Ambil milik telah pun dibincangkan dalam posting yang terdahulu. Selepas ambil milik dilaksanakan, ada beberapa tindakan yang mesti diambil iaitu:
1. Permintaan Ukur bagi BAKI LOT jika pengambilan melibatkan sebahagian daripada lot. Perkara ini telah pun dibincangkan sebelum ini.
2. Selepas selesai ukuran semula adalah tindakan pengeluaran hakmilik sambungan bagi baki lot dan pengiraan cukai tanah.
3. Pelarasan bayaran pampasan beserta dengan caj bayaran lewat. Perkara ini juga telahpun dibincangkan sebelum ini.
4. Perizaban tanah jika pengambilan berbentuk jajaran seperti tebatan banjir, lebuhraya dan jalanraya yang baharu
5. Permohonan milik jika pengambilan melibatkan sesuatu kawasan
Kali ini perbincangan bertumpu kepada perkara 5 diatas. Perkara ini ada ditimbukan kepada saya semasa menyampaikan ceramah pada beberapa kursus yang lalu.
Isunya ialah:
Katakan pihak Perbadanan disesebuah negeri telah mengambil tanah seluas 500 ekar dan pengambilannya telahpun selesai sehingga 'ambil milik'. Boleh atau tidak Perbadanan tersebut memohon milik tanah tersebut DALAM BENTUK BEBERAPA LOT YANG BERASINGAN DAN BUKANNYA DALAM BENTUK SATU LOT 500 EKAR.
Pandangan:
Berdasarkan seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah, setelah ambil milik secara rasmi telah berlaku, maka tanah tersebut terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai 'Tanah Kerajaan'. 'Tanah Kerajaan' ini hanya boleh di berimilik kepada PIHAK YANG MENGAMBIL TANAH TERSEBUT SAHAJA. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab agensi pemohon membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Dalam kes ini oleh kerana PEMOHON adalah sebuah Perbadanan, maka pada masa permohonan terdahulu, permohonannya diletakkan dibawah seksyen 3(1)(b) atau (c) bergantung kepada TUJUAN PENGAMBILAN TERSEBUT. Berdasarkan seksyen 3(3) Akta Pengambilan Tanah 1960,
'Any application made under subsection (1)(b) or (c) shall be accompanied by -
(a) ............................................................;
(b) the layout and land acquisition plan;
(c) ............................................................; and
(c) ............................................................
Oleh yang demikian, pada pandangan saya, salah satu syarat permohonan dibawah seksyen ini adalah mesti sertakan 'the layout plan' seperti di dalam seksyen 3(3)(b) di atas adalah bertujuan untuk membolehkan layout plan yang sama juga digunakan untuk permohonan hakmilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan