Berdasarkan seksyen 37(3), mana-mana kerajaan atau mana-mana orang atau perbadanan yang menjalankan sesuatu kerja yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri itu adalah untuk kemudahan awam (jalan, landasan pengangkutan, bekalan air dll seperti yang ditafsirkan dibawah seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah) dan yang bagi pihaknya tanah itu diambil menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan boleh membuat bantahan-bantahan atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (1). Ini bermaksud PEMOHON juga boleh membuat bantahan ke Mahkamah
Baru-baru ini ada PEMOHON (sebuah Jabatan Persekutuan) meluahkan perasaan tidak puashati kepada saya terhadap Pentadbir Tanah kerana LAMBAT MENYERAHKAN BORANG H, yang menyebabkan hajat jabatan tersebut untuk membuat bantahan ke Mahkamah terbantut, kerana perbincangan untuk membuat bantahan hanya boleh dilakukan SETELAH BORANG H DITERIMA dan pada pandangan mereka tempoh bantahan adalah ENAM MINGGU DARI TARIKH PERINTAH
Berdasarkan seksyen 38(3) Akta pengambilan Tanah 1960:
'Tiap-tiap permohonan dibawah subseksyen (1) {iaitu penyerahan Borang N} hendaklah dibuat:
(a) sekiranya orang yang membuat permohonan itu HADIR atau DIWAKILI dihadapan Pentadbir Tanah semasa Pentadbir Tanah membuat awardnya (BORANG G), dalam masa enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award (BORANG G) dibawah seksyen 14;
(b) dalam kes-kes lain, dalam masa enam minggu SETELAH MENERIMA notis dibawah seksyen 16 (BORANG H) daripada Pentadbir Tanah ATAU dalam masa enam bulan dari tarikh Pentadbir Tanah Membuat award dibawah seksyen 14 (BORANG G), mengikut mana yang lebih dulu tamat tempohnya.
Pada pandangan saya anggapan PEMOHON DIATAS adalah SALAH. Berdasarkan perenggan 28.3 Manual Pengambilan Tanah, tempoh bantahan PEMOHON adalah berdasarkan seksyen 38(3)(b) IAITU DALAM TEMPOH 6 MINGGU DARI TARIKH TERIMA BORANG H ATAU 6 BULAN DARI TARIKH AWARD BORANG G YANG MANA DAHULU LUPUT.
SEMASA BERCERAMAH DI INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, BUKIT TINGGI PADA 5 DAN 6 JUN 2013, TERDAPAT PESERTA YANG BERTANYAKAN MENGENAI TEMPOH BANTAHAN TUANPUNYA TANAH. DIBAWAH INI ADALAH JAWAPANNYA.
Seksyen 38(3)(a) PULA ADALAH UNTUK TUANPUNYA TANAH YANG INGIN MEMBUAT BANTAHAN. Ini berdasarkan beberapa kes Mahkamah seperti di bawah YANG MEMUTUSKAN JIKA PEMOHON (Tuan tanah) HADIR ATAU DIWAKILI IANYA TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 38(3)(a)

1. Kes Uda Holding Bhd. v PT WP KL 6 MLJ 242
MAHKAMAH TINGGI KL
MAHKAMAH TINGGI KL
{Penentuan 6 minggu untuk bantahan}
Tarikh Borang G - 27.10.2011 (pemohon hadir)
Tarikh Borang H - 30.11.2011
Terima Borang H - 12.12.2011
Hantar surat dan Borang N - 22.12.2011
PT pulangkan Borang N (tamat tempoh) - 16.01.2012
Surat, Borang N dan deposit - 02.02.2012
PT pulangkan Borang N dan deposit - 24.02.2012
Tuan tanah bantah ke Mahkamah
Mahkamah putuskan: 6 minggu bermula 27.10.2011 s38(3)(a)
2. Kes Arthur Ponniah Gurubatham & Satu lagi v PT WP KL
[2008] 3 CLJ 17
MAHKAMAH TINGGI KL
{Penentuan tempoh 6 minggu}
2. Kes Arthur Ponniah Gurubatham & Satu lagi v PT WP KL
[2008] 3 CLJ 17
MAHKAMAH TINGGI KL
{Penentuan tempoh 6 minggu}
Tarikh award - 16.06.2005 (tuan tanah hadir)
Terima Borang N - 22.11.2005
Borang N - 03.01.2006
Pemohon kira 6 minggu bermula - 22.11.2005
Mahkamah 6 minggu bermula - 16.06.2005 s38(3)(a)
3. Kes Dynamic Plantation Bhd v PT Segamat
[2008] 3 CLJ 37 - MAHKAMAH TINGGI MUAR
{Penentuan 6 minggu untuk bantahan}
Tarikh award lisan - 27.05.2004
Borang G dan H - 02.07.2004
Borang N - 05.08.2004
AG tolak lebih 6 minggu dari - 27.05.2004
Mahkamah terima 6 minggu bermula - 02.07.2004 s38(3)(a)
UNTUK MENGATASI KEKELIRUAN TERSEBUT, TARIKH AWARD (TARIKH BORANG G) SEPATUTNYA SAMA DENGAN TARIKH BORANG H (ATAU TARIKH BORANG H TERKEMUDIAN SEDIKIT) DAN BORANG H TERSEBUT SEPATUTNYA DISERAH ATAU DISAMPAIKAN SENGAN SEBERAPA SEGERA YANG BOLEH KEPADA SEMUA ORANG BERKEPENTINGAN SEPERTIMANA YANG DISARANKAN OLEH SEKSYEN 16(1) AKTA YANG SAMA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan