Isnin, 31 Oktober 2011

Soal Jawab Pengambilan Tanah

Soalan daripada RISDA
      RISDA membuat permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960. Setelah diwartakan dibawah seksyen 8 Akta dan apabila notis Borang E telah dikeluar dan diserahkan, RISDA memaklumkan oleh kerana sesuatu sebab, pengambilan tidak dapat diteruskan. Apakah tindakan yang mesti diambil dan kesannya?
Pandangan/Jawapan:
Seksyen 3F(1), Akta Pengambilan Tanah menyatakan ‘Mana-mana pemohon boleh menarik diri daripada pengambilan mana-mana tanah sebelum pengisytiharan dibawah seksyen 8 dengan memberi suatu notis secara bertulis kepada Pentadbir Tanah.’
Dalam Bahasa Inggeris ‘Any applicant may withdraw from the acquisition of any land before the publication of the declaration under section 8 by giving a notice in writing to the Land Administrator’
Berdasarkan seksyen tersebut RISDA tidak boleh menarik diri dari pengambilan kerana pengambilan telahpun diwartakan dibawah seksyen 8. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pentadbir Tanah hendaklah membiarkan pewartaan seksyen 8 tamat tempoh (lapsed). Setelah tamat tempoh, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan mengikut seksyen 8(5) iaitu membayar kepada orang berkepentingan semua kos yang ditanggung beban oleh mereka  bersama dengan pampasan untuk kerosakan, jika ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan