Jumaat, 18 Januari 2013

Jadual Pertama - sambungan


BAHAGIAN KEDUA


PERENGGAN 2:

PERKARA YANG MESTI DIPERTIMBANGKAN
(Pampasan boleh dibayar)
DALAM MENENTUKAN BAYARAN PAMPASAN


(a) Nilai pasaran tanah sepertimana yang dibincangkan pada seksyen/perenggan 1 sebelum ini.

(b) Kenaikan nilai tanah lain/tanah baki yang terakru daripada penggunaan tanah diambil hendaklah ditolak daripada jumlah keseluruhan pampasan yang diterima (betterment).

Contoh pengiraan:

Keluasan tanah                                                   =   7 ekar
Keluasan pengambilan untuk kediaman          =   3 ekar
Baki lot                                                                 =   4 ekar

Nilai tanah diambil RM40,000 seekar x 3        =   RM140,000

Nilai tanah baki (selepas pengambilan)
RM100,000 x 4                                                    =  RM400,000

Jumlah pampasan (ditolak)                              =  (RM280,000)

Contoh Kes:
Pasar Borong Dev. Sdn. Bhb. lwn Pentadbir Tanah WP KL [2012] 9 MLJ 644

(c) Kerosakan (jika ada) yang ditanggung atau mungkin ditanggung disebabkan oleh pengasingan tanah itu daripada tanahnya yang lain. Juga dikenali sebagai pecah-pisah (severance). Sebagai contoh akibat pengambilan tanah terpisah menjadi dua lot yang baru.

Contoh kes:
Boustead Estates Agency Sdn. Bhd. v Pentadbir Tanah Baling Kedah [2007] 4 CLJ 375

(d)  Kerosakan (jika ada) yang ditanggung atau mungkin ditanggung oleh sebab pengambilan, menyebabkan kesan mudarat pada hartanya yang lain (injurios affection)

(e)  Perbelanjaan yang berpatutan (jika ada) yang terpaksa atau mungkin yang akan dibelanjakan dalam urusan menukar tepat kediaman atau perniagaan (kerana berpindah), pengangkutan barangan, ternakan, penyewaan rumah, tempat baru serta kos ubahsuai, kehilangan pendapatan.

(f)  Apabila hanya sebahagian tanah terlibat dengan pengambilan dan pemohon berjanji untuk mengambil tanggungjawab membina semula jalan, longkang, dinding (walls), pagar dan kemudahan lain yang dapat memberi faedah kepada bahagian yang tidak diambil, ianya mesti ditunaikan dan jika tidak, kos untuk membina semula mesti dibayar.


PERENGGAN 3:

PERKARA YANG PERLU DIABAIKAN
(Pampasan tidak boleh dibayar)
DALAM MENENTUKAN BAYARAN PAMPASAN


(a) tingkat kedesakan yang membawa kepada pengambilan tanah tersebut. Ini bermaksud, oleh kerana pengambilan tanah tersebut amat diperlukan (sebagai contoh kerana sesuatu bencana) bayaran pampasan yang tinggi mesti dibayar.

(b) keengganan orang yang berkepentingan untuk melepaskan tanah yang diambil. Ini bermaksud, oleh kerana tuan punya tanah terlalu sayang kepada tanahnya dan tidak bersetuju tanahnya diambil, beliau meminta supaya dibayar pampasan yang tinggi sebagai ganjaran untuk bersetuju dengan tindakan tersebut.

(c)  apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh orang berkepentingan tetapi kerosakan itu bukan disebabkan oleh kerana pengambilan tersebut tetapi disebabkan oleh pihak yang lain tidak boleh dituntut.

(d) apa-apa susutnilai tanah diambil yang mungkin diakibatkan daripada tujuan penggunaan tanah itu selepas penggambilan. Sebagai contoh jika pengambilan tanah tersebut bertujuan untuk membina tapak pelupusan sampah atau pembetungan, nilainya adalah nilai semasa tanah itu diambil bukan berdasarkan nilai tujuan tanah itu diambil.

(e) apa-apa kenaikan nilai tanah diambil yang mungkin terakru akibat daripada tujuan penggunaan tanah itu selepas pengambilan. Sebagai contoh jika pengambilan tanah tersebut untuk pembinaan perumahan atau industri, nilanya adalah nilai semasa tanah itu diambil dan bukannya berdasarkan nilai tujuan tanah itu diambil

(f)  Apa-apa perbelanjaan tambahan atau pembaikan tanah yang dibuat selepas tarikh warta seksyen 8 tidak boleh dibayar, KECUALI bagi maksud penyelenggaran bangunan atau penjagaan tanaman.


PERENGGAN 4:

BATASAN (LIMITATION) AWARD


(a) Pentadbir Tanah tidak boleh memberi award/perintah melebihi jumlah pampasan yang dituntut oleh orang yang berkepentingan

(b) Orang yang berkepentingan enggan atau lalai tanpa sebab yang munasabah untuk diterima oleh Hakim, membuat tuntutan pampasa, award Pentadbir Tanah adalah muktamad. Bermaksud orang berkepentingan MESTI membuat tuntutan semasa siasatan oleh Pentadbir Tanah, jika enggan atau lalai dan apabila beliau membantah ke Mahkamah, Hakim tidak boleh memberi award melebihi award Pentadbir Tanah.

1 ulasan:

  1. assalamualaikom..saya nak tanya. bagaimana untuk mengira pampasan bagi perbelanjaan tambahan atau pembaikan tanah

    BalasPadam