Ahad, 22 Februari 2015

Soalan Dari Juruukur Berlesen


Soalan berdasarkan pelan pengambilan di atas:

Garisan bewarna hijau adalah pre - comp bearing dan jarak kawasan pengambilan yang diukur oleh Juruukur yang dilantik oleh pihak PLUS. Difahamkan bearing dan jarak tersebut berdasarkan pre comp asal semasa contruction lagi.

UKURAN YANG DIBUAT OLEH PLUS HANYALAH UNTUK MEMBOLEHKAN JAJARAN LEBUHRAYA TERSEBUT DIWARTAKAN DAN BUKANNYA UKURAN BAKI LOT SEPERTI YANG DIKEHENDAKKI OLEH SEKSYEN 25 AKTA PENGAMBILAN TANAH. OLEH ITU WALAUPUN UKURAN UNTUK JAJARAN TELAH SELSESAI DIBUAT, BELUM TENTU BAKI LOT YANG TERLIBAT TELAH DIUKUR. INI TERMASUKLAH LEBUHRAYA UTARA-SELATAN.

PADA PANDANGAN SAYA, JIKA UKURAN BAKI LOT MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN ATAU MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN, TUANPUNYA TANAH BERHAK UNTUK MEMBAWA KES KEMAHKAMAH KERANA SEKSYEN 25 MENSYARATKAN UKURAN SEMULA 'SHALL' DIBUAT

Garisan bewarna merah adalah lot asal tuanpunya tanah.

Persoalannya, luas pengambilan di dalam Borang K  adalah 8591 meter persegi. Luas kawasan pre - comp bewarna hijau adalah 8176 meter persegi. Perbezaannya adalah 4.83%.

Jadi berapakah perbezaan keluasan yang dibenarkan oleh undang-undang dan seksyen mana untuk dirujuk?

Pandangan:

Seksyen 14(3) Akta Pengambilan Tanah membenarkan ukuran dibuat tidak lebih atau kurang dari suku hektar atau satu peratus dari keluasan tanah dijadualkan mana yang lebih besar.

Walau bagaimanapun pada pandangan saya ukuran mesti dibuat mengikut keluasan pengambilan di dalam Borang K iaitu 8591 meter persegi atau lebih sedikit kerana perintah dan bayaran pampasan yang telah dibuat sebelum ini adalah berdasarkan keluasan pengambilan di dalam Borang K. Jika ukuran yang akan dibuat berdasarkan kawasan pre - comp seluas 8176 meter persegi, tuanpunya terpaksa membayar kembali lebihan pampasan yang telah dibayar kepadanya beserta caj bayaran lewat 8% mulai dari tarikh ambil milik iaitu tarikh penyerahan Borang K. Ini dinyatakan dibawah seksyen 32(2) Akta Pengambilan Tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan