Untuk makluman semua, kali terakhir pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah dibuat dalam tahun 2000 yang berkaitan dengan Jadual Kedua (Fee). Ini dilakukan apabila terdapat rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad {yang banyak membuat permohonan pengambilan dibawah seksyen 3(1)(b)}, Petronas dan GLC yang lain
Setelah lebihkurang 13 tahun mengajar Akta Pengambilan Tanah di INSTUN, saya berpandangan terdapat beberapa seksyen/perkara yang perlu dipinda kerana timbul beberapa masalah dan ada juga yang dianggap telah ketinggalan zaman.
Cadangan Pertama:
Memberi tafsiran perkataan 'maksud awam'
Jika kita perhatikan dibawah seksyen 2 TIADA tafsiran diberikan kepada perkataan 'maksud awam' sepertimana yang terdapat dibawah seksyen 3(1)(a)
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan -
(a) bagi apa-apa maksud awam;
(b) ...............................................
(c) ................................................
yang ada hanya perkataan 'kemudahan awam' (public utility) sahaja.
Oleh yang demikian timbul persoalan siapa yang boleh memohon pengambilan tanah melalui seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960.
Untuk memperjelaskan hal tersebut, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) melalui Buku Manual Pengambilan Tanah menyatakan 'istilah "maksud awam" ialah apa-apa kepentingan untuk faedah awam atau sebahagian awam tetapi bukan untuk faedah individu. Dalam hal ini pengambilan tanah untuk sekolah, hospital, mahkamah dan jalan adalah dianggap sebagai 'maksud awam'
Jabatan Peguam Negera pula berpandangan, 'badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa untuk mengambil tanah secara paksa dibawah undang-undang penubuhannya boleh mengambil tanah dibawah perenggan 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi suatu tujuan yang dengannya badan berkanun itu ditubuhkan'.
Lanjutan daripada itu JKPTG melalui Buku Manual pengambilan Tanah telah menyenaraikan agensi yang berkaitan dalam Lampiran 1 kepada Menual tersebut.
Dalam tahun 2011 EXCO Negeri Johor, atas rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad telah memutuskan semua permohonan daripada TNB, sama ada untuk membina pencawang letrik, talian voltan tinggi dibenarkan dibuat dibawah seksyen 3(1)(a) Akta pengambilan Tanah 1960. Selepas itu Negeri Sembilan pula membenarkan perkara yang sama untuk TNB, diikuti oleh Pulau Pinang (hanya untuk talian voltan tinggi sahaja). Akhir sekali Negeri Perak juga mengambil langkah yang sama seperti Pulau Pinang.
Olih kerana faktor di atas, pada pandangan saya perkataan 'maksud awam' tersebut perlu diberi tafsiran di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. Saya juga berpandangan tafsiran perkataan 'maksud awam' tersebut boleh diambil dari seksyen 2 Land Acquisition Ordinance (sabah Cap 69) seperti di bawah:
“public purpose” means any, or any combination, of the following purposes :
(a) for exclusive use of the Government or of the Federal Government or for general public use;
(b) for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
(c) for or in connection with the provision of residential accommodation for any section or class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal
Government, and the families and employees thereof;
(d) for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port, airport, railway, road or other public works of convenience;
(e) for or in connection with any public utility undertaking or the provision of any public service, undertaken or provided, or about to be undertaken or provided, by the Government, the Federal Government, a local authority or any corporation incorporated directly by written law;

(f) for or in connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any community, or of any section or class of the public, rural or urban;
(g) for or in connection with the provision of land for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
(h) for or in connection with the conservation, improvement or exploitation of natural resources.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan