Pada 19 hingga 20 September 2012, saya dijemput menyampaikan ceramah berkaitan dengan pengambilan tanah di Alor Setar dan pada 22 hingga 23 September 2012, saya berceramah di Hotel Qualitty Kuala Lumpur atas jemputan Pejabat Tanah Gombak juga atas tajuk pengambilan tanah. Dalam kedua-dua kursus tersebut ada dibangkitkan perkara yang sama untuk tujuan penyelesaian.
Disamping itu, semasa berceramah/berbincang dengan peserta kursus (Pen. Pentadbir Tanah Gombak) dapat saya mengetahui dengan lebih terperinci tindakan yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tanah (banyak) yang tidak dapat diselesaikan selama ini (contoh Bukit Botak) dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tetapi yang lebih penting memberi kebaikan/keuntungan kepada pemilik tanah kawasan tersebut. Selain daripada itu dapat saya simpulkan, ada pengambilan tanah yang dibuat tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

1. Di Langkawi sebatang jalan raya telah dibina dan telah siap digunakan sejak 10 tahun yang lalu tetapi pengambilan tanah belum dibuat kerana ada masalah antara pihak-pihak yang berkaitan dengan projek tersebut. Perkara yang sama berlaku di Daerah Gombak juga melibatkan jalan utama yang telah lama digunakan tetapi pengambilan tanah masih belum dibuat.
2. Satu lagi projek di Daerah Gombak, pengambilan telah dibuat melalui Perakuan Kedesakan (Borang I) mengikut seksyen 19 Akta Pengambilan Tanah 1960 lebih kurang 6 tahun yang lalu dan BORANG K telahpun diendors ke dalam Dokumen Hakmilik Daftar tetapi siasatan, perintah dan bayaran pampasan tidak dibuat sehingga hari ini. Setiap tahun tuan tanah ke Pejabat Tanah untuk membayar cukai, tetapi ditolak oleh Pejabat Tanah dan tuan tanah mendesak Pejabat Tanah memberi tahu status tanah beliau. Pentadbir Tanah telah menyatakan kepada saya yang ia bercadang untuk membuat penarikan warta, kemudian warta semula pengambilan dibawah seksyen 8 dan mengambil tindakan seterusnya.
Pandangan:
1. Untuk kes ini, pihak yang membina jalan tersebut MESTI membuat permohonan pengambilan tanah dan Pejabat Tanah akan memproses dari mula sehingga akhir. Selanjutnya apabila proses pengambilan dibuat, PEMOHON sepatutnya membayar pampasan tambahan kerana tanah digunakan dalam jangka masa yang lama. Adalah dikhuatiri, jika tindakan tidak diambil, TUAN PUNYA TANAH akan mengambil tindakan Mahkamah kerana kedua-dua kes itu telah diketahui oleh tuan punya tanah.
2. Berdasarkan seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah 1960 'upon the making of memorial under section 23 in respect of any scheduled land, the land shall vest in the State Authority as state land or, ...........................................................................'
Oleh kerana seksyen 66 di ataslah yang menyebabkan tuan tanah gagal membayar cukai kerana tanah tersebut telah menjadi 'Tanah Kerajaan'.
Perkara ini telah disedari oleh Pejabat Tanah Gombak, sepertimana yang dinyatakan kepada saya. Tetapi tindakan yang hendak diambil adalah SALAH, KERANA PENARIKAN tidak lagi boleh dibuat setelah lot tersebut menjadi tanah kerajaan.
Untuk mengatasi masalah tersebut dan seterusnya untuk membayar pampasan, perbincangan mesti DIBUATdi antara pemohon, Pejabat Tanah, tuan tanah dan pihak-pihak lain yang ada kaitan kerana PROSES PENGAMBILAN TIDAK BOLEH LAGI DIBUAT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan