Rabu, 30 Disember 2015

Pengambilan Tanah Oleh PBT

Masih lagi terdapat perbezaan pendapat dikalangan pentadbiran tanah sama ada permohonan pengambilan tanah oleh pihak berkuasa tempatan diletakkan dibawah seksyen 3(1)(a) ATAU seksyen 3(1)(b) ATAU PUN seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Pandangan:

Permohonan pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Tempatan TIDAK BOLEH diletakkan di bawah seksyen 3(1)(a). Ini bermakna permohonan tersebut MESTI DILETAKKAN SAMA ADA DIBAWAH SEKSYEN 3(1)(b) ATAU (c) Akta Pengambilan Tanah 1960 berdasarkan bukti-bukti dibawah:

1. Berdasarkan seksyen 13 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

'Every local authority shall be a body corporate and shall have perpetual succession and a common seal, which may be altered from time to time, and any sue and be sued, acquire, hold and sell property and generally do and perform such acts and things as bodies corporate may by law do and perform'

2. Berdasarkan seksyen 37(6) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

'Bagi maksud-maksus Akta Pengambilan Tanah, 1960 -

(a)  mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihakberkuasa perancangan tempatan itu;

(b) pihakberkuasa perancangan tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan sesuatu kerja bagi kemudahan awam; dan

(c)  tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan untuk maksud yang tersebut dalam seksyen 3(1)(b) Akta itu.

Perkataan 'kemudahan awam' dalam seksyen di atas ada dinyatakan dalam seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu:

'Kemudahan awam termasuklah apa-apa jalan, landasan pengangkutan, bekalan air dan elektrik, talian paip gas, telekomunikasi, lampu jalan, sistem pembentungan, sistem perparitan, kerja-kerja awam dan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan awam yang serupa'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan