Assalamualaikum, selamat berpuasa dan selamat sejahtera.
Sebelum mengakhiri minggu ini (minggu Nuzul Quran), saya tangguhkan dulu sambungan tajuk Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1)(b) dan (c) untuk memberi laluan kepada berita besar ini terutamanya kepada penduduk/tuan punya tanah di Pengerang, Johor.

Sebagaimana yang diheboh-hebohkan selama lebih setahun yang lalu, maka dalam bulan Julai ini telahpun menjadi kenyataan bahawa pengambilan tanah untuk Projek RAPID di Pengerang, Johor akan bermula apabila tanah-tanah yang terlibat telahpun diwartakan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 19 Julai 2012 yang lalu.
Tajuk warta tersebut adalah 'Pengambilan Tanah Di Bawah Perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486], Untuk Tujuan Terminal Petroleum Laut Dalam Di Tanjung Ayam, Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi Untuk Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)'.
Walau bagaimanapun bukan semua lot seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah diwartakan dibawah seksyen 8. Lot-lot yang telah diwartakan hanyalah 82 lot mengikut warta no. 5901 bertarikh 19 Julai 2012 dan 1,059 lot mengikut warta no. 5902 bertarikh 19 Julai 2012.
Maklumat yang saya terima dari Pejabat Tanah Kota Tinggi, notis awam Borang E telahpun dilaksanakan mengikut seksyen 52 dan tuanpunya tanah bolehlah pastikan sama ada tanah-tanah mereka terlibat dengan pengambilan tersebut ataupun tidak. Sementara notis individu Borang E akan diserahkan kepada semua orang berkepentingan dalam sedikit masa lagi dan siasatan pengambilan tanah insya Allah akan dilaksanakan dalam bulan September yang akan datang
Untuk makluman penduduk/tuan tanah Pengerang juga pada 2 Ogos 2012 telah pun tersiar Warta Kerajaan Johor No. 6474 iaitu WARTA DIBAWAH S 4 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 dimana tersenarai sejumlah 252 lot dalam Mukim Pengerang dan 67 lot dalam Mukim Pantai Timur MUNGKIN AKAN DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK TUJUAN:
'Pengambilan Tanah Di Bawah Perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] Untuk Tujuan Projek pembangunan Penapisan Minyak Dan Petrokimia, Mukim Pengerang dan Mukim Pantai Timur Daerah Kota Tinggi Untuk Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI)
Jika diperhatikan tajuk warta tersebut adalah sama dengan tajuk warta diperenggan dua di atas. Oleh yang demikian warta seksyen 4 ini adalah lot tambahan yang mungkin diambil untuk perlaksanaan projek RAPID tersebut.
PERHATIAN UNTUK TUAN TANAH DIMUKIM PENGERANG DAN PANTAI TIMUR!
Untuk mengetahui sama ada lot tuan-tuan tersenarai di dalam Warta Kerajaan Johor No. 6474 di atas ataupun tidak bolehlah mengetahuinya apabila warta tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Tanah, papan kenyataan awam (masjid/balai penghulu) dan di atas atau berhampiran tanah-tanah tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh seksyen 4(2) dan seksyen 53 Akta Pengambilan Tanah 1960

Tiada ulasan:
Catat Ulasan