Selasa, 6 Mei 2014

Soalan Dari Pengunjung Blog


Saya ada dua pertanyaan yang mungkin En. Baharuddin sudi memberikan jawapan dan pandangan. Soalan-soalannya seperti berikut :

1.   Saya difahamkan bagi pengambilan tanah untuk projek kerajaan persekutuan di negeri Johor, ianya dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri. JKPTG Johor tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan pengambilan tanah untuk projek-projek persekutuan seperti di negeri-negeri lain. Sekiranya benar, jabatan manakah di kerajaan negeri johor yang menguruskan pengambilan tanah untuk projek-projek persekutuan, adakah PTG negeri atau pejabat tanah daerah yang terlibat atau kedua-duanya sekali,

2, Saya ada terlibat dalam projek pembinaan LRT di negeri selangor. Tanah bagi stesen LRT tersebut bersama laluannya telah dibuat pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi maksud kegunaan awam. Setelah pembinaan berjalan, kerajaan persekutuan  memutuskan untuk membangunkan tapak stesen tersebut dengan Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) di mana kegunaannya adalah pembangunan bercampur (perniagaan dan perumahan disekitar stesen LRT) bagi memaksimumkan potensi tapak. Tanah tersebut telahpun diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk dikeluarkan Title kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan ianya diserahkan hakmilik kepada anak syarikat kerajaan persekutuan untuk dimajukan. Sekarang ini tanah tersebut telahpun diserahkan kembali kepada kerajaan persekutuan oleh kerajaan negeri setelah dibayar premium di mana syarat nyata dan kegunaan tanahnya adalah 'TIADA'. Bagi maksud permohonan Kebenaran Merancang (atau Development Order di KL) pemilik tanahnya masih lagi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC). Memandangkan tanah masih belum ditukar milik kepada anak syarikat kerajaan persekutuan yang akan bertindak sebagai pemaju, FLC akan mengeluarkan surat memaklumkan kebenaran diberikan bagi anak syarikat kerajaan tersebut bagi menandatangani pelan Kebenaran Merancang sebagai pemilik tanah (walaupun pada masa ini Geran menunjukkan FLC adalah pemilik tanah), Perkembangan terbaru pula, FLC sendiri akan menandatangani pelan Kebenaran Merancang sebagai pemilik tanah. Persoalannya,bolehkah FLC memajukan tanahnya untuk projek perdangangan (bukan untuk tujuan kepentingan awam) atau dengan kata lain bolehkah FLC memajukan tanahnya untuk kegunaan selain untuk kepentingan awam?. Adakah ianya tidak bercanggah dengan maksud awal pengambilan iaitu untuk tujuan 'kegunaan awam'?. 

Diharap En. Baharuddin faham akan maksud soalan saya di atas. Sekiranya ada yang tidak jelas, bolehlah maklumkan kepada saya untuk penjelasan lanjut. 

Pandangan En. Baharuddin kepada persoalan di atas amat-amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 
PANDANGAN
 
1. Urusan pengambilan tanah di Negeri Johor diuruskan oleh PEJABAT TANAH DIMANA TANAH DIAMBIL TERLETAK dan seterusnyan oleh PTG JOHOR untuk urusan kelulusan MB dan pewartaan. Oleh yang demikian segala pertanyaan mengenai pengambilan hendaklah ditujukan kepada Pejabat Tanah berkenaan.
 
2. Untuk ini jawapannya ada di seksyen 68A Akta Pengambilan Tanah 1960.
Antara lain seksyen tersebut menyatakan, apabila tanah tersebut telah diambil dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960, tanah tersebut boleh dilupuskan kepada sesiapa sahaja dan boleh dibangunkan dengan apa sahaja/maksud apa saja dan TINDAKAN TERSEBUT ADALAH SAH walaupun tujuan awal pengambilan adalah untuk maksud awam.

Sehingga kini TIADA TUANPUNYA TANAH membawa kes tersebut ke Mahkamah untuk semakan kehakiman (cuma ada yang terus mengadu kepada saya, melalui SPRM dan Biro Pengaduan Awam sahaja) Lazimnya jawapan yang saya berikan adalah berkaitan dengan seksyen 68A. Jika sekiranya ada kes yang yang dibawa ke Mahkamah, saya rasa pengambilan tanah tersebut akan diisytiharkan tidak sah kerana seksyen 68A bercanggah dengan seksyen 3(1) Akta yang sama.
 
 
On Sunday, 27 April 2014 7:40 AM, ismail jusoh <ismailjsh@gmail.com> wrote:
Assalamualaikum En, Baharuddin,
 
Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya, nama saya Ismail Jusoh dan merupakan seorang Perancang Bandar. Saya selalu merujuk kepada blog En. Baharuddin untuk mendalami pengetahuan tentang isu-isu tanah. 
 
Saya ada dua pertanyaan yang mungkin En. Baharuddin sudi memberikan jawapan dan pandangan. Soalan-soalannya seperti berikut :
 
1.   Saya difahamkan bagi pengambilan tanah untuk projek kerajaan persekutuan di negeri Johor, ianya dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri. JKPTG Johor tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan pengambilan tanah untuk projek-projek persekutuan seperti di negeri-negeri lain. Sekiranya benar, jabatan manakah di kerajaan negeri johor yang menguruskan pengambilan tanah untuk projek-projek persekutuan, adakah PTG negeri atau pejabat tanah daerah yang terlibat atau kedua-duanya sekali,
 
2, Saya ada terlibat dalam projek pembinaan LRT di negeri selangor. Tanah bagi stesen LRT tersebut bersama laluannya telah dibuat pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi maksud kegunaan awam. Setelah pembinaan berjalan, kerajaan persekutuan  memutuskan untuk membangunkan tapak stesen tersebut dengan Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) di mana kegunaannya adalah pembangunan bercampur (perniagaan dan perumahan disekitar stesen LRT) bagi memaksimumkan potensi tapak. Tanah tersebut telahpun diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk dikeluarkan Title kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan ianya diserahkan hakmilik kepada anak syarikat kerajaan persekutuan untuk dimajukan. Sekarang ini tanah tersebut telahpun diserahkan kembali kepada kerajaan persekutuan oleh kerajaan negeri setelah dibayar premium di mana syarat nyata dan kegunaan tanahnya adalah 'TIADA'. Bagi maksud permohonan Kebenaran Merancang (atau Development Order di KL) pemilik tanahnya masih lagi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC). Memandangkan tanah masih belum ditukar milik kepada anak syarikat kerajaan persekutuan yang akan bertindak sebagai pemaju, FLC akan mengeluarkan surat memaklumkan kebenaran diberikan bagi anak syarikat kerajaan tersebut bagi menandatangani pelan Kebenaran Merancang sebagai pemilik tanah (walaupun pada masa ini Geran menunjukkan FLC adalah pemilik tanah), Perkembangan terbaru pula, FLC sendiri akan menandatangani pelan Kebenaran Merancang sebagai pemilik tanah. Persoalannya,bolehkah FLC memajukan tanahnya untuk projek perdangangan (bukan untuk tujuan kepentingan awam) atau dengan kata lain bolehkah FLC memajukan tanahnya untuk kegunaan selain untuk kepentingan awam?. Adakah ianya tidak bercanggah dengan maksud awal pengambilan iaitu untuk tujuan 'kegunaan awam'?. 
 
Diharap En. Baharuddin faham akan maksud soalan saya di atas. Sekiranya ada yang tidak jelas, bolehlah maklumkan kepada saya untuk penjelasan lanjut. 
 
Pandangan En. Baharuddin kepada persoalan di atas amat-amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih
 
Yang Benar,
Ismail
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan