Ejaan dan ayat tidak diubah seperti didalam e-mail
Assalamualaikum,
Tuan, nama saya Nor Rahman bin Hamid. Saya adalah salah seorang penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri untuk projek Rapid Petronas di Pengerang. Untuk pengetahuan Tuan tanah saya itu betul betul terletak di tepi jalan Utama diantara Sg Rengit - Pengerang.Tanah saya tidaklah besar hanya 1.137 ekar sahaja.Tanah pertanian/kelapa dan taraf pegangan selama lamanya. Pada hemat Tuan berapakah harga sekaki persegi yang seharusnya dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada tanah saya. Rata rata penduduk dibayar sekitar RM 7.20 - RM 7.60 saja sekaki persegi kepada tanah tanah yang terletak dikanan kiri jalan utama. Adakah harga itu berbaloi pada pendapat Tuan?
Tuan, sebahagian kecil tanah saya iaitu seluas ( 60'x60' ) telah saya sewakan kepada Celcom sejak tahun 2002 dan pihak Celcom telah mendirikan Tower setinggi 200' dan meletakkan beberapa cabin dalam kawasan yang disewanya.Soalan saya adakah saya layak menuntut pampasan kehilangan hasil sewaan.Dan kalau layak berapa lamakah tempoh yang saya layak tuntut kehilangan hasil sewaan tersebut.Untuk pengetahuan Tuan Surat Perjanjian diantara saya dan Celcom dibaharui setiap 3 tahun sekali, tetapi tidaklah bermakna Celcom hanya menyewa tanah saya 3 tahun saja,buktinya mereka sudah menyewa tanah saya semenjak tahun 2002 lagi sehingga sekarang.Mengikut Penilai Swasta sewa yang layak dituntut sekitar 3 tahun saja. Apa pendapat Tuan mengenai hal ini? Bolehkah saya menuntut kehilangan hasil sewaan sehingga 10 tahun misalnya?
Tuan, beberapa tahun lepas saya telah mengupah orang menebang pokok,membersihkan kawasan sekitar dan merobohkan Rumah Pusaka ditanah tersebut kerana saya bercadang untuk mendirikan rumah baru dan beberapa pintu rumah sewa serta menanam pokok kelapa pandan.Tapi terpaksa batalkan hasrat saya kerana mendengar pengumuman Pengerang dipilih untuk projek Rapid oleh Perdana Menteri. Adakah saya layak tuntut sebarang pampasan kerugian atau berkelayakan membeli rumah di tapak perpindahan baru nanti sedangkan rumah lama sudah tiada lagi.Saya sangat sangat berhasrat untuk balik tinggal dikampung setelah bersara awal tahun depan.
Semoga Tuan dapat membantu saya dalam menyelesaikan masaalah saya ini.
Pandangan:
1. Saya tak dapat menyatakan nilaian sebenar tanah-tanah yang terlibat dengan projek tersebut. Disini saya hanya dapat memberi pandangan bagaimana nilaian tanah ditentukan. Berdasarkan Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960, nilaian tanah berdasarkan:
i. Kategori kegunaan tanah sama ada tanah pertanian, bangunan atau pun industri
ii. Kedudukan tanah tersebut sama ada ditepi jalanraya, hampir dengan kawasan pembangunan/industri
iii. Jual beli tanah terkini dikawasan tersebut
iv. Pandangan yang diberikan oleh 'Penilai'
2. Menara Celcom yang didirikan di atas tanah tuan telah melanggar syarat tanah tersebut, kerana ianya tanah pertanian, tetapi pihak tuan tidak perlu menukar syarat keseluruhan tanah tersebut, tetapi hanya perlu memohon kepada pejabat tanah untuk membenarkan menara tersebut dibina. Jika permohonan TIDAK DIBUAT, kehilangan hasil sewaan TIDAK BOLEH DITUNTUT DAN PENTADBIR TANAH TIDAK BOLEH MEMBAYAR. Walau bagaimanapun Pentadbir Tanah mempunyai kuasa BUDI BICARA untuk membayarnya dan jika Pentadbir Tanah mengambil keputusan UNTUK MEMBAYAR hasil sewaan (kehilangan pendapatan) tersebut TIDAK LEBIH ENAM BULAN SAHAJA.
3. Kos pembersihan tanah dan kos merobohkan rumah TIDAK BOLEH DIBAYAR kerana pada ketika tanah tersebut diwartakan di bawah seksyen 8, RUMAH TELAH PUN TIADA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan