POSTED TERAKHIR 2012
Terdapat sedikit persoalan bagi kes-kes penarikan balik permohonan pengambilan tanah di mana permohonan ditarik balik oleh agensi sebelum perbicaraan dilaksanakan. Sebagai makluman, penarikan balik ini telahpun diwartakan dan sedang menunggu untuk siasatan secara pentadbiran bagi mengenalpasti kos-kos yang mungkin terlibat di pihak berkepentingan akibat penarikan balik tersebut. Dalam hal ini, beberapa situasi yang mungkin dikenalpasti adalah seperti berikut:
Situasi 1)
Sekiranya berlaku kerosakan di atas tanah dan terdapat beberapa orang pihak berkepentingan pada tanah tersebut yang masing-masingnya melantik seorang (1) penilai yang sama, bagaimanakah kiraan yang patut dibayar oleh pentadbir?
Situasi ke 2)
Sekiranya tidak berlaku sebarang kerosakan di atas tanah tersebut, dan pemilik-pemilik tanah masing-masingnya telah melantik seorang penilai yang sama dan hanya menuntut bayaran bagi fii penilai, bagaimankah kaedah bayaran fii penilai dikenakan?
Situasi ke 3)
Sekiranya di atas lot tanah yang sama, terdapat beberapa orang tuan tanah dan mereka melantik penilai yang berbeza, bagaimanakah kaedah kiraan fii penilai dan kaedah kiraan kerosakan ke atas tanah (sekiranya berlaku) dilakukan?
Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam memberikan pandangan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Pandangan:
Situasi 1.
Jika tanah pertanian, akibat pewartaan tanaman rosak/mati, bayaran perlu dibuat. Sebaliknya jika tanah yang terlibat tersebut sama sahaja keadaannya sebelum dan selepas warta seksyen 8, maka tiada kos kerosakan.
Jika tanah bangunan yang telah diluluskan untuk pembangunan dan pembangunan tidak dpt dilaksanakan akibat warta seksyen 8, kerugian yg ditanggung mesti dibayar.
Kerugian yang ditanggung MESTI dapat dibuktikan, contoh resit, bil dll.
Bayaran fi penilai sepatutnya dibuat oleh tuan tanah kepada penilai terlebih dahulu, kemudian bayaran tersebut dituntut semula oleh tuanpunya tanah semasa siasatan, tetapi apa yang berlaku tuan tanah tidak bayar kepada penilai. Oleh yang demikian ianya terletak ditangan Pentadbir Tanah seperti yg dinyatakan dibawah seksyen 14(5) 'The Land Administrator shall determine the amount of the costs, which shall include any valuation fee imposed by the valuer, incurred in the proceedings and by what persons and in what proportion they are to be paid' dan tidak semestinya patuh kepada kehendak penilai pemohon yang menuntut berdasarkan jadual yang disediakan.
Situasi 2
Seperti disituasi 1, bayaran fi penilai terpulang kepada Pentadbir Tanah
Situasi 3
Bayaran kerosakan berdasarkan bukti seperti disituasi 1 yg ditentukan dalam siasatan dan bayaran fi seperti juga di atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan