Rabu, 23 Januari 2013

Persoalan Pengambilan Tanah


Sebelum bercuti panjang pada minggu ini saya akan menjawab satu persoalan pengambilan melalui Perakuan Kedesakan/Pengambilan Segera (Borang I) lot-lot yang mempunyai bangunan yang ditanyakan kepada saya pada hujung minggu lepas 

Persoalannya ialah bilakah Borang K dan Borang J sepatutnya dikeluar dan diserahkan? Adakah ianya dikeluarkan serentak atau ada jangkamasa tertentu?

Berdasarkan seksyen 19, Akta Pengambilan Tanah 1960, Pengarah Negeri boleh (may) mengeluarkan Borang I pada atau selepas tamat tempoh 15 hari notis Borang E ditampal. Borang I adalah arahan kepada Pentadbir Tanah untuk mengeluarkan Borang K (ambil milik/take possession). Ini bermakna Pentadbir Tanah  mengeluar dan menyerahkan Borang K mengikut seksyen 22 (formal possession) dengan segera selepas Borang I di terima daripada Pengarah Negeri.

Borang J pula ada lah notis mengosongkan bangunan yang mesti diserahkan kepada penduduk bangunan dan tuan punya bangunan. Pada pandangan saya Borang J hendaklah diserah selepas sahaja Borang K diserahkan, tetapi jika ada kes Borang J diserah selepas satu atau dua hari selepas Borang K diserahkan adalah dibolehkan. Saya nyatakan begitu kerana apabila Borang K diserahkan dan didaftarkan, tuanpunya tanah tidak berhak ke atas tanah dan pemohon boleh memasuki tanah menjalankan kerja-kerja KECUALI kawasan yang didirikan rumah dan akses ke rumah tersebut.


Perkara di atas  dinyatakan dibawah seksyen 20 Akta Pengambilan Tanah:

'where on any scheduled land in respect of which a Certificate og Urgency has been issued there is any building the Land Administrator shall, upon taking formal possession as provided in section 22 of the land not built upon, other than the main access to the building, serve notice in Form J upon - '

Tiada ulasan:

Catat Ulasan