBUAT JIKA:
PEWARTAAN YANG DITERBITKAN TIDAK MENGIKUT SEPERTIMANA BORANG C DAN D YANG DIBERIKAN/DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR TANAH;
BERLAKU KESALAHAN SEPERTI YANG DIBENARKAN OLEH SEKSYEN 2(2) ATAU 2(3) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BOLEH DITERIMA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ADALAH DISYORKAN SUPAYA PANDANGAN DIPEROLEHI DARI Y.B PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI MASING-MASING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan