Khamis, 26 Februari 2015

Soalan Berkaitan seksyen 35 Akta Pengambilan

Soalan berikut saya terima daripada seorang pegawai dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan:

Warta penarikan balik mengikut seksyen 35 telahpun disiarkan DUA tahun yang lalu, tetapi Pentadbir Tanah tidak mengambil tindakan seterusnya iaitu siasatan untuk menentukan pampasan kerosakan jika ada. Adakah Pentadbir Tanah boleh menjalankan siasatan tersebut pada ketika ini dan adakah warta seksyen 35 mempunyai tempoh yang tertentu.

Pandangan:

Seksyen 35 adalah berkaitan dengan penarikan balik daripada pengambilan. Penarikan disini bermaksud pengambilan Tanah TIDAK DITERUSKAN disebabkan sesuatu hal. Syarat utama penarikan boleh dibuat ialah SEBELUM BORANG K DIKELUARKAN. Ini dinyatakan dibawah seksyen 35(1)

Berdasarkan seksyen 35(2) - 'Whenever the State Authority withdraws from any acquisition under subsection (1), the Land Administrator shall -'

Perkataan 'shall' dalam ayat diatas, membawa maksud Pentadbir Tanah mesti mengambil tindakan dengan segera  seperti yang dikehendakki oleh seksyen 35(2)(a)(b) iaitu membayar amaun pampasan kerana kerosakan yang berlaku atas tanah oleh tindakan dibawah seksyen 5 dan membayar kepada semua orang yang berkepentingan semua kos yang ditanggung beban oleh mereka oleh sebab atau akibat daripada prosiding pengambilan.

Daipada persoalan di atas, oleh kerana Pentadbir Tanah belum lagi mengambil tindakan, maka Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan dengan segera seperti yang dikehandakki oleh seksyen tersebut.

Mengenai tempoh pula, di dalam Akta tidak dinyatakan  jangka hayat pewartaan dibawah seksyen 35 tersebut. Oleh yang demikian walaupun tempoh warta telah melebihi DUA tahun, tindakan yang diambil oleh Pentadbir Tanah nanti adalah MASIH SAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan