Selepas lama bercuti saya ada menerima persoalan seperti di bawah untuk diselesaikan. Saya tak pasti persoalan tersebut dari pelajar intitusi pengajian tinggi atau daripada tuanpunya tanah. Walau bagaimanapun pandangan telah diberikan untuk dikongsi bersama.
Permasalahan Pertukaran QT ke FT
QT
No Lot : MLO 2316
Status : Rizab melayu
Luas 6 ekar 1 rod 8 pole
Tanah pertanian: Tapi tidak diusahakan
Pengambilan bagi rizab parit
Luas : 0.8427 hektar
Kesan : terjadi 2 lot berasingan
FT
Lot 5427
Luas : 1.251 ha
Lot 5428
Luas 0.2649ha
Kehilangan keluasan QT ke FT:
0.4471ekar
Masalah:
1. Tuan-tuan tanah tidak boleh menerima kehilangan luas 0.4471 ekar dan memohon penjelasan bagaimana berlaku
2. Nyatakan peraturan atau perundangan yang digunapakai dan kaedah penetapan sempadan sebelum pengukuran oleh Jupem dilakukan .
3. Tuan-tuan tanah memohon kehilangan tersebut diganti dengan cara kurniaan supaya dapat dicantumkan dengan lot 5428, tapi
a. Lot 5428 ini bersempadanan tanah rizab JPS
b. Tanah Rizab ini dipenuhi dengan hutan kayu bakau
c. Bincangkan bagaimana penyelesaian permohonan cara kurniaan ini?
Pandangan:
Dengan syarat selanjutnya keluasan QT tersebut ADALAH MUKTAMAD (6E 1R 8P)
JIKA KELUASAN QT ASAL BELUM MUKTAMAD, PAMPASAN TAMBAHAN DAN CAJ BAYARAN LEWAT TIDAK BOLEH DIKIRA DAN DIBAYAR
Bagi memperolehi bayaran tambahan di atas, tuanpunya tanah dinasihatkan memberitahu perkara ini kepada Pejabat Tanah yang menguruskan pengambilan tanah tersebut sebelum ini.
Berkenaan persoalan dimana tuanpunya tanah memohon kehilangan tanah tersebut diganti dengan kurniaan tanah lain (dalam kes ini tanah rizab JPS), perkara tersebut sedikit sukar dilaksanakan kerana sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kuasa PELUPUSAN terletak ditangan Pihak Berkuasa Negeri. Dalam kes ini jika sekiranya rizab JPS tersebut telah diwartakan dibawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara, PELUPUSAN SECARA PEMBERIMILIKAN TIDAK LAGI BOLEH DIBUAT kerana pelupusan secara pemberimilikan hanya boleh berlaku bagi tanah yang berstatuskan 'TANAH KERAJAAN'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan