Sehingga kini banyak pemilik tanah/tuan punya berdaftar tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah telah meninggal dunia dan permohonan pembahagian pusaka di bawah Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 belum dibuat atau belum diselesaikan. Ini menyebabkan timbul banyak persoalan bagaimana dengan wang pampasan pengambilan tanah tersebut.
Mengikut seksyen 3(2) Akta Pusaka Kecil ' Bagi maksud-maksud Akta ini suatu harta pusaka kecil ertinya suatu harta pusaka orang simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagiannya harta tak alih yang terletak dalam mana-mana Negeri ..............................'
Seksyen 4(1) Akta yang sama menyatakan 'Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukkan sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana orang menurut kuasa mana-mana instrumen selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat dibawah Akta ini'
Berdasarkan seksyen-seksyen di atas sebelum perintah pembahagian dibuat, harta simati telah menjadi harta pusaka.
Berbalik kepada Akta Pengambilan Tanah, mengikut seksyen 29(1)(a), jika tiada orang yang layak/berhak (meninggal dunia), wang pampasan akan disimpan di Mahkamah dan seterusnya berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bil.39 Tahun 2009 - 'Bagi tuanpunya tanah berdaftar atau pihak berkepentingan berdaftar yang telah meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat atau tanpa Surat Kuasa Tadbir, Pentadbir Tanah hendaklah menamakan Amanah Raya Berhad sebagai pihak berkepentingan berdaftar'
Berdasarkan Pekeliling tersebut, menjadi kewajiban kepada Pentadbir Tanah membuat pembayaran kepada Amanah Raya Berhad.
Satu lagi persoalan, waris tuan tanah boleh atau tidak membuat bantahan ke Mahkamah?
1. Berdasarkan seksyen 37(1) Akta Pengambilan Tanah iaitu pihak yang boleh membuat bantahan ke Mahkamah ialah:
'Mana-mana orang yang berkepentingan (person interested) pada mana-mana tanah terjadual ..................................................................................................................................................
.............................................................. membuat bantahan terhadap:
2. Jika kita merujuk kepada perenggan 2 Borang N pula (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) menyatakan:
Kepentingan saya pada tanah tersebut adalah seperti berikut:
...........................................................................................................
Perkataan kepentingan tersebut bermaksud: Tuanpunya tanah, tuanpunya rumah, penyewa, pemajak, pemegang gadai TIDAK TERMASUK WARIS YANG BELUM DIPUTUSKAN
BERDASARKAN KENYATAAN-KENYATAAN DI ATAS PADA PANDANGAN SAYA WARIS (ISTERI/SUAMI, ANAK) YANG BELUM DIPUTUSKAN MELALUI PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA TIDAK BOLEH MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH MENGIKUT SEKSYEN 29 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
Tiada ulasan:
Catat Ulasan