Isnin, 7 Disember 2015

Isu Pengeluaran Borang K

Baru baru ini saya menerima pertanyaan dari sebuah pejabat tanah di Johor dan saya rasa perkara yang sama juga dialami oleh pejabat- pejabat tanah dan JKPTG yang lain.

'Pengambilan tanah telah selesai sehingga pembayaran pampasan dalam tahun 2012 yang lalu, tetapi sehingga kini (2015) Borang K masih belum dikeluarkan dan dengan itu belum diendors. Isu nya ialah jika sekarang (2015), Pentadbir Tanah bercadang untuk mengeluarkannya, siapa yang perlu menandatangani Borang K tersebut sama ada Pentadbir Tanah sekarang atau Pentadbir Tanah terdahulu yang telah bertukar dan bilakah pula sepatutnya tarikh Borang K tersebut, sama ada tarikh sekarang atau tarikh yang dikebelakangkan'

Pandangan:

Sepertimana dalam posting saya yang terdahulu, telah saya nyatakan iaitu apabila Borang K dikeluarkan, diserahkan tanah tanah tersebut akan terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai 'Tanah Kerajaan' sepetimana yang dinyatakan dibawah seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah. Dengan yang demikian jika Borang K belum dikeluarkan dan diserahkan, bermakna 'tanah tersebut masih belum terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri'. 

Selain daripada itu TARIKH PENYERAHAN BORANG K JUGA YANG MENENTUKAN 'GENAP MASA' UNTUK MENENTUKAN BERMULANYA PENGIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT  sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 32 Akta Pengambilan Tanah. Terdapat DUA kes Mahkamah yang telah saya nyatakan dalam posting terdahulu berkaitan dengan hal tersebut.

Mengenai isu yang dibangkitkan, pada pandangan saya PENTADBIR TANAH SEKARANG yang sepatutnya MENGELUAR DAN MENANDATANGANI BORANG K dan tarikh Borang K ADALAH TARIKH BELIAU TANDA TANGAN SEKARANG. Jika Pentadbir Tanah sekarang tanda tangan dengan TARIKH DIBELAKANGKAN, IANYA TIDAK SAH KERANA PADA KETIKA ITU BELIAU BELUM LAGI DIWARTAKAN SEBAGAI PENTADBIR TANAH. Sebaliknya jika beliau sememangnya telah diwartakan sebagai Pentadbir Tanah untuk seluruh negeri sebelum ini, juga tidak berkaitan jika untuk tujuan pengiraan caj bayaran lewat disebabkan faktor seperti yang saya nyatakan dengan huruf besar bewarna merah dalam ayat di atas.

Selain daripada itu, jika Pentadbir Tanah yang lama dan masih diwartakan sebagai Pentadbir Tanah daerah yang mana kes ini berlaku juga boleh menanda tangani Borang K dengan tarikh semasa dan BUKANNYA TARIKH YANG DIBELAKANGKAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, JIKA INI YANG BERLAKU, TUAN PUNYA TANAH AKAN MENGALAMI KERUGIAN JIKA TERLIBAT DENGAN PENGIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT. DENGAN ITU ADALAH DIINGATKAN SUPAYA PENTADBIR TANAH MENGAMBIL PERHATIAN SUPAYA BORANG K HENDAKLAH DIKELUAR DAN DISERAHKAN PADA MASA SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DIBAWAH SEKSYEN 18 AKTA PENGAMBILAN TANAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan