Pagi ini saya menerima satu email untuk dapatkan penyelesaian persoalan yang dikemukakan oleh pengunjung blog saya berkaitan dengan pengambilan tanah (tanpa mengubah ayat dan ejaan. Namanya juga dirahsiakan) dan seterusnya pandangan diberikan:
Saya ingin memohon pendapat/pandangan tuan berkaitan beberapa perkara dibawah
Pengambilan tanah untuk projek pengairan telah dilakukan pada tahun 2003 dan pampasan telah dibayar kepada tuan tanah dan tanah tersebut telah menjadi tanah kerajaan . Keluarga saya merupakan penyewa tanah dan pemilik rumah dan sebuah kedai makan yang telah tinggal hampir 40 tahun. Setelah hampir 10 tahun berlalu baru sahaja kami mengetahui tanah tersebut telah diambil oleh kerajaan. Kami tidak pernah dimaklumkan berkaitan pengambilan tanah dan dipangil untuk proses siasatan. Untuk makluman tuan, pihak kontraktor telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja mereka telah datang dan menawarkan beberapa bayaran. Apakah dibolehkan kami menerima tawaran pihak kontraktor.Rumah keluarga saya juga termasuk beberapa kaki persegi dengan pemgambilan tanah tersebut (apakah layak jugak mendapat pampasan bangunan kerana kesan yang buruk seperti limpahan air jika hujan dan dan sebagainya apabila kerja-kerja pembinaan terusan dijalankan ) Apakah perlu ubah rumah 20 kaki dari sempadan tanah yang telah diambil oleh kerajaan. Apa yang perlu saya lakukan.
Pandangan Saya:
Seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah:
"orang yang berkepentingan" termasuklah tiap-tiap orang yang menuntut sesuatu kepentingan pada pampasan yang dibuat kerana pengambilan tanah di bawah Akta ini, tetapi tidak termasuk seorang penyewa mengikut ihsan (tenant at will)'
Berdasarkan seksyen di atas dan kenyataan pihak tuan, keluarga tuan termasuk di dalam takrif seksyen tersebut (kepentingannya adalah rumah dan kedai). Oleh yang demikian, mereka 'SHALL' DIBERIKAN/diserahkan notis Borang E sepertimana dinyatakan dibawah seksyen 11(1) Akta yang sama dan seterusnya hadir/boleh hadir semasa siasatan pengambilan dijalankan oleh Pentadbir Tanah DAN LAYAK MENERIMA PAMPASAN atas kepentingan tersebut, kos pindah, kos mengangkut barang dan lain-lain atas kepentingan tersebut
Nasihat saya, jangan terima dahulu bayaran yang hendak dibuat oleh pihak kontraktor. Tindakan awal yang perlu diambil adalah pergi ke Pejabat Tanah yang menguruskan pengambilan tanah, Pejabat JPS (jika pengambilan untuk taliair), cerita perkara sebenar. Pihak keluarga tuan juga boleh bawa kes ke Mahkamah (Jalan penyelesaian terakhir jika Jabatan-Jabatan berkenaan tidak mengambil tindakan sewajarnya dan tindakan ini boleh diberitahu kepada Jabatan-Jabatan berkenaan)
Mengenai rumah/bangunan lain, berdasarkan seksyen 34, jika melibatkan bahagian penting rumah tersebut (ibu rumah), bayaran hendaklah dibuat SEPENUHNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan