1. Apa maksud 'TDK' dalam senarai Borang C Akta Pengambilan Tanah 1960
2. Kenapa gunakan 'TDK'
3. Sumber daru mana?
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Tanah yang termasuk dalam kawasan yang hendak diambil tidak dapat dikesan hakmiliknya. Apabila hakmilik tidak dapat dikesan (TDK) bermakna maklumat tuan tanah dan lain2 pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar tidak dapat dipastikan. Justeru diambil langkah separa selamat dengan menyenaraikannya dalam Borang C mengikut maklumat paling asas yang ada iaitu nombor lot dan kemudian diikuti dengan pewartaan Borang D. Tanah tersebut akan dimasukki atau digunakan dahulu bagi tujuan projek yang dilaksanakan. Sekiranya ada pihak yang menuntut kepentingannya kemudian dengan disokong bukti yang ada, Pentadbir Tanah akan sekurang-kurangnya membuat pewartaan semula dalam Borang D dengan maklumat-maklumat baharu sebelum prosedur siasatan, pembayaran pampasan dan pengeluaran dan endorsan Borang K sehinggalah proses selesai.
Jika Cikgu tanya sumber memang tiada sumber tetapi saya percaya sekurang kurangnya dengan amalan sebegitu Pentadbir Tanah menghargai maklumat paling asas yang ada dalam usaha melaksanakan prosedur pengambilan tanah dengan sempurna.
Pertanyaan Tuan Kamarul
Bolehkah kita anggap "hak milik tidak dapat dikesan" adalah tanah kerajaan / state land ?
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Tuan Kamarul, ada kemungkinan tanah yang mempunyai nombor lot adalah tanah Kerajaan walau pun kebiasaannya tanah dengan nombor lot adalah tanah berimilik. Kebiasaannya juga masalah ini timbul akibat buku indeks lot tidak dikemaskini atau terdapat maklumat iaitu nombor hakmilik yang tertinggal/tercicir.
Sekiranya tanah 'TDK' ini dianggap tanah Kerajaan maka penyenaraiannya dalam Borang C atau Borang D adalah tidak diperlukan. Namun, apabila dikhuatiri bahawa tanah 'TDK' itu adalah tanah berimilik yang maklumatnya tidak lengkap dengan hanya nombor lot maka Pentadbir Tanah seperti yang saya nyatakan mengambil langkah separa selamat dengan menyenaraikannya dalam Borang C dan D.
Apakah kesannya jika tanah 'TDK' disenaraikan dalam Borang C dan D atau apakah kesan jika tanah tersebut dianggap tanah Kerajaan (tidak disenaraikan dalam Borang C dan D?
Pada saya jika tanah itu sememangnya tanah Kerajaan maka tiada sebarang isu. Adalah lebih baik bagi Pentadbir Tanah untuk memaklumkan kepada Jupem agar dibatalkan nombor lot bagi tanah tersebut. Walau bagaimana pun sekiranya tanah itu didapati kemudiannya adalah tanah berimilik maka agensi pemohon hendaklah mengemukakan permohonan lengkap untuk mengambil tanah itu dan Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan kertas pertimbangan PBN dengan menyenaraikannya dalam Borang C dan kemudian dalam Borang D untuk pewartaan diikuti dengan prosedur-prosedur lain sehinggalah proses pengambilan diselesaikan dengan sempurna.
Dalam keadaan Pentadbir Tanah menyenaraikan tanah 'TDK' itu dalam Borang C dan D dan setelah beberapa ketika didapati tanah itu adalah tanah berimilik maka sekurang-kurangnya agensi pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan pengambilan tambahan untuk tanah itu, dengan itu tidak perlu kepada penyediaan kertas pertimbangan PBN. Apa yang perlu dilakukan oleh Pentadbir Tanah hanyalah membuat pindaan kepada Warta asal melalui pewartaan baharu khusus bagi tanah itu. Ini yang saya maksudkan dengan langkah separa selamat.
Pandangan Tuan Kamarul
Tanah2 TDK ni kebanyakannya adalah tanah berimilik sebelum kuatkuasa KTN..tetapi semasa proses convert ke geran KTN..byk title tertinggal dan tn tanah masih pegang geran terdahulu..sudah semestinya nama tidak ada dalam sistem berkomputer..pengesahan drpd pej tanah/PTG negeri amat penting,baru lah boleh kita sahkan itu tanah kerajaan atau berimilik
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Betul Tn Kamarul, itu satu daripada kemungkinan-kemungkinan yang ada. Mungkin juga tanah 'TDK' itu tanah Kerajaan yang menjadi lot akibat dikelilingi lot2 berimilik (tanah terpulau). Mungkin juga tanah 'TDK' itu menjadi lot akibat ukur halus proses-proses tertentu sebelumnya. Seperti contoh tanah asal telah diambil sebahagian dengan meninggalkan baki yang terpisah dua. Baki tanah itu (dua bhgn) kemudiannya hanya satu daripadanya disambung dan didaftarkan hakmilik manakala yang satu lagi tertinggal.
Ini antara penemuan-penemuan yang pernah kami lalui di JKPTGNS apabila membuat permohonan permintaan ukur (P.U.) bagi baki tanah yang diambil sebahagian bagi Projek Landasan Berkembar Keretapi Seremban-Gemas tempohari.
Pandangan Tuan Najmuddin Jemain
Tanah TDK dalam banyak keadaan adalah bukan tanah kerajaan, kalau dalam pelan pun kita tak tandakan kuning. Kita syak tanah itu sudah bertuan, cuma tuannya tidak dapat dikesan atau dikenal pasti, sebab dalam rekod macam ada, kadang andaian kita based on bentuk dan lot bersebelahan yg telah bertuan, jadi andaian kita mungkin telah berpunya.
ULASAN
Daripada pandangan pandangan yang diberikan oleh mereka meraka yang terlibat secara langsung atau pernah terlibat secara langsung dengan pengambilan tanah seperti di atas iaitu Mantan Pengarah JKPTG Negeri Sembilan, Mantan Pengarah JKPTG Selangor dan Pengarah JKPTG Pulau Pinang, KESIMPULANNYA BUKAN SEMUA TANAH BERSTATUS TDK ITU TANAH KERAJAAN
Untuk kes kes mendatang, Pentadbir Tanah MESTI MEMBUAT SEMAKAN TERLEBIH DAHULU berdasarkan pandangan di atas lot yang diklasifikasikan sebagai TDK sebelum menyenaraikannya ke dalam Borang C. JIKA TELAH DIKENALPASTI LOT TERSEBUT ADALAH TK, MAKA TIDAK PERLU DISENARAIKAN. JIKA DISENARAIKAN DAN DIWARTAKAN, MAKA TERJADILAH SATU KES DI SUATU NEGERI DIMANA PENTADBIR TANAH TELAH MENJALANKAN INQUARY DAN MEMBUAT AWARD KE ATAS TANAH TERSEBUT KERANA MENGANGGAP TANAH YANG BERSTATUS TDK (ADA PEMILIK) SEDANGKAN TIADA PEMILIK YANG HADIR. TINDAKAN SETERUSNYA, WANG PAMPASAN DISIMPAN DI MAHKAMAH SEHINGGA BEBERAPA TAHUN TIDAK DIPOHON UNTUK DIKELUARKAN (BERKEMUNGKINAN IANYA TANAH KERAJAAN)
Seperkara lagi JIKA TINDAKAN SEPERTI DI ATAS TELAH DILAKUKAN OLEH PENTADBIR TANAH iaitu telah dikenalpasti tanah yang berstatus TDK ada pemiliknya (contoh yang berlaku di Perak: TANAH TERSEBUT ADA NO LOT DAN DIATAS TANAH ADA DIUSAHAKAN DENGAN TANAMAN KELAPA SAWIT), bila disenaraikan dalam Borang C, letakkan no lot berkenaan dan diruangan yang lain JANGAN LETAKKAN TANAH KERAJAAN (LETAKKAN TDK) kerana tanah kerajaan tidak terlibat dengan pengambilan. APAPUN BERLAKU KEMUDIANNYA, BERDASARKAN SEKSYEN 2(2) AKTA PENGAMBILAN TANAH, WARTA TERSEBUT ADALAH SAH DAN BERKUATKUASA.
Sekiranya diwartakan sebagai TDK, adakah agensi pemohon perlu menyediakan pampasan?
BalasPadamAdakah agensi pemohon boleh untuk memohon Pentadbir Tanah supaya tidak menyediakan pampasan bagi TDK?