Sabtu, 29 September 2012

Pengambilan Sebahagian Lot

Sebahagian besar pengambilan tanah untuk jalan raya baru, lebuhraya baru, pelebaran jalan, pelebaran lebuhraya, pembinaan tali air, parit, sungai, tebatan banjir, jalan keretapi dan seumpamanya adalah melibatkan pengambilan sebahagian dari lot.

Untuk kali ini kita akan membincangkan proses pengambilan tanah yang melibatkan pengambilan sebahagian daripada lot yang sering menjadi perbincangan hangat semasa Kursus Pengambilan Tanah dimana sahaja.

Untuk itu kita cuba lihat seksyen 25(1)  Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Jika hanya sebahagian daripada sesuatu lot telah diambil dibawah Akta ini, Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyemak cukai (jika ada) yang kena dibayar oleh empunya mengikut anggaran keluasan tanah yang tidak diambil dan, dalam kes tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftar, hakmilik Pejabat Tanah atau hakmilik yang dibuktikan dengan catatan di dalam Daftar Sementara (Interim Register), Pentadbir Tanah hendaklah (shall) mengarahkan supaya bahagian tanah yang masih dipegang oleh empunya diukur semula'

Berdasarkan seksyen diatas DUA perkara Pentadbir Tanah mesti (shall) laksanakan iaitu:

1.    Menyemak cukai tanah berdasarkan baki lot
2. Ukur semula (Permintaan Ukur) baki lot untuk hakmilik Pejabat Pendaftar (GERAN/PAJAKAN NEGERI), hakmilik Pejabat Tanah (GERAN MUKIM/PAJAKAN MUKIM) dan Interim Register (hakmilik di bawah KTN Pulau Pinang dan Melaka)

Bagi tanah-tanah yang dipegang dibawah Hakmilik Sementara (Qualified Title), tindakan mesti dibuat berdasarkan seksyen 26(3) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Where a lot which has been partially acquired in held under qualified title, the proper registering authority shall -

a. correct the boundaries shown on the register document of title; and

b. if an issue document of title exists and has been delivered to the Land Administrator pursuant to section 24, correct the boundaries shown thereon and return the document to the person who so delivered it.'

Berdasarkan seksyen di atas pelan yang ada di dalam Dokumen Hakmilik Daftar hendaklah dibetulkan (gantikan dengan pelan selepas ditolak kawasan yang terlibat dengan pengambilan). Begitu juga dengan Dokumen Hakmilik Keluaran (jika ada ditangan Pentadbir Tanah). Permintaan Ukur untuk hakmilik muktamad untuk Hakmilik Sementara yang terlibat dengan pengambilan mesti dibuat atas urusan pemberimilikan lot tersebut sebelum ini dan bukannya atas urusan pengambilan tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan