Khamis, 1 Mei 2014

Isu Pengambilan Tanah

Semasa berceramah di Hotel Putra Kuala Lumpur pada hari Selasa 29 April 2014, seorang perserta dari Syarikat Prasarana mengemukakan satu soalan untuk penyelesaian iaitu:
 
'Satu lot (hakmilik muktamad) telah terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek LRT dan telah diwartakan pengambilannya dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Di atas lot tersebut terdapat pasaraya besar. Semakan akhir telah dibuat dan di dapati lot yang sama telah dikeluarkan PT yang lain (hakmilik sementara). Bermakna terdapat DUA  HAKMILIK DI ATAS SATU TANAH YANG SAMA. Pentadbir Tanah menangguhkan proses pengambilan tanah (siasatan dan seterusnya) untuk mendapat maklumbalas dari pihak Pengarah Tanah dan Galian' Oleh yang demikian PROJEK AKAN TERTANGGUH DALAM TEMPOH YANG PANJANG KERANA IANYA PASTI AKAN DIBAWA KEMAHKAMAH UNTUK KEPUTUSAN.
 
 
PANDANGAN
 
Berdasarkan seksyen 2(2) Akta Pengambilan Tanah 1960, warta tersebut SAH. Oleh yang demikian Pentadbir Tanah TIDAK PERLU MENANGGUHKAN SIASATAN. Borang E hendaklah diserahkan kepada pemegang hakmilik muktamad dan hakmilik sementara. Siasatan pengambilan tanah diteruskan dengan kehadiran semua orang yang berkepentingan. Seterusnya membuat perintah dan jika sekiranya penyelesaian tidak dapat dibuat, WANG PAMPASAN HENDAKLAH DIDEPOSITKAN KE MAHKAMAH. Seterusnya Pentadbir Tanah  keluarkan/serahkan Borang K dan PROJEK TERSEBUT BOLEH DITERUSKAN.

Setelah kes HAKMILIK TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH, pemilik sebenar bolehlah memohon untuk mendapatkan wang pampasan yang didepositkan sebelum ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan