Perkataan 'warta' dalam Bahasa Inggeris adalah 'Gazette/publish/announce'. Dalam Bahasa Melayu boleh juga didefinisikan sebagai 'pengisytiharan'. Dalam proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960, terdapat DUA kali warta iaitu warta dibawah seksyen 4 dan warta dibawah seksyen 8. Warta seksyen 4 diterbitkan apabila 'The State Authority is satisfied that any land in any locality in the state is likely to be needed'. Sementara warta sekyen 8 diterbitkan apabila 'The State Authority decides that any of the lands rfeered to in section 7 are needed............'
Pada pandangan saya, tujuan utama warta/gazette adalah untuk memberitahu kepada orang ramai/masyarakat umum mengenai pengambilan tanah disesuatu kawasan/tempat/daerah/negeri. Masalah sekarang adalah warta/gazette yang dicetak oleh Pencetakan Nasional berdasarkan Borang B untuk warta seksyen 4 dan Borang D dan C untuk warta seksyen 8 dan LAZIMNYA LEWAT DITERIMA OLEH PEJABAT PTG/PEJABAT TANAH/JKPTG DAN LEWAT UNTUK DILIHAT OLEH ORANG RAMAI.
Oleh kerana kelewatan tersebut, akan timbul masalah perundangan berdasarkan isu dibawah.
Satu isu yang ditanya kepada saya oleh Penolong Pentadbir Tanah Seberang Prai Selatan pada 3 April 2013 adalah tuan tanah yang tanah nya terlibat dengan pengambilan telah membuat pembaikan (contoh disini adalah membina kolam ternak ikan/rumah yang sebelumnya tiada) diatas tanahnya dan pembaikan itu dibuat selepas tarikh warta seksyen 8, sedangkan dia tidak mengetahuinya dan Pejabat Tanah belum menerima salinan warta tersebut sedangkan mengikut Perenggan 3(f) Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah (Perkara yang harus diabaikan dalam menentukan pampasan) menyatakan:
'apa-apa perbelanjaan mengenai tambahan atau pembaikan pada tanah yang diambil itu yang ditanggung beban selepas tarikh tersiarnya pengisytiharan dibawah seksyen 8, melainkan jika tambahan atau pembaikan itu adalah perlu bagi penyenggaraan apa-apa bangunan oleh keadaan baik, dan melainkan dalam hal tanah pertanian, apa-apa yang dibelanjakan untuk penanaman yang berterusan di atasnya'
BERDASARKAN ISU DAN KENYATAAN DI ATAS, BOLEHKAH PEMBINAAN TERSEBUT DIBAYAR GANTIRUGI?
Seperti biasa selepas Pentadbir Tanah menerima salinan warta tersebut (lazimnya terkemudian dari tarikh warta), mengikut seksyen 9(1)(a), penandaan diatas tanah MESTI dilakukan oleh Pentadbir Tanah (pada masa ini Pentadbir Tanah sudah kenalpasti pembinaan/pembaikan telah dibuat atau belum dan dapat memberitahu kepada tuan tanah bahawa tanah tersebut telah diwartakan dibawah seksyen 8) dan seterusnya, mengikut seksyen 10 notis awam Borang E dilaksanakan (ditampal mengikut seksyen 52). Oleh yang demikian pada pandangan saya TARIKH PENANDAAN/TARIKH TAMPAL NOTIS BORANG E PATUT DIAMBIL KIRA kerana notis Borang E adalah pemberitahuan. Bermakna jika pembaikan diatas dibuat selepas tarikh penandaan/notis Borang E ditampal, pembinaan tersebut tidak boleh diambil kira dan sebaliknya.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pada pandangan saya adalah lebih baik, Pentadbir Tanah terlebih dahulu menghubungi Pencetakan Nasional untuk mendapatkan tarikh warta, seterusnya sediakan Borang E lebih awal dan letakkan tarikh bila tiba masanya seterusnya menampal dan menyerahkan pada tarikh yang sama.
Salam Sejahtera En Baharuddin, Nama saya Daniel yang bekerja di dalam satu syarikat mengenai pengambilan tanah di Malaysia. Saya agak keliru dengan proses pengambilan tanah di Malaysia kerana saya telah baca banyak sumber - sumber tetapi semuanya berlainan. Semamangnya saya terjumpa Blog En Baharuddin ini dan saya berasa amat berguna. Saya ingin meminta jasa baik En Baharuddin untuk berkongsi ilmu Encik secara mudah (kalau ada flow chart lagi bagus) tentang keseluruhan proses pengambilan tanah di Malaysia ini dan borang - borang yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. En Baharuddin boleh hantar kepada email saya iaitu danielmwm96@gmail.com. Terima Kasih.
BalasPadamSaya pun berminat juga untuk dapatkan flow chart tersebut..
BalasPadamnama sy intan, sy ada nampak iklan menjual rumah kampung, sy bertanya status tanah tersebut, penjual mengatakan taman adalah tanah gazette, soalan sy , boleh ka sy membeli tanah tersebut?
BalasPadam