Ahad, 18 Mei 2014

Tatacara Siasatan Pengambilan Tanah

Banyak juga pertanyaan yang saya terima berkaitan dengan tatacara siasatan dalam proses pengambilan tanah. Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, dibawah seksyen 12(1) hanya menyatakan secara umum mengenai siasatan pengambilan tanah iaitu 'Pada tarikh yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) seksyen 10 Pentadbir Tanah hendaklah membuat siasatan penuh kesemua tanah dijadualkan dan hendaklah dengan secepat mungkin selepas itu mentaksir amaun pampasan ..................................................................'
Seksyen 12(2) pula menyatakan 'Pentadbir Tanah hendaklah juga menyiasat tentang kepentingan berkenaan kesemua orang yang menuntut pampasan atau yang pada pendapatnya berhak mendapat pampasan berkenaan dengan tanah dijadualkan itu, dan tentang bantahan-bantahan jika ada, ......................................................................................'

Juga tidak menyentuh tatacara siasatan

Sebenarnya Pentadbir Tanah yang menjalankan siasatan pengambilan tanah bolehlah menggunapakai tatacara siasatan yang dinyatakan di bawah Bahagian Dua Bab 4 Kanun Tanah Negara.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh Pentadbir Tanah semasa menjalankan siasatan pengambilan tanah:

1. Seksyen 30 Kanun Tanah Negara 'mana-mana orang yang dengan sengaja memberi keterangan palsu dalam mana-mana siasatan adalah melalukan kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalty yang dinyatakan dalam seksyen 422 Kanun Tanah Negara.

Seksyen 30 ini berkaitan dengan seksyen 13 Akta Pengambilan Tanah 1960 dimana antara kuasa mahkamah yang diberikan kepada Pentadbir Tanah semasa menjalankan siasatan adalah pengendalian sumpah atau pengakuan. Bermakna Pentadbir Tanah boleh memaksa semua orang yang berkepentingan mengangkat sumpah supaya bercakap benar dan Pentadbir Tanah hendaklah mengingatkan orang berkepentingan kesan jika tidak bercakap benar.

2. Seksyen 31 Kanun Tanah Negara menyatakan:

'Dalam menjalankan apa-apa siasatan maka tidaklah menjadi perlu bagi Pentadbir Tanah -

(a) untuk merekodkan keterangan mana-mana saksi sepatah demi sepatah, melainkan difikirkannya diingini untuk berbuat demikian atau diminta oleh saksi itu atau oleh mana-mana orang lain yang hadir semasa siasatan itu dijalankan:

Dengan syarat bahawa Pentadbir Tanah hendaklah merekodkan pati apa-apa keterangan yang tidak dituliskan sepatah demi sepatah;

(b) untuk menulis apa-apa keputusan yang diberi atau perintah yang dibuat, kecuali dalam bentuk yang pendek dan padat, dengan menunjukkan sebab-sebab mengapa ia dibuat demikian.

3. Seksyen 28(1) Kanun Tanah Negara  menyatakan Pentadbir Tanah bolehlah pada bila-bila masa membatalkan atau menangguhkan perjalanan apa-apa siasatan yang dicadangkan, atau menukar tempatnya. Seksyen 12(3) Akta pengambilan Tanah juga menyatakan hal yang sedemikian.

4. Seksyen 32 Kanun Tanah Negara pula adalah berkaitan dengan rekod keterangan yang boleh  digunakan semasa siasatan pengambilan (dalam pengambilan tanah lebih dikenali dengan nama nota siasatan yang tidak dinyatakan bagaimana):

(a) hendaklah disediakan dalam suatu fail atau buku yang berasingan;

(b) hendaklah direkodkan dalam bahasa kebangsaan;

(c) ...............................................................................................................................


4. Dalam siasatan pengambilan tanah, seksyen 36 Kanun Tanah Negara iaitu berkaitan dengan kematian, ketidakupayaan, pertukaran Pentadbir Tanah bolehlah digunapakai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan