Isnin, 11 Jun 2012

Cadangan Pindaan Akta Pengambilan Tanah

Untuk makluman semua, kali terakhir pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah dibuat  dalam tahun 2000 yang berkaitan dengan Jadual Kedua (Fee). Ini dilakukan apabila terdapat rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad {yang banyak membuat permohonan pengambilan dibawah seksyen 3(1)(b)}, Petronas dan GLC yang lain

Setelah lebihkurang 13 tahun mengajar Akta Pengambilan Tanah di INSTUN, saya berpandangan terdapat beberapa seksyen/perkara yang perlu dipinda kerana timbul beberapa masalah dan ada juga yang dianggap telah ketinggalan zaman.

Cadangan Pertama:

Memberi tafsiran perkataan 'maksud awam'

Jika kita perhatikan dibawah seksyen 2 TIADA tafsiran diberikan kepada perkataan 'maksud awam' sepertimana yang terdapat dibawah seksyen 3(1)(a)

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan -

(a) bagi apa-apa maksud awam;

(b) ...............................................

(c) ................................................

yang ada hanya perkataan 'kemudahan awam' (public utility) sahaja.

Oleh yang demikian timbul persoalan siapa yang boleh memohon pengambilan tanah melalui seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Untuk memperjelaskan hal tersebut, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)  melalui Buku Manual Pengambilan Tanah menyatakan 'istilah "maksud awam" ialah apa-apa kepentingan untuk faedah awam atau sebahagian awam tetapi bukan untuk faedah individu. Dalam hal ini pengambilan tanah untuk sekolah, hospital, mahkamah dan jalan adalah dianggap sebagai 'maksud awam'

Jabatan Peguam Negera pula berpandangan, 'badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa  untuk mengambil tanah secara paksa dibawah undang-undang penubuhannya boleh mengambil tanah dibawah perenggan 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi suatu tujuan yang dengannya badan berkanun itu ditubuhkan'.

Lanjutan daripada itu JKPTG melalui Buku Manual pengambilan Tanah telah menyenaraikan agensi yang berkaitan dalam  Lampiran 1 kepada Menual tersebut.

Dalam tahun 2011 EXCO Negeri Johor, atas rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad telah memutuskan semua permohonan daripada TNB, sama ada untuk membina pencawang letrik, talian voltan tinggi dibenarkan dibuat dibawah seksyen 3(1)(a) Akta pengambilan Tanah 1960. Selepas itu Negeri Sembilan pula membenarkan perkara yang sama untuk TNB, diikuti oleh Pulau Pinang (hanya untuk talian voltan tinggi sahaja). Akhir sekali Negeri Perak juga mengambil langkah yang sama seperti Pulau Pinang.

Olih kerana faktor di atas, pada pandangan saya perkataan 'maksud awam' tersebut perlu diberi tafsiran di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. Saya juga berpandangan tafsiran perkataan 'maksud awam' tersebut boleh diambil dari seksyen 2 Land Acquisition Ordinance (sabah Cap 69) seperti di bawah:


“public purpose” means any, or any combination, of the following purposes :
 
  (a)    for exclusive use of the Government or of the Federal Government  or for general public use;

 (b)    for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
 
  (c)    for or in connection with the provision of residential accommodation for any section or class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal
Government, and the families and employees thereof;
 
  (d)   for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port,   airport,  railway, road or other public works of convenience;
 
  (e)  for or in connection with any public utility undertaking or the provision of any public service, undertaken or provided, or about to be undertaken or provided, by the Government, the Federal Government, a local authority or any corporation incorporated directly by written law;
            
 (f)   for or in connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any community, or of any section or class of the public, rural or urban;
             
(g)  for or in connection with the provision of land for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
             
(h)     for or in connection with the conservation, improvement or exploitation of natural resources.

Jumaat, 8 Jun 2012

Soal Jawab Pengambilan Tanah

Sebelum mengakhiri minggu ini, dipaparkan soalan yang diterima dan pandangan yang diberi untuk makluman bersama

Soalan daripada Pejabat Tanah Jasin
      Semasa diwartakan mengikut seksyen 8, hanya sebahagian lot sahaja yang terlibat dengan pengambilan, tetapi Borang K yang dikeluar melibatkan keseluruhan lot. Adakah perlu dibuat tambahan warta sebahagian kawasan yang belum diwartakan?

Pandangan/Jawapan:
Mengikut seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah, penarikan daripada pengambilan tidak boleh dibuat setelah Borang K dikeluarkan (ambil milik) kerana setelah Borang K dikeluar, diserah dan diendorkan, tanah tersebut telah menjadi TANAH KERAJAAN. Oleh yang demikian, kawasan yang terlebih ambil tidak perlu diwarta semula (dah jadi tanah kerajaan) TETAPI mesti dibayar pampasan mengikut nilaian tanah semasa perintah dahulu dan ditambah dengan caj bayaran lewat 8% dikira mulai penyerahan Borang K sehingga pampasan dibayar.

Khamis, 7 Jun 2012

Isu Yang Ada Kaitan Dengan Kes Semalam

Salam En Baha, saya Norfaizzah dari Pejabat Tanah Batu Pahat.Saya ada persoalan yang ingin diajukan dan mohon pandangan serta pendapat En. Baha

Kronologi PBT

1.      PBT kali pertama didaftarkan pada 17.4.1965 untuk bangunan sekolah (telah  diendorsekan)

2.     Permohonan PBT kali kedua (2) daripada agensi untuk memohon tanah yg selebihnya pada 2.11.1973

3.     Warta Kerajaan bertarikh 25.4.1974 (PBT kali Kedua)

4.     Borang H pada 25.9.1974

5.     Borang K untuk luas 0E 3R 31.6P dikeluarkan pada 28.9.1974 (tidak diendorsekan)

6.     Bayaran PBT kali kedua diterima oleh tuan tanah.

7.     Bayaran notis 5A dibuat pada 13.4.1976


Rampasan dan Perintah Pusaka

1.     Notis Tuntutan hasil Terhutang (Borang 6A) dikeluarkan pada 16.9.2008

2.     perintah pusaka (borang E) kepada penama baru pada 6.10.2009

3.     bayaran cukai dah hasil tertunggak (borang 6A) pada 8.12.2009

4.     cukai semasa turut dijelaskan sehingga kini


Persoalannya:

1.     bolehkan pentadbiran ini membuat endorsan PBT kali kedua (yang tertinggal) dan memulangkan semua bayaran yang telah dikeluarkan oleh penama.

2.     sekiranya tidak boleh, apakah yang pentadbiran ini perlu lakukan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Pandangan:

Pada pandangan saya, endorsan boleh dibuat sekarang ini (siapa Pentadbir Tanah yang berani untuk endors?) kerana jika tuan bawa ke Mahkamah kesalahan akan diletakkan kepada Pentadbir Tanah (kecuaian). Menurut seksyen 23 dan 66, jika endorsan tidak dibuat, tanah tersebut masih kepunyaan tuan tanah (HASIL DAN TUNGGAKAN HASIL TELAH DIJELASKAN) dan HAKMILIK TIDAK BOLEH DIKELUAR DAN DIDAFTARKAN KEPADA PEMOHON (AGENSI - PENGAMBILAN KEDUA) WALAUPUN BAYARAN DALAM NOTIS BORANG 5A TELAH DIJELASKAN)

Adalah lebih baik pihak tuan memanggil tuan tanah, agensi pengambilan KEDUA berbincang dan mencari kata sepakat. Jika dipersetujuan oleh tuan tanah untuk menerima kembali bayaran dan tidak akan membantah ke Mahkamah, bolehlah diteruskan.

Rabu, 6 Jun 2012

Isu Pengambilan Tanah Popular Minggu Ini

Hari ini mula memasuki pejabat setelah sekian lama berceramah di JB dan Alor Setar.

Apabila selesai ceramah di kedua-dua tempat tersebut, terdapat satu persoalan pertanyaan dari beberapa orang peserta yang sama dengan satu isu yang dibangkitkan oleh PUU PTG Melaka dan satu email dari Pejabat Tanah Batu Pahat . Ini bermakna isu tersebut berlaku dan mungkin berlaku di seluruh negara.

Isu tersebut ialah:

"Pengambilan tanah berlaku disekitar tahun 1970, Borang K telah dikeluarkan tetapi tidak di endors/catat/wasil. Soalannya bolehkah Pentadbir Tanah sekarang membuat endorsan/catatan/wasilan"

Pandangan saya:

Berdasarkan seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah, Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan Borang K pada atau bila-bila masa selepas notis Borang H diserahkan. Amalan yang berlaku sekarang adalah Borang K dikeluarkan selepas bayaran pampasan dibuat. Selain daripada itu Borang K juga boleh dikeluarkan pada atau selepas 15 hari notis awam Borang E 'ditampal'. Ini adalah berkaitan dengan pengambilan melalui Perakuan Kedesakan Borang I.

Mengikut seksyen 22 pula, ambil milik secara rasmi berlaku apabila Borang K diserahkan kepada penduduk, tuanpunya berdaftar dan pihak berkuasa pendaftaran. Seksyen 23 pula menyatakan pihak berkuasa pendaftaran 'SHALL' membuat ingatan/endorsan/catatan/wasil pada hakmilik daftaran.

Seksyen 66 pula menyatakan, apabila endorsan telah dibuat tanah tersebut menjadi 'TANAH KERAJAAN'

Berdasarkan kes yang dibincangkan dan berdasarkan seksyen-seksyen di atas, tanah tersebut masih tanah pemilik asal. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah sekarang BOLEH membuat endorsan dengan syarat tuanpunya tanah TIDAK MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH berkaitan dengan  ENDORSAN  YANG TIDAK DIBUAT.

Isnin, 4 Jun 2012

Ceramah Di PTG Kedah

Alhamdullah setelah bersarapan di hotel (agak sedap berbanding dengan di JB tempoh hari), saya dan En. Zahar bertolak ke PTG Kedah (tak berapa jauh dari hotel penginapan). Ceramah bermula dari pukul 8.45 pagi. Ceramah di PTG hari ini tidak terasa penatnya dan kelaspun ceria walaupun hingga pukul 4.45 petang. Ini mungkin banyak isu yang dibangkitkan oleh peserta seramai 60 orang dari semua pejabat tanah di negeri Kedah termasuk dari PTG sendiri.Bab makan yang disediakan, amat memenuhi selera. Terima kasih kepada pihak PTG Kedah.

Ahad, 3 Jun 2012

Ke Kedah

Setelah berehat semalaman di INSTUN, hari ini jam 8.00 pagi Ahad 3 Jun, saya dan keluarga berlepas ke Alor Setar. Setelah beberapa kali berhenti, kami sampai ke Bandaraya Alor Setar pukul 3.30 petang dan menginap di Hotel New Regent yang disediakan oleh PTG. Alhamdulillah hotel baru, selesa dan berhampiran Pekan Rabu yang popular di Alor Setar. Ini memudahkan keluarga untuk melawat Pekan Rabu dan mencari makanan. Esok satu hari suntuk berceramah di PTG Kedah, tajuk Pengambilan Tanah.

Sabtu, 2 Jun 2012

Berita Tergempar

Hari ini masih berada di Serkam (Rumah anak bujang lelaki) dalam perjalanan balik ke INSTUN. Malam tadi bawa keluarga dan anak lelaki ke Umbai belanja ikan bakar (Baki wang APC). Ini kali kedua ke Umbai. Kali pertama di bawa oleh CADO Jasin ketika itu apabila berceramah di Melaka.

Malam tadi tak berapa nak nenyak tidor kerana letih (bercermah di JB dan selesai penutup terus memandu ke Melaka dan di Melaka pula cuaca terlalu panas). Selepas subuh dan cuci sedikit halaman rumah anak bujang terus melayari internet. Terperanjat membaca berita " BEKAS KSU KEM. TANAH MENYERTAI PAS DI KEDAH" Tak sampai sebulan yang lalu Dato' Dr. Nik Mohd Zain menghubungi saya bertanyakan kesihatan bekas Pengarah INSTUN Miss CHIA GAIK LIAN dan tak sampai  enam bulan kami bertemu di UTM Skudai dijemput untuk bagi talk berkaitan dengan Pengambilan Tanah bersama dengan Prof Salih Buang kepada pelajar-pelajar UTM.

Moga-moga tindakan Dato' dapat menyumbang kepada negara kerana beliau adalah 'PAKAR' dalam bidang tanah dan saya banyak belajar daripada beliau.

Esok hingga 6 Jun saya berada di Alor Setar, ceramah Pengambilan Tanah untuk Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dan selepas itu barulah perbincangan mengenai 'tanah' akan diteruskan.