2. Pengiraan Caj Bayaran Lewat pengambilan melalui Borang I kepada pemilik dan pemilik yang tinggal di luar Negara
1. Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 terdapat berbagai jenis notis. Ada notis berbentuk borang dan ada notis berbentuk surat. Tatacara penyampaian notis-notis tersebut adalah seperti yang dinyatakan dibawah seksyen 53(1). Notis berbentuk borang yang popular seperti Borang A, E, H, I (salinan), J, K. (mejoriti orang berkepentingan akan menerima borang tersebut). Notis-notis ini mesti disampaikan seperti yang dikehendaki oleh seksyen 11(1), 11(2), (16)(1), 20(a)(b) dan seksyen 22(1).
Ada kes dimana oleh kerana terlalu marah tanah terlibat dengan pengambilan, orang berkepentingan ENGGAN MENERIMA NOTIS TERSEBUT. Ada juga kes dimana orang berkepentingan enggan menerima borang tersebut DENGAN HARAPAN TANAHNYA TIDAK AKAN DIAMBIL.
Apa jua keadaan, apabila Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan pengambilan tanah, TANAH TERSEBUT TETAP AKAN DIAMBIL. Jika hal tersebut berlaku (orang berkepentingan pasti enggan menerima notis), tindakan yang MESTI dilakukan oleh Pentadbiran Tanah adalah berdasarkan seksyen 53(2):
'Jika orang yang kepadanya diserah atau diberikan apa-apa salinan yang di sebut dalam subseksyen (1) {iaitu notis atau surat/dokumen} enggan atau tidak dapat menandatangani akaun terima penyampaian itu, atau jika tidak ada orang yang sesuai yang kepadanya penyampaian itu boleh dilaksanakan, maka penyampaian notis itu boleh dilaksanakan dengan melekatkan satu salinannya -
(a) dipintu luar bangunan dimana orang yang dinamakan di dalamnya biasanya tinggal atau menjalankan urusannya; dan
(b) pada mana-mana papan tanda awam {public notice-board} dalam Bandar, kampong atau mukim dimana orang yang hendak disampaikan notis itu biasanya bermastautin.
Seksyen 53(3) pula menyatakan
'Jika orang yang hendak disampaikan notis itu adalah penduduk mana-mana tanah dijadualkan yang dinyatakan dalam apa-apa notis, maka apabila penyampaian secara personal tidak dapat dilaksanakan, satu salinan notis hendaklah juga ditampalkan dimana-mana tempat yang boleh dilihat atas tanah berkenaan'
Dan seterusnya Penghantar Notis mesti mengambil tindakan seperti dinyatakan dibawah seksyen 53(4) di bawah
'Dalam setiap kes yang disebut dalam subseksyen (2), (3) di atas pegawai yang menyampaikan hendaklah mencatatkan dalam dokumen asal yang disampaikan atau dalam salinan pejabatnya atau dalam suatu buku yang disimpan bagi maksud itu, suatu penyataan tentang masa, tempat dan cara dia melaksanakan penyampaian itu dan hendaklah menandatangani penyataan itu.'
2. Berdasarkan seksyen 32(1) Akta Pengambilan Tanah, jika pampasan tidak dibayar atau didepositkan dalam tempoh genap masa, Pentadbir Tanah hendaklah membayar wang pampasan beserta dengan caj bayaran lewat. Seksyen 32(1C) pula menyatakan, genap masa adalah tarikh tanah itu diambil milik (penyerahan Borang K) atau suatu tarikh 3 bulan selepas penyampaian Borang H, mana yang lebih awal.
Oleh yang demikian, pengambilan melalui Borang I, Borang K dikeluar dan diserahkan lebih awal daripada Borang H. OLEH YANG DEMIKIAN, CAJ BAYARAN LEWAT DIKIRA MULAI DARI TARIKH SERAH BORANG K SEHINGGA BAYARAN PAMPASAN DIBUAT NANTI.
Mengenai tuan tanah yang tinggal di luar negara pula, Borang K akan diserah sama ada melalui agen yang ada di negara ini atau melalui akaun terima berdaftar seperti mana yang dikehendakki oleh seksyen 54 Akta Pengambilan Tanah 1960. Jika Borang K tersebut disempurnakan akaun terima berdaftar, pengiraan caj bayaran lewat bermula tarikh akaun terima tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan