Sisipan Petang
Perhatian untuk tuan-tuan tanah di Pengerang:
Fasa kedua siasatan pengambilan tanah akan dijalankan tidak berapa lama lagi. Semua orang yang berkepentingan akan diberikan/diserahkan notis Borang E
Berita Pagi:
Hari Selasa dan Rabu ke Pulau Pinang jemputan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, menyampaikan ceramah Pengambilan Tanah dan tidak dapat kemaskini blog. Selesai ceramah ada satu persoalan melalui email berkaitan dengan pengambilan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu yang dapat dikongsi bersama:
Persoalan:
Tuan tanah tidak hadir semasa siasatan dibuat. Notis dihantar tidak sampai kerana telah pindah / tidak dapat dikesan. Wang pampasan diamanahkan di Mahkamah Tinggi. Apabila tuan tanah mengetahui pengambilan tanah tersebut berlaku wang pampasan akan dikeluarkan daripada Mahkamah Tinggi.
Boleh atau tidak tuan tanah membuat bantahan ke mahkamah (Borang N).
(Borang H bayar kepada Mahkamah Tinggi Malaya )
Pendangan/Jawapan:
Tuan tanah boleh membuat bantahan ke Mahkmah jika tempoh bantahan masih ada (6 minggu dari tarikh terima Borang H atau 6 bulan dari tarikh perintah Pentadbir Tanah (kerana tuan tanah tidak hadir semasa siasatan dan perintah), mana yang tamat dulu – seksyen 38(3)(b)).
Jika tempoh tersebut telah luput, dan tuan tanah masih ingin untuk membuat bantahan, tuan tanah mesti memohon kepada Mahkamah terlebih dahulu untuk melanjutkan tempoh tersebut sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 38(4). Mahkamah hanya boleh melanjutkan tempoh tersebut dengan alasan yang kukuh, umpamanya Pentadbir Tanah tidak melaksanakan penyerahan notis Borang E dengan sempurna kepada tuan tanah (yang masih hidup) seperti yang dikehendaki oleh seksyen 53 dan 54. Apabila mahkamah benarkan perlanjutan tersebut, barulah tuan tanah kemukakan Borang N kepada Pentadbir Tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan