Jumaat, 28 Jun 2013

Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) v Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)


Baru-baru ini ada pertanyaan yang dibuat kepada saya melalui perbualan telefon iaitu mengenai tanah-tanah yang telah dipasang dengan talian voltan tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad melalui Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE) beberapa tahun yang lalu, diambil semula dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT).

Boleh atau tidak?

Bagaimana dengan endorsan laluan tersebut?

Berdasarkan seksyen 11(1) ABE, TNB atau pemegang lesen boleh memasuki tanah milik untuk meletak atau memasang talian elektrik atau membina tiang dan lain-lain alat untuk tujuan elektrik, jika dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis Jadual Pertama, tiada bantahan dibuat oleh tuan punya tanah. Didalam seksyen yang sama menyatakan tuanpunya tanah akan dibayar pampasan kerana apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan oleh  tindakan pembinaan/pemasangan tersebut, termasuk bayaran tahunan tanah yang digunakan untuk didirikan tiang. Dari seksyen tersebut jelas pengambilan tanah tidak berlaku/tanah masih kepunyaan tuanpunya tanah.

Ini menimbulkan masalah kepada tuanpunya tanah, walaupun tanah tersebut kepunyaan tuanpunya asal tetapi berdasarkan seksyen 37(12)(a)  ABE dibawah menyekat tuan tanah mengusahakan tanahnya

'Tiada seorangpun tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau sebahagian daripadanya mengikut cara yang berkemungkinan mengganggu mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya ke[pada mana-mana orang atau harta'

Pada pandangan saya, pengambilan tanah dibawah APT 1960 bukan sahaja boleh dibuat, bahkan sewajarnya tanah tersebut diambil melalui APT 1960 bukannya di bawah ABE 1990 dan inilah yang saya perjuangkan sejak menjadi tenaga pengajar di INSTUN. Untuk makluman juga, Kerajaan Negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang telahpun memutuskan supaya talian bekalan elektrik dibuat pengambilan dibawah APT 1960 dan bukannya ABE 1990


Berdasarkan Pekeliling KPTG Bilangan 2 Tahun 1999, setelah selesai proses dan bayaran telah dibuat, Tenaga Nasional Berhad mesti mengemukakan dua salinan Notis Jadual Pertama ABE 1990 serta membuat bayaran kepada Pentadbir Tanah untuk dibuat ingatan/endorsan ke atas Dokumen Hakmilik Daftar Komputer. Oleh yang demikian walaupun endorsan telah dibuat, ianya tidak menimbulkan masalah jika tanah tersebut diambil pula  dibawah APT 1960 kerana berdasarkan seksyen 66 APT 1960, apabila endoran Borang K dibuat dibawah seksyen 23 APT 1960, bahagian  atau tanah yang terlibat hendaklah terletakhak sebagai tanah kerajaan dan bebas dari bebanan


6 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan. sekiranya pengambilan balik tanah itu dibuat untuk maksud rentis adakah aianya akan menjadi tanah kerajaan? sedangkan TNB itu sendiri bukanlah "kerajaan". saya cuba membandingkan dengan Petronas Gas Berhad. tanah laluan paip gas diberi milik atas pertonas dan bukan atas rizab kerajaan. saya mohon tunjuk ajar tuan sebab keliru dalam 2 keadaan ini. sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Askm tuan....sy adalah seorang pemajak tanah jab pertanian yg masih mempunyai tempoh pajakan selama 10 tahun dn sedang mengusahakan tanaman nangka di projek prestasi tinggi adakah sy ajan dibayar pampasan gantirugi pokok dikawasan yg terlibat dn pampasan diatas kacau ganggu perniagaan

    BalasPadam
  3. Askm tuan....sy adalah seorang pemajak tanah jab pertanian yg masih mempunyai tempoh pajakan selama 10 tahun dn sedang mengusahakan tanaman nangka di projek prestasi tinggi adakah sy ajan dibayar pampasan gantirugi pokok dikawasan yg terlibat dn pampasan diatas kacau ganggu perniagaan

    BalasPadam
  4. Kemudaratan yang sangat besar kepada tanah ladang kami jika tanah yang sudah digunakan oleh TNB melalui ABE tetapi dibuat pengambilan tanah melalui APT di sebahagian kecil saja dalam bentuk memanjang untuk tambahan rentis tersebut.

    BalasPadam
  5. Salam..saya baru beli tanah..tp tanah yg saya beli tu ada laluan kebel tnb..boleh kah saya menuntut bayaran pampasan sebagai pemilik baru tanah tersebut..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum tuan, saya merupakan pelajat jurusan hartanah di UTHM, saya membuat kajian berkenaan kadar penerimaan sama ada penilai lebih syorkan ABE atau APT. boleh tuan terangkan sikit berkenaan adakah ia menjadi satu kesalahan jika Pihak TNB mahu menggunakan ABE untuk membuat penilaian bagi tujuan pampasan.Terima Kasih tuan.

    BalasPadam