Apabila selesai ceramah di kedua-dua tempat tersebut, terdapat satu persoalan pertanyaan dari beberapa orang peserta yang sama dengan satu isu yang dibangkitkan oleh PUU PTG Melaka dan satu email dari Pejabat Tanah Batu Pahat . Ini bermakna isu tersebut berlaku dan mungkin berlaku di seluruh negara.
Isu tersebut ialah:
"Pengambilan tanah berlaku disekitar tahun 1970, Borang K telah dikeluarkan tetapi tidak di endors/catat/wasil. Soalannya bolehkah Pentadbir Tanah sekarang membuat endorsan/catatan/wasilan"
Pandangan saya:
Berdasarkan seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah, Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan Borang K pada atau bila-bila masa selepas notis Borang H diserahkan. Amalan yang berlaku sekarang adalah Borang K dikeluarkan selepas bayaran pampasan dibuat. Selain daripada itu Borang K juga boleh dikeluarkan pada atau selepas 15 hari notis awam Borang E 'ditampal'. Ini adalah berkaitan dengan pengambilan melalui Perakuan Kedesakan Borang I.
Mengikut seksyen 22 pula, ambil milik secara rasmi berlaku apabila Borang K diserahkan kepada penduduk, tuanpunya berdaftar dan pihak berkuasa pendaftaran. Seksyen 23 pula menyatakan pihak berkuasa pendaftaran 'SHALL' membuat ingatan/endorsan/catatan/wasil pada hakmilik daftaran.
Seksyen 66 pula menyatakan, apabila endorsan telah dibuat tanah tersebut menjadi 'TANAH KERAJAAN'
Berdasarkan kes yang dibincangkan dan berdasarkan seksyen-seksyen di atas, tanah tersebut masih tanah pemilik asal. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah sekarang BOLEH membuat endorsan dengan syarat tuanpunya tanah TIDAK MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH berkaitan dengan ENDORSAN YANG TIDAK DIBUAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan